Thursday, April 7, 2011

KBM Surau Nurul Iman, Cheras

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

CHERAS - Alhamdulillah thummalhamdulillah, pada 26 hingga 27 Mac yang lalu, program Keindahan Bersama Mu (KBM) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Surau Nurul Iman, Taman Minang Cheras. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Nurul Iman untuk remaja yang tinggal di sekitar Taman Minang, Cheras.

Tn. Hj. Jalil sedang memberikan ucapan ringkas


Alhamdulillah seramai 49 orang remaja sekitar Taman Minang, Cheras yang terdiri dari 30 orang adik-adik sayang dan 19 orang adik-adik kasih telah menjadi antara mereka yang telah dipilih oleh Allah untuk menyertai program Keindahan Bersama Mu (KBM) kali ini. Lebih kurang jam 8.50 pagi, majlis telah dimulakan dengan majlis penyerahan ringkas yang telah dilaksanakan oleh Pengerusi Surau Nurul Iman, Tn. Hj. Jalil. Kemudian majlis diteruskan dengan slot KMKY yang dikendalikan oleh Abg Syafiq atau lebih mesra di kalangan adik-adik dengan nama Abg Din. Adik-adik kasih dan sayang yang awalnya nampak 'kaku dan beku' akhirnya 'cair' di pertengahan slot. Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, slot KMKY diteruskan semula pada jam 10 pagi dengan perbincangan dalam kumpulan dan persembahan Army Yell. Adik-adik kasih dan sayang begitu teruja sewaktu sesi mempersembahkan Army yell group masing-masing. Nyata persembahan dari setiap kumpulan tidak mengecewakan. Slot KMKY berakhir lebih kurang jam 12.40 tengahari untuk memberi laluan kepada para peserta untuk makan tengahari seterusnya menunaikan solat Zuhur berjamaah.

Program diteruskan lagi dengan slot INTEAM pada jam 2.00 petang bersama Abg Din. Pada peringkat awal, penghayatan agak kurang di kalangan adik-adik sayang, namun setelah ransangan demi ransangan yang diberikan oleh Abg Din, juga bantuan dari para fasilitator, alhamdulillah Allah lembutkan hati adik-adik sayang ini. Slot berakhir tepat jam 4.30 petang untuk solat Asar berjamaah dan minum petang. Selesai saja menjamu selera, adik-adik kasih dan sayang melakukan aktiviti riadah secara berasingan. Adik-adik sayang bersama abang-abang fasi beriadah dia kawasan surau manakala adik-adik kasih bersama kakak-kakak fasi beriadah di kawasan tadika Aulad Pasti. Selepas riadah, para peserta dibenarkan mandi kemudian makan malam disediakan sekitar jam 6.40 petang.

Selesai solat Maghrib dan Isyak, program disambung dengan slot Meniti Angin Malam 1 yang dikendalikan oleh Pak Andak. Dalam slot ini para peserta dibawa untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Allah, Rasulullah dan ibu ayah. Selesai sahaja slot MAM 1, para peserta dibenarkan rehat sekitar 15 minit sebelum program diteruskan lagi dengan slot MAM 2 yang dikendalikan oleh semua pengendali dan fasilitator. Slot MAM 2 berakhir kira-kira jam 1.30 pagi.

Keesokkan harinya, program diteruskan lagi dengan slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang yang dikendalikan oleh Abg Din bertempat di Tadika Aulad Pasti. Manakala di surau pula, slot MKMS dikendalikan oleh Pak Long bersama para ibu dan bapa yang hadir. Slot MKMS agak lambat dimulakan lebih kurang pukul 10 pagi kerana ibu bapa yang lewat hadir. Lebih kurang jam 11.45 pagi, adik-adik kasih dan sayang di bawa dari tadika menuju ke surau untuk sesi pertemuan. Slot pertemuan seterusnya dikendalikan oleh Pak Long. Selesai sahaja slot pertemuan, majlis diserahkan semula kepada pihak penganjur.

Adik-adik kasih dan sayang sebelum diserahkan kepada ibu ayah



Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan wakil IKRAMTeens BTR iaitu Pakcik Nazeli yang telah memberi sedikit penerangan berkaitan IKRAM dan IKRAMTeens seterusnya mempromosikan program-program terdekat IKRAMTeens BTR. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan penutup dari Pengerusi Surau Nurul Iman sebelum sesi penyerahan sijil kepada AJK surau dan kepada para peserta. Pak Long dan Kak Yong telah diminta untuk menyampaikan sijil-sijil kepada adik-adik kasih dan sayang. Selepas itu, majlis diteruskan dengan solat Zuhur berjamaah sebelum ibu bapa, pengendali, fasilitator, para peserta menikmati juadah nasi ayam yang disediakan. Oh ye, apa yang menariknya KBM kali ini ialah kami dikejutkan dengan kehadiran Akhi Yusri (JAD) dan zaujahnya yang sedang bercuti di Malaysia sebelum mereka pulang semula ke Tokyo 1 April ini. Zaujah Akhi Yusri, Iluni sudah sarat mengandung. Insyaallah bakal melahirkan pada penghujung bulan Mei ini. Nampak gayanya sama bulan dengan hari jadi KBM KL (^_^)v

Akhir kata, syukran jazilan kepada semua yang membantu untuk KBM kali ini. Terima kasih juga buat jawatankuasa Surau Nurul Iman yang banyak membantu melancarkan perjalanan program, buat ibu bapa yang hadir, buat para fasilitator yang menyumbang tenaga dan tidak lupa buat adik-adik kasih dan sayang. Moga terus menyerlah jauh daripada biasa.


BARISAN PENGENDALI

[KMKY] Abg Din
[InTeam] Abg Din
[MAM 1] Pak Andak
[MAM 2] Semua pengendali & fasilitator
[Hijrah] Abg Din
[MKMS] Pak Long
[Pertemuan] Pak Long
[Video] Kak Yong & Abg KP
[Video Editing] Kak Aisah & Kak Yong
[Laptop] Kak Yong

[Pramugara] Abg Mirul, Abg Muazam, Abg Akmal, Abg Afe & Abg Yusri
[Pramugari] Kak Anis, Kak Tiqah, Kak Najwa, Kak Akila & Kak Iluni


Dari kiri: Abg KP, Abg Mirul, Abg Akmal, Abg Yusri & Abg Din

0 comments: