To All SPM+STPM Candidates..


Allahumma, Ya ALLAH...
Ramai di antara adik-adik kami menginginkan kebaikan daripada apa yang mereka lakukan, Terutama buat mereka yang masih di peringkat peperiksaan SPM/STPM,
jadikanlah buat mereka peperiksaan SPM/STPM ini peperiksaan yang mengukuhkan keimanan mereka terhadapMu,
dan jadikanlah ia satu sebab untuk mereka mendekatiMu..

Ya ALLAH Ya Ar-Rahman..
Engkau maha mengetahui keadaan mereka Ya Allah,
maka Engkau permudahkanlah buat mereka apa yang sukar bagi mereka..
Engkau peringatkanlah buat mereka apa yang mereka lupa,
dan Engkau ajarkanlah mereka apa yang tidak mereka ketahui..

Ya Ar-Razzaq, Ya Ar-Rahim..
Sungguh Engkau menyukai hamba-hambaMu yang kuat,
maka Engkau jadikanlah adik-adik ini adik-adik yang kuat..
Adik-adik yang mampu bertahan dengan tekanan perasaan dan harapan..
Jadikanlah mereka teguh dalam menghadapi ujian-ujianMu..
Kepada-Mulah kami memohon dan meminta..
KepadaMu jualah kami bergantung harap..
Tidak berkurang sedikit pun kekayaanMu dari menunaikan apa yang kami pohonkan,
Maka perkenankanlah do'a kami, dan terimalah 'amalan kami..
Redhailah kami dan jauhkanlah kami dari api neraka,
serta masukkanlah kami ke dalam syurgaMu...

Amiin.. YA RABBAL 'ALAMIIN..




[petikan daripada doa pak im- krj johor]
~Jzkk~

"KBM SSQ + 5R" kembali lagi!!



Photobucket


KBM SSQ+5R kembali lagi!!


Kali ini dengan pelbagai transformasi yang pastinya lebih menarik dan mencabar!



Nama Program:

Keindahan Bersama Mu + SSQ + 5R


Tarikh & hari :

9 – 12 Disember 2009

Rabu - Sabtu


Tempat :

Impian Country Resort, Sg. Semungkis, Batu 14, hulu Langat, Selangor


Sasaran Peserta :

13 – 16 tahun


Yuran :

RM 180 sahaja


++++++++++++++


Dengan RM 180, apa yang akan anda perolehi :

  • Makan dan minum 6 kali sehari
  • Penginapan yang selesa
  • Buku Program
  • Sijil penyertaan
  • Perlindungan Takaful
  • Ilmu dan pengalaman yang luar biasa
  • Rakan-rakan baru
  • Suasana nyaman dan segar jauh dari bandar
  • Hubungan indah bersama Allah, Rasul, Serta Ibu Ayah
  • Mengisi masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah
  • Memperbaiki diri kearah lebih positif & menyerlah jauh dari yang biasa


Daftar segera!!
sementara masih ada tempat..

~klik gambar untuk mendaftar~



KBM Sek. Men. Agama Kuala Lumpur [2]

Bissmillahirahmaniraheem

[ Dipetik dari blog Kak Ika - jzkk! ]


Alhamdulillah setelah lama berbulan madu dengan ramadhan dan syawal,kini pesawat krj serta pramugari dan pramugaranya sudah bersiap sedia untuk meneruskan penerbangan yang sudah lama tertunda bagi melebarkan sayap dakwahnya.Pada 24 - 25/10/2009 yang lepas 2 buah pesawat telah berlepas di airport cheras perdana dan kem herba.


KEM HERBA

KMKY - Abg Bai
Inteam - Abg Bai
MAM1 - Pak Andak
MAM2 - Semua pengendali dan Fasilitator
Hijrah - Abg Chef Wan
MKMS - Ummi Ida
Pertemuan - Abg Bai
PeLaptop - Abg Ammar & Kak Ngah
PemVideo - Pak Kay

No pesawat:KRJ 241009
Pramugari:Kak Nurull,Kak Ika,Kak Aina,Kak Atul,Kak Ngah
Pramugara:Abg Syafiq,Abg Muiz,Abg Hazhari,Abg Idzuan,Abg Chef Wan
Penumpang:Adik2 kasih dan sayang TING 5 SEKOLAH MENENGAH AGAMA KEBANGSAAN KUALA LUMPUR (SMAKL)

Pada pagi 24/10/2009 itu,kelihatan adik2 kasih dan sayang sedang berusaha mendaki bukit untuk menuju ke dewan yang akan berlepasnya pesawat KRJ 241009.Adik-adik disambut mesra oleh para pramugara dan pramugari.


Setelah adik-adik kasih dan sayang memenuhi isi perut pesawat.Maka dengan itu,Abg bai memulakan aksinya secara solo.Pesawat KRJ pun memulakan penerbangannya.Komitmen yang diberi oleh adik-adik sangat tinggi dan secara sengaja memudahkan Abg Bai untuk meneruskan penerbangan.

Kelincahan adik-adik kasih dan sayang ini dapat dilihat dan dirasai oleh para fasilitator dari army yell mereka yang sangat-sangat menakjubkan sehingga meretakkan dinding dewan itu.Besarrrrrr pnyeee!(gimik je lebih).

The Big........Bang!!

Army Yell adik sayang

Ayam A+!Pekokkkk!Besar pnyee!!

Penerbangan diteruskan lagi dengan slot inteam dan sekali lagi dibawa oleh Abg Bai.Adik-adik kasih dan sayang saling bermaaf-maafan di antara mereka atas kesalahan yang pernah mereka lakukan.Keberanian adik-adik juga terserlah apabila mereka berani tampilkan diri di hadapan untuk meminta maaf kepada sahabat-sahabat mereka secara terbuka.




Memandangkan kali ini kami berKBM di sungai Congkak,jadi petang itu adik-adik kasih dan sayang tidak melepaskan peluang untuk bermandi-manda di sungai.Slot pada malam itu diteruskan,adik-adik telah dibawa jauh mengembara bukan di dalam hutan bersama Pak Andak di dalam slot MAM 1.Slot diteruskan lagi dengan slot MAM 2 yang melibatkan dan memerlukan tenaga kerja dari semua pengendali dan para fasilitator.Slot pada malam itu selesai kira-kira pukul 2 pagi.


Pada keesokan harinya,adik-adik telah dibawa berhijrah pula oleh Abg chef Wan dari dewan utama ke dewan makan.(hihi).Dan juga berhijrah dengan erti kata lain,berhijrah dari perangai buruk ke baik dan baik ke lagi baik serta biasa ke luar biasa!



Kira-kira jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.Adik-adik dibawa bertemu dengan ibubapa mereka.Program selesai pada pukul 2 petang.Harapan kami dari kelab remaja jim semoga adik-adik kasih dan sayang berjaya dalam SPM yang akan muncul lebih kurang dalam 18 hari lagi.Jazakumullah khairan khatira buat semua yang membantu sama ada secara siaran langsung ataupun rakaman(mengarut jap).Terima kasih jua buat cikgu-cikgu,juga buat abi yang sempoi!Bak kata abi "Awak tau ape makna ABG BAI? Abg Bai can "BUY" u all,boleh beli awak punya airmata".Syukran jazilan.Jasa kalian kami hargai. MOga terus.......


MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!


Tgk Pak Kay & Kak Ika!Org lain da buat aksi lain..tapi kami maintain aksi yg sama!haha.xperasan la!


KBM SMK CHERAS PERDANA [3]

Bismillahirahmanirraheem..


Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Berkuasa, dengan kebijaksanaan-Nya mengatur urusan kami dengan begitu cantik sekali. Setelah sebulan lebih tidak berkbm bersama adik2 kasih dan sayang, kini kami kembali meneruskan langkah untuk menyantuni jiwa-jiwa muda ini di SMK Cheras Perdana dan SMA Kuala Lumpur.

Laporan ringkas SMK Cheras Perdana:

Tempat : SMK Cheras Perdana
Tarikh : 24 - 25 Oktober 2009
Bilangan Peserta : 85 orang
Jumlah kutipan Sumbangan Palestin : RM 370.20 (terima kasih buat semua penyumbang)

Pengendali :

Knowing Me Knowing You - kNina
INTEAM - Pak Ngah
Riadah - Kakak dan Abang Fasi
Meniti Angin Malam - Ummi Ida & semua fasi
Hijrah - kNina, Abang dan kakak fasi
Menyemai Kasih Menuai Sayang - Pak Long
Pertemuan - kNina

Laptop : kYong, kMia, Alang, ML
Video : kMia, Alang, Abg Jun

Fasilitator :

~Abg Aiman|Abg Long|Abg Wan|Abg Arul|Abg Bob|Abg Benjo|Abg Jun|Abg Amir|Abg Aki~

~Kak Isma|Kak Linda|Kak Nana|Kak Atikah~


Jazakumullah khairan kathira pada semua yang terlibat, terutama buat fasilitator yang banyak membantu serta buat pengetua, penolong kanan HEM, Pn. Faezah dan guru-guru yang sanggup turun padang bersama-sama kami. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Amin!

KBM kali ni Alhamdulillah, kami dibekalkan dengan jurukamera professional yg di import khas. Jom lihat aksi-aksi mereka!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++


mendengar celoteh kNina..

kasih yang dikasihi

Abg Benjo dan adik2 sayang

Saya sayang awak!



Jom satu tekad!

latihan army yell

Pak Ngah dalam slot inteam

Sebahagian ibubapa yang hadir

meluahkan lafaz-lafaz yang tersimpan

ku sayang ibu ayah..





~Pak Long diserbu peminat~

~ barisan pengendali dan fasilitator KBM SMKCP3 ~

~ gaya bebas.. [sile jgn komen..huhu!]~


::TAMMAT::