Thursday, August 27, 2009

Jemputan ke Majlis Iftar KBMKL


Assalamu'alaikum wbt..

Dijemput semua fasilitator KBMKL ke Majlis Iftar kami. Butiran lanjut klik pada image dibawah..

>> Klik image untuk paparan lebih jelas <<

Wednesday, August 19, 2009

Perutusan Ramadhan 1430H

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera.

Kepada ahli keluarga besar KBM KL yang dirahmati Allah SWT


Beberapa hari lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430H akan tiba, dan kita sebagai umat Islam akan melaksanakan satu lagi rukun Islam yang ketiga iaitu perintah melakukan ibadah puasa. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat yang menawarkan ganjaran pahala berganda kepada sesiapa sahaja yang menjalani ibadah puasa pada siang hari dan beribadah kyusuk pada malamnya semata mata kerana Allah SWT. Antara amalan mulia yang perlu ditingkatkan ialah memperbanyakkan amalan solat sunat, membaca Al Quran, bersedekah, yakni membelanjakan harta yang kita sayangi bagi membantu gulungan dhoif dan miskin terutama memberi sedekah/menaja makan minum kepada gulungan yang berbuka puasa.

Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui ini mampu mertarbiyahkan hati dan diri kita dalam menggapai redha dan maghfirah Allah SWT.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam dan berusaha untuk menjadikan Ramadhan 1430 ini sebagai madrasah yang benar-benar kita hayati bersama dalam memastikan peningkatan nilai syakhsiah diri berbanding bulan Ramadhan yang lalu. Semoga Ramadhan kali ini, kita jadikan sebagai tebusan kepada bulan Ramadhan lalu yang mungkin telah berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengertian mahupun perubahan yang terhasil di dalam diri masing-masing.

”Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1430” dari saf kepimpinan KBM KL.

Sekian. Semoga Allah memanjangkan hayat kita untuk bertemu Ramadhan Al Mubarak kali ini.



PAKLONG HASSAN

(Pengarah KRJ MOTIVASI)


Sunday, August 16, 2009

Semarak Ramadhan..




Wednesday, August 12, 2009

KBM SMK SUNGAI ISAP, KUANTAN

BismiLLahirrahmanirraheem


Tarikh : 8 - 9 Ogos 2009
Tempat : Sek. Men. Keb. Sungai Isap, Kuantan
Bilangan Peserta : 66 Orang
Pengendali :

Knowing Me Knowing You - Abg Bai
INTEAM - Abg Bai
Riadhah - Kakak dan Abang fasilitator
Meniti Angin Malam - Abg Bai & semua fasilitator
Menyemai Kasih Menuai Sayang - Pak Ngah Suhaimi
Hijrah - Kak Yong
Pertemuan - Abg Bai

Pelaptop - kMia & kSodd
Pevideo - Abg Wan


Dari pintu pagar SMK SG. ISAP

Slot KMKY bermula..

Adik-adik sayang yg ceria!

Saya saayang awak..

INTEAM..

Menghargai persahabatan..

Mendoakan sahabat..

++++++++++++++++++++++++

Sekalung penghargaan diucapkan kepada guru-guru SMK Sg. Isap yang telah banyak membantu sepanjang program ini berlangsung serta barisan fasilitator yang terlibat antaranya,
Abg Irfan|Abg Faizal|Abg Akmal|Kak Lynn|Kak Najibah|Kak Wawa|Kak Hamnah
dan ramai lagi team KRJ Pahang yang telah membantu..

~Jazakumullah khairan kathira~
Moga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran.

Monday, August 3, 2009

KBM MPP ZON 7 SHAH ALAM


Bismillahirrahmanirraheem..

Syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT, atas kekuatan yang dikurniakanNya, sekali lagi kami dapat bersama-sama adik2 kasih dan sayang di Seksyen 19, Shah Alam.


Bertempat di Masjid Ubudiyyah pada 1 Ogos 2009, pesawat KRJ 010809 telahpun memulakan penerbangannya. Seramai 89 orang penumpang telah bersama kami menaiki pesawat kali ini.


aksi adik-adik sayang..

saya sayang awak..

Alhamdulillah, baik, luar biasa!

BARISAN PENGENDALI

Knowing Me Knowing You : kNina & Abg Nizam
INTEAM : kNina
Riadhah : Semua Fasi
Meniti Angin Malam 1 : Pak Long
Meniti Angin Malam 2 : Semua Fasi
Hijrah : kNina
Menyemai Kasih Menuai Sayang : Pak Long
Pertemuan : kNina

Pelaptop : kMia
Pevideo : kZarina, kIka, kAda


BARISAN FASI YANG BERSEMANGAT

Abg Chefwan|Abg Nizam|Abg Wan|Abg Ajoy|kIka|kAda|kWanie|kUmira|kAina|

dan ramai lagi yang membantu secara langsung dan tidak langsung yang tidak dapat kami nyatakan disini..

Jazakumullah khairan katheera
~Moga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan~


Penerbangan Pesawat KRJ 010809 Lapangan Terbang SAMNI 1 & 2 Ogos 2009


Reported by: Kak Yong.. jzkk!

Barisan Pengendali

  • KMKY – Pak Ngah

  • In-Team – Pak Ngah

  • Riadah – Abang Eming & Kak Yong

  • MAM 1 – Ummi Ida

  • MAM 2 – Semua pengendali & fasilitator

  • Hijrah – Kak Yong

  • MKMS – Ummi Ida

  • Pertemuan – Ummi Ida

  • Video – Pak Kay

  • Laptop – KYong & ML


Barisan fasilitator

  • Pramugara – Abang Eming, Abang Ubadah, Abang Hanafi, Abang Yasser, Abang Ibrahim & Abang Luq

  • Pramugari – Kak Ucu, Kak Wafa, Kak Tika, Kak Nusaibah, Kak Husna, & Kak Izzati


Jumlah peserta: Sayang – 37 orang; Kasih – 59 orang


Laporan:

Setelah berhadapan dengan beberapa masalah teknikal, team KBM KL yang diketuai oleh Pak Kay akhirnya tiba di Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Kg. Bukit Cherakah pada jam 1.47 pagi. Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang guru.

Seawal jam 8.30 pagi, kami menyambut ketibaan adik-adik kasih dan sayang ke dalam dewan (seperti biasa, pastinya diiringi dengan lagu SENYUM ). Seramai 96 orang pelajar SAMNI telah menyertai penerbangan kali ini di mana 37 orang daripadanya terdiri dari adik-adik sayang dan 59 orang yang lain terdiri dari adik-adik kasih.

Program dimulakan dengan ucapan ringkas dan penyerahan adik-adik peserta oleh tuan pengetua SAMNI. Slot KMKY dikendalikan dengan jayanya oleh Pak Ngah yang sentiasa menyerlah jauh dari yang biasa... Kerjasama dan respon dari adik-adik kasih dan sayang juga sangat-sangat luar biasa... Bila tiba saat untuk ARMY YELL, ke‘kreatif’an mereka sangat terserlah! Ada kumpulan Ben10, Jejaka SAMNI, Cloud 9, Al-Amin, Extreme Gurl, Blue Rays, Sahabat Sejati, E-Girl, Nafesa dan ‘Asyarah Mubtasam. Siap ada yang berpencak silat, ada yang berkawad, ada yang jadi tugu negara... macam-macam gelagat dan aksi mereka. Dan yang paling seronoknya, sewaktu sesi perkongsian, ramai di kalangan adik-adik kasih dan sayang yang tampil berkongsi tentang apa yang mereka rasakan sedari awal hingga selesai slot KMKY. Dan sesuatu yang diluar jangkaan telah berlaku... tiba-tiba ‘hujan’ di pagi hari sewaktu sharing KMKY.

Usai solat Zuhur berjemaah dan makan nasi beserta lauk di sebelah tengahari, penerbangan diteruskan lagi dengan slot InTeam yang juga turut dikendalikan oleh Pak Ngah. Sesi sharing juga mendapat sambutan terhangat di pasaran. Usai solat Asar, sesi riadah dipecahkan kepada dua. Adik-adik sayang bersama abang-abang fasilitator dan adik-adik sayang bersama Kak Yong dan kakak-kakak fasilitator. Yang pastinya, ada senaman baru yang diperkenalkan oleh Kak Yong iaitu 'Ulat Bulu' hehehe...kesian adik-adik kasih, herot-berot mulut.

Selesai solat Maghrib, adik-adik kasih dan sayang dipersembahkan dengan tayangan 3 video pasar malam. Dan selepas itu, sedikit suprise dari Kak Yong kemudian kami sama-sama berDemi Matahari.

Selepas solat Isyak berjemaah, penerbangan diteruskan dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida serta dibantu oleh fasilitator. Slot MAM 2 menyusul sejurus selepas selesai slot MAM 1. Slot MAM 2 selesai sekitar jam 2 pagi.

Keesokkan harinya iaitu pada 2 Ogos 2009, penerbangan diteruskan dengan slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang manakala slot MKMS untuk ibu bapa yang hadir. Slot Hijrah dikendalikan oleh Kak Yong yang menggantikan tempat Abang Bai manakala slot MKMS dikendalikan oleh Ummi Ida. Pada jam 12 tengahari, slot pertemuan dikendalikan oleh Ummi Ida di dewan sekolah. Kehadiran ibu bapa agak memberangsangkan. Sewaktu sesi sharing, ramai adik-adik kasih dan sayang yang tampil ke hadapan. Ibu bapa juga tidak ketinggalan berkongsi perasaan dengan semua yang berada di dalam dewan. Majlis penutup disempurnakan oleh TYDP PIBG SAMNI. Kami bertolak pulang setelah selesai menunaikan solat Zuhur tapi sempat singgah di restoran untuk menjamu selera. Niat di hati nak pekena Laicikang tapi Laici je yang ada...'kang' tak ada, jadi tukar la minum ABC... sama la dengan ML...