Thursday, May 13, 2010

KBM di SMK Bangsar KL


Assalamualaikum Wa Barakallah Hu Fikum.



Barisan Pengendali :-

KMKY : Kak Nina
InTeam : Kak Nina
MAM I : Pak Long
MAM II : Semua Fasilitator dan Para Pengendali
Hijrah : Abg Din
RKSK : Pak Long
Pertemuan : Pak Long
Periba Komputer : Kak Yong
Video : Abg Zaid
Tukang Edit Video : Kak Yong


No Pesawat : KRJ 080510
Pramugara : Abg Zaid, Abg Ammar, Abg Akmal, Abg Fit dan Abg Amirul
Pramugari : Kak Diana dan Kak Lily
Airport : SMK Bangsar
Jumlah Penumpang : 71 orang

Alhamdulillah pada 7 Mei sekitar jam 7.00 malam kami tiba di SMK Bangsar. Ketibaan team kami disambut oleh Ustazah Aisyah dan beberapa cikgu sekolah SMK Bangsar. Kami dijamu dengan sedikit santapan yang berupa nasi campur dan buah tembikai yang disajikan dengan air teh O. Selesai makan, tepat jam 8.00 malam slot palestin bersama Abg Ammar (Aqsa Syarif)) dimulakan dan tamat pada jam 11.00 malam. Selesai solat isyak, sesi TOT ringkas diadakan kepada semua fasilitator yang ada ketika itu yang mana sesi ini dikendalikan oleh Pak Long.



Pagi 8 Mei, kami telah diberi amanah untuk mendekati serta menyantuni adik-adik kasih dan sayang. Jumlah adik-adik kasih adalah 20 orang manakala jumlah adik-adik sayang adalah seramai 51 orang sahaja. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 71 orang yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Adik-adik kasih dan sayang ini telah selamat menaiki penerbangan bersama pesawat KRJ 080510.

Slot pertama KBM iaitu Knowing Me Knowing You telah dikendalikan oleh Kak Nina diikuti slot Army Yell yang juga dikendalikan oleh Kak Nina. Ketika slot ini, pelbagai nama kumpulan yang menarik telah dijanakan oleh adik-adik kasih dan sayang. Apabila nama yang menarik dan tertarik dihasilkan, aksi army yell juga sememangnya membuat semua penonton teruja dengan aksi kumpulan masing-masing. Antara nama yang menarik adalah kumpulan IMAM MUDA juga GAGAK HITAM.



Selesai mendirikan solat fardhu Zohor dan mengambil serta menghabiskan makan tengah hari, slot InTeam pula menyusul yang mana slot ini masih dikuasai oleh Kak Nina yang sememangnya sangat bersemangat dan LAYAN. Alhamdulillah slot ini mendapat sambutan yang memuaskan daripada para peserta KBM SMKB walaupun hujan lebat di luar dewan. Sewaktu perkongsian, seorang adik sayang menyatakan bahawa pada sangkaan awalnya, program ini pasti program yang membosankan dan hanya untuk nangis-nangis tetapi selepas berjaya sampai ke slot In-Team, syukur alhamdulillah. Baginya program ini telah berjaya menjadi asbab untuk hubungan persahabatan antara adik ini dan sahabatnya semakin akrab.

Apabila azan Asar telah bekumandang, adik-adik kasih dan sayang bersama-sama fasilitator mendirikan solat fardhu Asar secara berjamaah. Selesai solat Asar, riadah riang ria berjalan di SMKB yang dikendalikan secara berasingan antara adik-adik kasih dan sayang.

Meniti Angin Malam I bermula sekitar jam 9:30 malam. Slot ini dikendalikan oleh Pak Long. Pesawat KRJ 080510 diterbangkan ke satu tempat yang mana adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengeratkan lagi hubungan bersama Allah, merasakan kenikmatan andai dipertemukan dengan Rasulullah dan menghargai segala jasa ibu dan ayah yang selama ini telah bersusah payah untuk menjaga dan membesarkan mereka. Slot ini menampakkan kerjasama para peserta yang begitu komited dengan program Keindahan BersamaMu ini biarpun dalam keadaan letih.



Berakhirnya Meniti Angin Malam I, Meniti Angin Malam II pula menyusul. Slot ini masih dekendalikan oleh pengendali 'Secret' tetapi turut dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang lain dari segala sudut untuk memastikan slot ini berjalan dengan jayanya. Meskipun ada berlaku perkara yang tidak dijangka-jangka, tetapi dengan izin Allah slot ini berjaya diharungi dengan selamat, alhamdulillah~. Kira-kira jam 2:30 pagi, semua adik-adik kasih dan sayang telah dibenarkan untuk tidur.

Pagi 09 Mei 2010 yang indah pun menjelma. Slot RKSK dan Hijrah dilangsungkan serentak tetapi di tempat yang berlainan. RKSK dikendalikan oleh Pak Long manakala slot Hijrah dikuasai oleh Abg Din. Kehadiran ibu bapa dianggarkan sekitar 50% daripada jumlah peserta. Apabila jam menunjukkan pukul 11:45, adik-adik kasih dan sayang telah dipertemukan bersama-sama ibu bapa. Slot ini diberi nama Pertemuan. Alhamdulillah, begitu indah saat pertemuan apabila menyaksikan adik-adik kasih dan sayang berlari mendapatkan ibu bapa mereka dan melihat mereka berpelukan. Saat itulah merupakan detik-detik keluarga bahagia yang insyaAllah akan dipisahkan dengan kematian sahaja.

Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian dari adik-adik kasih, sayang, ibu bapa dan seterusnya ucapan penutup dari wakil PIBG dan sekolah. Dalam ucapan wakil PIBG, beliau mengatakan bahawa, “Dalam kita mendidik dan membentuk anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah dalam segenap aspek hidup mereka, KASIH SAYANG adalah yang paling utama dalam cubaan kita menguasai emosi dan tingkah laku mereka”.



Disediakan oleh : Abg Din
Diedit & gambar oleh : Kak Yong
Dipost oleh : Kak Yong

0 comments: