Wednesday, July 21, 2010

KBM Kembali di SMK Bangsar


KBM Kembali SMK Bangsar


Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas kesempatan yang diberikan kepada kami maka pada 20 Julai 2010, team KBM KL yang terdiri dari Abg Bai, Pak Long, Mak Long, Kak Yong dan Kak Musyi telah berkesempatan berkunjung ke SMK Bangsar KL untuk program KBM Kembali. Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami tiba di SMK Bangsar dan ketibaan kami disambut mesra oleh Ustazah Aisyah. Adik-adik kasih dan sayang semuanya sudah setia menanti di dalam dewan.

Pak Long sedang memberi ucap alu-aluan


Program dimulakan dengan ucap alu-aluan dari Pak Long mewakili KBM KL juga Badan Kebajikan Islam Telekom (BAKIT) di mana BAKIT telah menaja program KBM di SMK Bangsar pada 8 dan 9 Mei 2010 yang lalu. (KRJ 080510)

Adik-adik kasih dan sayang yang hadir...


Program diteruskan oleh Abang Bai yang mengajak adik-adik untuk mengimbau kembali program KBM yang telah mereka lalui. Seterusnya amereka dipertontonkan dengan video klip program KBM yang lalu. Sambil menonton, mereka turut sama melagukan nasyid Satu Tekad, Jalinan dan Teman Sejati.

Abg Bai sedang beraksi...


Seterusnya, adik-adik kasih dan sayang telah dikongsikan beberapa tips untuk mengekalkan perubahan. Mereka juga diminta untuk menyenaraikan apa sahaja perubahan yang telah mereka lakukan selepas mengikuti program KBM pada Mei yang lalu. Seterusnya beberapa orang adik-adik kasih dan sayang telah berkongsi di hadapan rakan-rakan mereka tentang perubahan-perubahan yang telah mereka lakukan.

Seorang adik sayang sedang berkongsi perubahan-perubahan
positif yang telah dilakukan


Seterusnya adik-adik kasih dan sayang turut dipertontonkan klip video slot Pertemuan untuk membawa adik-adik mengimbau kembali saat-saat penuh bermakna itu dan menegaskan kembali harapan dan impian ibu bapa mereka terhadap diri mereka. Di penghujung slot, adik-adik kasih dan sayang bersama-sama menyanyikan lagu 'Titian Kejayaan' secara beramai-ramai. Program diakhiri dengan bacaan doa oleh Abg Bai dan diaminkan oleh semua yang berada di dalam dewan.

Menyanyikan lagu 'Titian Kejayaan' bersama-sama


Bacaan doa dari Abg Bai yang diaminkan oleh semua yang berada di dalam dewan


Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah terutamanya Ustazah Aisyah di atas kerjasama dan peluang yang diberikan kepada team KBM KL untuk mengadakan program KBM Kembali di SMK Bangsar. Harapan kami agar adik-adik kasih dan sayang terus menyerlah jauh dari biasa... ^_^


Disediakan oleh: Kak Yong

Tuesday, July 20, 2010

KBM Bukit Sentosa [KRJ 170710]




Pengarah : Pak Kay

Barisan Pengendali :

KMKY ~ Kak Yong, Pak Kay, Abg Muadz & Abg Duke
Inteam ~ Kak Nina
MAM 1 ~ Kak Nina
MAM 2 ~ Abg Bai, Abg Duke dan semua fasilitator
Hijrah ~ Abg Bai
MKMS ~ Pak Andak
Pertemuan ~ Abg Bai

Video: Abg Eming
Video Editing: Kak Yong
Laptop: Kak Yong & Abg Muadz

Pramugara: Abg Duke, Abg Atif, Abg Adib, Abg Nasim, Abg Arif, Abg Aizat, dan Abg Hazim

Pramugari: Kak Ina, Kak Musyi, Kak Husna, Kak Asma', Kak Una, Kak Do, dan Kak Syahida

Peserta: 75 orang

Alhamdulillah thummalhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, sekali lagi KBMKL dapat melangkah meneruskan misi da'wah di Bukit Sentosa. Ini merupakan kali kedua program ini diadakan di lokasi yang sama iaitu Masjid As-Salam Bukit Sentosa. Program kali ini dianjurkan oleh Masjid As-Salam Bukit Sentosa bergabung tenaga dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Daerah Hulu Selangor. Dan alhamdulillah, team kami selamat tiba di Masjid As-Salam Bukit Sentosa kira-kira jam 11.30 malam 16 Julai 2010. Kedatangan kami disambut baik oleh pihak penganjur. Sesi taklimat ringkas dan taaruf telah diadakan pada malam itu dalam susana santai sambil menjamu selera dengan hidangan nasi goreng, kek coklat yang kami bawa dan juga biskut serta nescafe panas.

Homemade chocolate cake dan nasi goreng yang dibawa ke Bukit Sentosa


Lepak santai sambil tengok video-video ala-ala berpicnic pun ada haha


Menjelang 17 Julai 2010, seawal jam 8.00 pagi kelihatan adik-adik peserta telah tiba. Sesi pendaftaran dikendalikan oleh pihak penganjur. Seramai 75 orang telah menyertai KBM kali ini yang terdiri dari 25 orang adik-adik sayang dan 50 orang adik-adik kasih yang datang dari tiga buah sekolah iaitu SMK Bukit Sentosa, SMK Bukit Sentosa 2 dan SMK Taman Bunga Raya termasuk tiga orang dari SMK Bandar Baru Batang Kali dan dua orang dari SMK Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh. Program dimulakan dengan ucapan dari Pengarah program yang juga merupakan Setiausaha Masjid As-Salam Bukit Sentosa. Selepas penyerahan, program diteruskan dengan slot Knowing Me Knowing You yang dikendalikan oleh gandingan Pak Kay dan Kak Yong. Adik-adik begitu terhibur dan teruja dengan celoteh Kak Yong juga lawak jenaka dari Pak Kay. Selepas berhenti rehat kira-kira jam 10.45 pagi, program diteruskan dengan sesi Army Yell dikendalikan oleh gandingan sempoi dan bersahaja Abg Muadz dan Abg Duke. Program kali ini turut dibantu oleh fasilitator kami yang menyambung pelajaran di Madinah dan Mesir dan sedang bercuti sekarang ini. Program berhenti rehat tepat jam 1.00 tengahari untuk makan tengahari dan solat Zuhur.

Usai makan tengahari dan solat Zuhur, program diteruskan dengan slot Inteam yang dikendalikan oleh Kak Nina. Adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengindahkan lagi hubungan dan ikatan persahabatan mereka. Mereka saling memohon maaf dan mendoakan sahabat mereka. Slot ini diakhiri dengan nyanyian lagu 'Teman Sejati' beramai-ramai.

Sahabat, terima kasih atas segala-galanya...


Ya Allah, eratkanlah ikatan persahabatan di antara kami...


Selepas minum petang dan solat Asar, sesi riadah ringan diadakan secara berasingan antara adik-adik kasih dan sayang. Adik-adik sayang beriadah bersama abang-abang fasi manakala adik-adik kasih pula beriadah bersama kakak-kakak fasi di dalam dewan. Disebabkan jumlah adik-adik kasih yang ramai dan jumlah bilik air yang tidak mencukupi, adik-adik kasih bergilir untuk makan malam dan membersihkan diri.

Usai solat Maghrib secara berjamaah, adik-adik kasih dan sayang dipertontonkan dengan tiga klip video 'pasar malam' yang disediakan khas oleh Kak Yong. Dan slot Meniti Angin Malam 1 dimulakan usai sahaja solat Isyak berjamaah. Slot ini dikendalikan oleh Kak Nina. Dalam slot ini, adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengeratkan dan mengindahkan lagi hubungan dengan Allah, Rasulullah dan ibu ayah. Adik-adik kasih dan sayang juga didedahkan dengan perjuangan para sahabat yang sanggup berkorban nyawa untuk memastikan syiar Islam terus tertegak. Alhamdulillah, adik-adik kasih dan sayang dapat menghayati slot ini dengan baik. Slot ini tamat kira-kira jam 11.00 malam. Program diteruskan lagi dengan slot Meniti Angin Malam 2 yang dikendalikan oleh Abg Bai, Abg Duke dan semua barisan fasilitator. Slot ini berakhir jam 1.00 pagi. Selepas itu adik-adik kasih dan sayang dibenarkan untuk tidur dan berehat.

Program diteruskan lagi pada hari kedua dengan dua slot yang berjalan serentak tetapi di dua lokasi yang berbeza. Slot Hijrah untuk adik-adik kasih dikendalikan oleh Abg Bai manakala slot MKMS untuk ibubapa dikendalikan oleh Pak Andak. Kira-kira 40 orang ibu bapa telah hadir untuk slot yang terakhir ini. Ibu bapa dimaklumkan tentang perjalanan program yang telah dilalui oleh anak-anak mereka dan video klip perjalanan program turut dikongsikan. Ibu bapa juga dipinta untuk terus memainkan peranan mereka untuk terus membimbing dan membantu membina persekitaran yang baik di rumah untuk anak-anak mereka supaya apa yang telah anak-anak mereka lalui sepanjang program 2 hari ini akan dapat dikekalkan.

Pak Andak sedang mengendalikan slot bersama ibu bapa


Kira-kira jam 12.00 tengahari, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa untuk dipertemukan dengan ibu bapa dalam slot Pertemuan. Suasana sedih dan pilu menyelubungi semua yang hadir apabila adik-adik kasih dan sayang dilepaskan untuk bertemu dengan ibu dan ayah masing-masing.

Adik-adik kasih dan sayang...


Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Setiausaha IKRAM Hulu Selangor, Mohd Amran Sakir. Pada penghujung program, Bendahari Masjid, Syed Azman Syed Yusoh telah menyerahkan sekeping cek bernilai RM1038 kepada Mohd Amran. Jumlah itu adalah sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada tabung bantuan rakyat Palestin yang dikendalikan oleh IKRAM melalui Aqsa Syarif Berhad.

Insyaallah, ada rezeki kita bertemu lagi


Barisan fasilitator akhwat...


Bergambar kenang-kenangan bersama adik-adik kasih


Terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid As-Salam, IKRAM Daerah Hulu Selangor dan juga guru-guru kerana telah memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menyantuni adik-adik kasih dan sayang. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih dan tahniah buat barisan fasilitator dari IKRAM Daerah Hulu Selangor juga fasilitator dari team KBM KL kerana sudi meluangkan tenaga dan masa untuk menjayakan KBM kali ini. Pastinya KBM ini tidak berjaya dengan kehadiran kalian. Dan khususnya buat adik-adik kasih dan sayang, terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa memberi komitmen dan kerjasama yang sangat hebat dalam setiap slot yang dijalankan. Diharapkan agar ilmu yang kita perolehi di sini dapat kita amalkan dan kongsikan kepada sahabat-sahabat kita yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama kita. Ucapan jutaan syukur kerana pastinya jika tidak atas pertolongan jua izi dariMu Ya Allah pastinya program kali ini tidak akan berjaya. Alhamdulillah...

Buat adik-adik, moga terus MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!!

Disediakan oleh: Kak Yong

Berita KBM Bukit Sentosa di Malaysia Harmoni

KBM Dun Hulu Kelang [KRJ 030710]




Barisan Pengendali:

KMKY ~ Abg Bai

Inteam ~ Kak Yong

MAM 1 ~ Ummi Ida

MAM 2 ~ Kak Yong, Abg Duke & semua fasilitator

Hijrah ~ Abg Bai

MKMS ~ Ummi Ida

Pertemuan ~ Abg Bai


Mr Pramugara: Abg Arul, Abg Atiff, Abg Duke & Abg Sulaim
Ms.Pramugari: Kak Zar, Kak D, Kak Ina & Kak Syahid
Video: Pak Kay
Video Editing: Pak Kay & Kak Yong
Laptop: Kak Yong, Kak Mia & ML
Peserta: 53 orang.

Alhamdulillah,syukur pada Ilahi dengan rahmatNya, pada 3 dan 4 Julai 2010 yang lalu, team KBMKL telah berjaya melebarkan lagi sayap dakwahnya dalam program Keindahan Bersama Mu. Kali ini program telah dikendalikan di Kem Isi Rimba, Kg Kemensah, Kuala Lumpur dimana suasananya yang aman dan tenteram sesuai dengan slogannya ‘Back To Nature’ juga seiring dengan tujuan program ini. Program ini disertai oleh 29 orang adik-adik sayang dan 24 orang adik-adik kasih yang rata-rata datangnya dari sekitar UK Perdana dan Kg Sg Sering.

Pagi Sabtu bersamaan 3 Julai 2010, kelihatan adik-adik sayang dan kasih berwajah tegang dan resah apabila menapakkan kaki mereka di ‘Balairongseri’ kami. Tetapi dengan kehadiran para pramugara dan pramugari dengan senyum ‘Tiga’nya, Abang Bai dengan senjata lawaknya diiringi pula dengan alunan lagu ‘Senyum’ oleh Raihan, akhirnya mampu mengukirkan senyuman di raut wajah adik-adik. Dengan itu, adik-adik kasih dan sayang selamat menaiki penerbangan KRJ030710 di Airport Kem Isi Rimba, Kg. Kemensah.

Slot KMKY bersama Abg Bai


Knowing Me Knowing You merupakan slot pertama KBM yang telah dikendalikan oleh Abang Bai amat menarik perhatian adik-adik. Slot seterusnya merupakan slot Army Yell yang dikendalikan juga oleh Abang Bai dimana slot ini bertujuan menjana kreativiti adik-adik kasih dan sayang. Hasil daripada penjanaan idea-idea, terhasillah ‘Thundercloud’, ‘Wakakaka’ dan sebagainya. Kelihatannya sungguh bersemangat adik-adik mempamerkan Army Yell masing-masing.SEMANGAT!!!!

Salah satu persembahan Army Yell dari adik-adik sayang


Selesai menjamu makanan tengahari dan usai solat fardhu Zohor, slot InTeam menyusul melengkapkan program dimana dikendalikan oleh Kak Yong untuk membantu adik-adik kasih dan sayang mencurahkan rasa kasih sayang mereka kepada sahabat. Alhamdulillah sekali lagi, slot ini berjaya berjalan dengan baik dengan kerjasama yang diberikan oleh para peserta serta para fasilitator. Di akhir slot, beberapa adik kasih dan sayang telah tampil untuk memberikan perkongsian mereka sepanjang program dijalankan.

Ayuh, kita mengindahkan lagi hubungan dengan sahabat


Setelah azan Asar berkumandang, adik-adik kasih dan sayang bersama-sama para fasilitator mendirikan solat fardhu Asar secara berjemaah. Selesai solat, aktiviti riadah diadakan secara berasingan antara adik-adik kasih dan sayang.

MAM 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida dijalankan sekitar jam 9.00 malam. Adik-adik dibawa mengembara bersama meniti nikmat indahnya menjalin hubungan dengan Allah, kebahagiaan andai dipertemukan dengan Rasulullah dan menghargai segala jerih-perih ibu dan ayah yang membesarkan mereka. Berakhirnya MAM 1, MAM 2 menyusul menyingkap tirainya. Slot ini dikendalikan oleh semua pengendali dan para fasilitator. Program ini berakhir pada jam 2.00 pagi dan barulah semua peserta dibenarkan tidur.

Pada keesokan harinya bersamaan 4 Julai 2010, slot RKSK dan HIJRAH dijalankan serentak tetapi ditempat yang berlainan. Slot RKSK dikendalikan oleh Ummi Ida manakala slot HIJRAH dikendalikan oleh Abang Bai. Ibu bapa yang hadir sabar meniti slot RKSK amat mengusik jiwa sesiapa sahaja yang bergelar anak walaupun terdapat kesukaran yang dialami dan hujan turun dengan lebatnya diluar sepanjang slot ini dijalankan. Sekitar jam 11.45 pagi, adik-adik kasih dan sayang dipertemukan bersama ibu bapa dalam slot Pertemuan. Begitu indahnya saat ini apabila melihat adik-adik kasih dan sayang berlari meluru mencari ayah dan ibu masing-masing sejurus pengendali melepaskan mereka. Saat-saat itu begitu suci dan ikhlas kelihatannya dan merupakan detik-detik keluarga bahagia dan hanya kematian mampu memisahkan mereka.

Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian adik-adik kasih dan sayang, ibu bapa dan seterusnya majlis penutup oleh YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang. Sekitar jam 1.00 petang KRJ030710 berjaya mendarat dengan selamatnya. Alhamdulillah..

SEMOGA KITA TERUS “MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA”
Yeah!!!

YB Saari Sungib berjiwa rakyat, sudi merasmikan majlis penutup


Adik-adik kasih bergambar kenang-kenangan bersama YB Saari Sungib


Barisan pengendali dan fasilitator KRJ 030710


Disediakan oleh: Kak D

Diedit dan dipos oleh: Kak Yong

KBM Masjid TMZA (Masjid Besi)


Pengarah : [Pak Kay]

Pengendali : [Abang Bai][Ummi Ida]

Pramugara & Pramugari:
[Abg Sulaim][Abg Haikal][Abg Amin][Abg Din][Abg Mirul]
[Abg Dayat][Abg Zaid][Abg Fathil][Abg Zol][Abg Amir]

[Kak Ika][Kak Roy][Kak Aisyah][Kak Nabila][Kak Sodd]
[Kak Ijah][Kak Abid][Kanda Hanum][Kak Ijan]

Video : [Kak Yong][Abg Amin]

Video Editing : [Kak Yong]

Laptop : [ML][Abg Muadz]

Peserta : [188 orang]


Alhamdulillah team KBMKL dapat terus melebarkan sayap dakwahnya dan kali ini pada 5 hingga 6 Jun 2010 bertempat di Masjid TMZA atau lebih dikenali Masjid Besi yang terletak di Presint 3 Putrajaya. Kali ini melibatkan seramai 188 adik-adik kasih dan sayang yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pagi itu adik-adik kasih dan sayang disambut mesra oleh para fasilitator merangkap pramugara dan pramugari pesawat KRJ 050610. Alhamdulillah setelah dewan dipenuhi dengan adik-adik kasih dan sayang, kelihatan wajah-wajah ceria dari adik kasih dan sayang tak lupa juga senyuman dari fasilitator, guru-guru, imam masjid yang seiring dengan nasyid yang dimainkan "SENYUM" dari kumpulan Raihan. (^_^)

Pesawat KRJ 050610 berlepas pada pagi itu seperti biasa mengikut jadual pesawat KRJ-KRJ yang lain iaitu tepat pada pukul 9.00 pagi.Adik-adik kasih dan sayang bersama-sama dengan Abang Bai dalam slot Knowing Me Knowing You, pramugara pramugari sudah bersedia dihadapan untuk sesi ta'aruf bersama adik-adik. Pernah lihat pramugari bertudung? Haaaa inilah uniknya pesawat KRJ ini yang membezakan dengan pesawat-pesawat yang ada.

Ketika ARMY YELL, sungguh tidak disangka adik-adik ini hebat-hebat belaka, pelbagai nama kita dapat lihat dan dengar ketika itu. Tak cuak, tak takut, tak gentar, sikit pun tak cuak... itulah antara army yell yang dilakukan oleh adik sayang. Tapi kali ini army yell lain dari yang lain, ya luar biasa, kerana kami bawakan seorang pengkritik. Tetapi cumalah sekadar untuk menghiburkan hati.

Selesai slot, adik-adik kasih dan sayang mengisi perut dan sekaligus membuat persiapan diri untu persembahkan kepada Allah Yang Maha Agung. Seusainya solat zohor,adik-adik kasih dan sayang meneruskan slot In Team dan sekali lagi adik-adik bersama dengan Abang Bai.Ya,sekeras-keras hati mukmin pasti menangis. Ramai adik-adik yang mengalirkan airmata,subhanallah benar mereka amat menyayangi sahabat-sahabat mereka.Keberanian dan kejujuran adik-adik kasih dan sayang terserlah apabila adik-adik kasih dan sayang tidak rasa segan dan silu untuk meminta maaf secara terbuka. Slot itu berakhir dengan nyanyian nasyid beramai-ramai "TEMAN SEJATI" yang dipopularkan oleh kumpulan Brothers.


Dan seusainya solat Asar, adik-adik sayang telah bersama dengan abang-abang fasi diluar dewan untuk sesi riadhah manakala adik-adik kasih telah bersama akak-akak fasi di dalam dewan. Seusainya solat Maghrib, adik-adik telah dibawa jauh mengembara bersama dengan Ummi Ida di dalam Slot Meniti Angin Malam 1. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tamat slot MAM 1, adik-adik menunaikan solat isya' dan seterusnya menyambung kembali slot Meniti Angin Malam 2. Slot MAM 2 melibatkan semua para fasilitator dan pengendali.

Keesokkan harinya, adik-adik kasih dan sayang dibawa berhijrah oleh Abang Din, pelbagai perubahan yang hendak dilakukan oleh adik-adik kasih dan sayang, alhamdulillah. Sementara itu ibu bapa adik-adik kasih dan sayang pula telah bersama dengan Ummi Ida dalam slot Menyemai Kasih Menuai Sayang di dewan yang berasingan. Ketika slot HIJRAH adik-adik kasih dan sayang ditekankan dengan Nasib Palestin, saudara seislam kita, maka pelbagai lagu JIHAD dimainkan sambil adik-adik kasih dan sayang menghayunkan tangan mengikut rentak lagu Bingkai Kehidupan, Palestina Tercinta, Gelombang Keadilan, dll.Selepas itu, adik-adik tibalah ke slot "Lafaz Tersimpan" dan kad-kad diedarkan kepada adik-adik kasih dan sayang buat mereka melafazkan lafaz-lafaz yang selama ini tersimpan jauh disudut hati kecil mereka terhadap ibu bapa mereka, yang telah melahirkan, menjaga, mengajar dan sebagainya.

Lafaz yang tersimpan...


Kira-kira jam 11.40 pagi,adik-adik kasih dan sayang telah dibawa untuk bertemu dengan ibu bapa mereka didalam slot PERTEMUAN. Sekali lagi airmata adik-adik kasih dan sayan bercucuran ke pipi apabila melihat wajah-wajah ibunda dan ayahanda tercinta yang saban hari membanting tulang demi membesarkan mereka. Alhamdulillah slot tamat kira-kira pukul 1.30 petang.



Mak, ayah... saya sayang mak dan ayah


Sebahagian ibu bapa yang hadir


Terima kasih buat semua AJK dan pihak pengurusan masjid kerana memberi kepercayaan kepada kami buat menyantuni adik-adik kasih dan sayang, thank you buat guru-guru yang turut hadir memberi sokongan, syukran buat semua fasilitator kerana sudi meluangkan tenaga dan masa untuk menjayakan KBM kali ini.Pastinya KBM ini tidak berjaya dengan kehadiran kalian. Dan khususnya buat adik-adik kasih dan sayang, arigatou kerana sentiasa memberi komitmen setiap slot yang dijalankan. Diharapkan agar ilmu yang kita dapat di sini dapat kita simpan atau mungkin boleh kita kongsi kepada sahabat-sahabat kita yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama kita. Serta lidah ini tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana pastinya jika tidak atas pertolonganMu Ya Allah pasti ianya tidak berjaya. TERIMA KASIH ALLAH!!!

Diharap agar adik-adik kasih dan sayang terus menerus untuk menjadi
remaja soleh wa musleh
dan
menyerlah jauh dari yang biasa!

InsyaAllah! (^_^)


Disediakan oleh: Kak Ika
Diedit dan dipos oleh: Kak Yong


Berita KBM Masjid TMZA di website JAKIM