Thursday, June 26, 2008

..::Report KBM IIC::..

*Assalamualaikum..maaf report KBM IIC lambat di post di blog ni..(mmandangkan blog br buat)..tp dah ada report di yahoo.group,tetap perlu disertakan dlm blog ni..bberapa keje "mnyunting" perlu di lakukan..=)..njoy!!

Pengendali & fasi bsama banner KBM KL yg baru
6 Jun 2008

Alhamdulillah team KBM KL telah tiba di bumi IIC pada jam 12tgh malam.. Sebaik semua pngendali & fasi tiba, kerja2 persidiaan dewan dilakukan bersama2 dgn beberapa org wakil SRC IIC yg ditugaskan pd mlm itu dan student IIC (Alang Atie & Uda Nas) yg pernah mnjadi fasi KBM. Tp pd KBM kali ini, mereka akan merasai pngalaman sbg peserta pula. Kerja2 di teruskan sehingga jam 3 pg.

7 Jun 2008

Mentari pagi bersinar indah. KBM di IIC dimulai dengan proses pendaftaran para peserta. Mengikut senarai asal peserta yang telah berdaftar sebelum ini, hanya lebih kurang 40 orang yang menyertai KBM kali ini.

Alhamdulillah, setelah jam menunjukkan hampir pukul 9 pagi, seramai 37 orang peserta telah hadir dan bakal bertambah 4 orang ikhwah dan 4 orang akhwat dari UiTM Shah Alam yang masih dalam perjalanan ke IIC. Kehadiran para peserta disambut oleh para pengendali dan fasilitator team KBM KL.

Peserta2 khusyuk dgr celoteh abg Bai

KBM dimulakan dgn slot KMKY dikendalikan oleh Abang Bai. Macam biasa, peserta diterangkan pra-syarat penerbangan dan peserta bakal menaiki pesawat KRJ 07062008. Kemudian sesi memperkenalkan krew-krew pesawat KRJ 07062008. Pilot penerbangan seperti biasa adalah Abang Bai Hafiz dan co-pilot ialah Kak Sodd. Pramugara bertugas terdiri dari Pak Long Hasan, Pak Kay, Pak Ngah Ghafar, Pak Andak Husin, dan Abdullah Amin manakala pramugari bertugas terdiri dari Damia, Nazurah, Khadijah, dan Afifah. Penerbangan kali ini disertai seramai 47 penumpang, 12 orang adik-adik sayang dan 35 orang adik-adik kasih. Slot KMKY kali ni tak guna lagu `Satu Tekad' tapi menggunakan lagu `Jalinan' namun lagu tema tetap dikekalkan…'Gemuruh' mmbawa semangat `Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa'.Army Yell diteruskan dgn persembahan Army Yell dr kump2 peserta kasih & sayang..berbakat juga student2 IIC ni..sblm ni ad yg senyaaapp je..=)

Peserta Kasih & k.Teh


Selesai menjamu selera tengah hari di kafe IIC, jam 2.15 petang, peserta berkumpul semula di dewan utama IIC bagi meneruskan slot `In-Team'.S. Pada sebilangan peserta, slot InTeam ni sgt bermakna. Ada yg dtg dengan kump usrah, maka slot ini sgt2 membawa nilai uhkwah yg tinggi. Di penghujung2 slot, Abg Bai sempat meminta peserta utk duduk bersama dgn rakan2 serumah, & wakil SRC utk sama2 membincangkan tentang permaslahatan dalam rumah sewa ataupun bdn SRC serta mngeluarakan idea2 solution bg masalah2 tsebut. Insya Allah peningkatan akan dilakukan..=)

Selesai solat Asar, sesi riadah la pulak. Di dalam dewan, peserta kasih kali ni disediakan sesi senamrobik ala tentera oleh K.Damia dan jualan langsung `Laicikang'.Permainan terakhir adalah `Cari Menantu'…hehehe…"nikah,,kahwin..cerai!"..nauzubillah la yg akhir tu ye.. Manakala peserta sayang dan fasi2 ikhwah mnjalankan aktiviti di court futsal IIC..main futsal la agaknye..

Slot MAM 1 dikendalikan oleh Pak Andak Husin dgn bagitu baik sekali. Lakonan pula mnyaksikan gandingan kali pertama Amin Mokri,K.Yong Fiza & K.Damia. Slot MAM 2 pula buat kali pertamanya K.Yong ambil alih tempat Kak Nina. Agak mudah mengendalikannya memandangkan jumlah peserta yang kecil di dalam dewan yg agak luas. Selesai MAM 2, sesi bersalaman antara fasi dan peserta sebelum semua menikmati minum malam di Café disusuli pngembaraan di alam maya=)

8 Jun 2008

Selepas solat subuh, tazkirah disampaikan oleh pengetua SMKA Al-Amin Gombak.

Slot pada hari kedua dimulakan dengan `Explore al-Qur'an'. Peserta dikehendaki menjawab soalan matematik dengan merujuk tafsir al-Qur'an. Slot seterusnya `Kini dan Hijrah' memerlukan peserta menuliskan azam sebagai pelajar, sahabat, hamba Allah, anak dan umat Nabi Muhammad.

Explore Al-Quran=)

Seperti biasa, sesi `Lafaz Tersimpan' menyusul. Pserta seperti biasa di bawa menyelusuri perjalanan cinta dgn ibu bapa. Begitu sayu di mana ada seorang peserta yg telah kehilangan kedua ibu bapa. Memandangkan peserta yg hadir adalah student IPTS dan berasal dr setiap pelusuk tnh air..ada yang dr Johor, Perak, Kedah dan juga Sabah, maka slot bersama ibu bapa seperti KBM2 lain tidak dpt di jalankan. Tetapi kelainan slot telah di sajikan oleh para pengendali di mana peserta dikejutkan dengan slide yang mengandungi kata-kata harapan ibu bapa beberapa orang peserta serta yang lebih menarik, live call kepada 2 parents di rumah buat anak2 yang mnyertai KBM IIC ni. Suasana sedih menyelubungi dewan ketika mendengar pesanan dr jauh oleh ibu bapa tersebut. Beberapa peserta kemudian mengambil peluang mengulas kembali harapan dan luahan hati ibu ayah.

Majlis penutup KBM IIC dilaksanakan oleh En Rosli iaitu Kaunselor IIC dan diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati dari pihak kolej kepada team KBM-KL.

Antara komen & luahan para peserta:

1. Dah lama aku tak menangis dan umur 23 tahun ni baru aku menangis. Program ni memang best giler-giler.

2. program ni memang bagus sangat-sangat. Kalau boleh saya nak mula join usrah ikhwah.

3. Rugi tak bawak bestfriend saya…so feeling pun kurang la sebab buat in-team dengan orang yang tak berapa rapat.

4. Kalau kena pergi KBM lagi sekali, biar kena bayar RM50 pun saya sanggup. Memang best sangat-sangat la!

Peserta & Fasi..Peace...

Ni pulak komen dari orang-orang yang dipaksa datang:


1. Kak, terima kasih sebab paksa saya datang program ni. Kalau akak tak paksa saya datang, mesti saya takkan dapat rasa semua ni…


2. Mula-mula rasa terpaksa, dah setengah hari rasa macam best…tapi bila dah habis memang best la sangat-sangat…memang rugi la sape yang tak datang. Kalau dah datang baru tau `keindahan' program ni…terima kasih banyak-banyak kak…


3. Kak, insaf saya…program ni memang best sangat…kat sini la saya dapat sesuatu yang saya takkan dapat kat kolej. Kat sini la saya dapat luahkan lafaz yang tersimpan buat mak ayah saya…saya tak malu dan bangga sangat nak cakap… `Mak, ayah, saya saayaanngggg mak dan ayah'.


Komen peserta yg pernah mnjadi Fasi KBM:

1. Memang rasa kelainan lebih2 lg dlm slot Hijrah. Selama ni kite tgk adik2 yang tulis, kita cuma guide. But, when you are dealing with yourself to write you own Hijrah towards Allah, parents (especially) and friends, it was all different. Lebih terasa dan bermakna..


Dan banyak lagi komen-komen dari peserta. Apa pun, bila pergantungan dibina sepenuhnya kepada Allah, hasil yang baik akan kita perolehi. Apapun, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan KBM di IIC. Syukran jazilan... Jazakumullahu khairal jaza'

Alang Atie: KBM IIC insya Allah akan di jadikan program tetap khususnya utk pelajar2 baru. Semoga Menyerlah Jauh dr yang Biasa!!

Wednesday, June 25, 2008

..::Report KBM Aktivis Jim Pahang::..

*Assalamualaikum..actually reprt was done by K.Nurul Damia..i'm just doing the favour posting it in this blog..njoy their experiences in Pahang k!!(copy n paste je..)

Bismillahirrahmanirraheem..

SABTU (22 JUN 2008)

Alhamdulillah, pada 21 dan 22 jun yang lepas, team kbm kl telah menjayakan satu lagi projek kbm aktivis di Kuantan Tembeling Resort. Kami bertolak pada hari jumaat malam dengan dua buah kereta. Antara Ajk yang terlibat untuk kbm kali ini ialah pak andak, pak kay, pak bee, makcik aisyah, kak nina, kak sod dan kak mia. Kami tiba di Kuantan agak lewat dan terus ke rumah YDP JIM Kuantan, Akh Husni serta terus menjalankan kerja2 menyiapkan bahan2 program.


Pagi berikutnya kami bergegas ke tempat program memandangkan kami belum sempat kesana pada malam smlm. Tapi rasanya xdelah bergegas sangat kot. Kali ni akhwat yang siap awal. Ikhwah masih lg menjamu selera dengan relaxnya. Apatah lagi menu yang dihidangkan pagi tu adalah nasi goreng panas dan kuih-muih yg baru dibeli oleh akh husni. Sampai di dewan resort tu, Alhamdulillah, kemudahan semua ok. Cuma meja2 saje yang perlu dialihkan ke tempat lain. Kami dibantu oleh pekerja2 resort tersebut menjadikan kerja2 menyusun bertambah cepat.


Peserta mula hadir. Tapi jumlahnya tidak begitu ramai. Tunggu dan tunggu, akhirnya sampai juga walaupun agak lewat. Mungkin krn kebanyakkan peserta datang bersama family masing2 menyebabkan kelewatan. Jumlah peserta sekitar 39 orang termasuk yang keluar masuk. Program bermula sekitar jam 9.30 pagi dengan bacaan Al-Quran dan ucapan serta perasmian oleh ydp jim pahang, akh samsuddin. Jam 10 pagi, pak lang mengambil alih program. Dimulakan dengan KMKY, . Slot inteam tak dapat dibuat pada hari pertama kerana masa yang tidak mencukupi.

antara peserta yg hadir

Selesai solat maghrib dan isya' berjemaah, peserta berkumpul semula ke dalam dewan untuk tazkirah dan diteruskan dengan slot MAM 1. Slot kali ni telah diubahsuai sedikit oleh paklang memandangkan peserta bukan hanya dikalangan aktivis malah kanak-kanak dan remaja juga turut serta. MAM 1 versi family ni kelihatan semakin menarik dan unik dipenghujungnya .

antara peserta2 ikhwah..

Untuk slot MAM2, ibu bapa diminta menghantar anak2 ke bilik masing dan berkumpul semula didewan. Jumlah peserta pada slot MAM2 agak berkurangan, terutamanya di bahagian akhwat. Mungkin ramai yg menemani anak2 di bilik.AHAD (22 JUN 2008)

Pagi tu dapat dua mesej. Dari pak kay dan makcik faridah. Makcik bgtau yg hari ni birthday pak kay. Dan pak kay pulak bg mesej supaya doakan dia di hari lahir ni.. InsyaAllah, moga segala yang dihajati akan telaksana.Ameen.. Pagi ni paklang mulakan dengan review balik apa yg telah dilalui semalam. Program berakhir dengan ucapan dan penyampaian hadiah kepada pengendali serta sijil kematian kepada wakil peserta. Dan seterusnya sesi bergambar didepan banner baru KBM..(^_^)

Fasi & pengedali pose di depan banner baru;p

Balik tu team kbm kl telah sempat singgah ke chalet akh Wan di Maran utk celebrate birthday pak kay. Hehe, sangat meriah walaupun xramai. Kami dihidangkan dengan kek coklat 'Special 4 Pak Kay' , dan kuih muih yang di import dari luar negara..hehe, bukan senang nak rasa kuih dari India..


Pak kay nk ptong kek pn sempat pose..heheh..dgn abg Wan n Pak Andak
Happy Birthday Pak Kay!!

bestnyer dorg makan2 kek ye..huhu..

Malam tu singgah solat maghrib+isya' di RnR Temerloh sambil menikmati gulai ikan patin yang pak kay sebut2 dari dalam kereta lg.. Dah kenyang ape lagi..bertolak balik ke kl. Ana dan kak nina xdibenarkan tidur. Makcik faridah dah pesan kat kami supaya tengok2kan pak kay, nanti minda bawah sedar die pulak yang drive mcm kat telok mas hari tu..huhu, menakutkan!!

Ok that's all..maaf atas segala salah dan silap..moga kita semua terus diberi kekuatan utk meneruskan tugas2 dakwah ni dan terus Menyerlah Jauh Dari Yang Lain..ops, silap.. Jauh dari yang Biasa..hehe.. (^_^)

Ilalliqa'…

Reported by:Nurul Damia

Posted by:Alang Atie

alang atie:jeles tgk tmpt KBM dorg...tp bangga KBM KL da ke Pahang..Menyerlah Jauh Dr yg Biasa!!!

k.sodd n k,mia pose kat balkoni..

Sunday, June 22, 2008

..:: Selamat Ulangtahun Kelahiran ::..

zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments
Alhamdulillah, di kesempatan ini team KBM-KL ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada warga kerja KBM-KL yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Jun ini. Mereka adalah:
  • Ummi Ida - 5 Jun
  • Uda Nas - 16 Jun
  • Pak Kay - 22 Jun
  • Kak Teh - 25 Jun

Moga Allah memberkati hidup kalian, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikekalkan nikmat iman dan Islam dan doa kami agar kita semua diberi kekuatan untuk terus memperjuangkan Islam hingga ke helaan nafas yang terakhir. Amiinn...

Salam kasih salam sayang dari warga team KBM-KL

Kak Yong: waa...Ummi Ida dan Pak Kay sama-sama sambut besday bulan yang sama la! :-)

Thursday, June 19, 2008

..:: Follow-up Meru ::..

Pada 12 Jun 2008 bertempat di SMK Meru, Klang, team KBM-KL yang terdiri dari Abang Bai, Kak Nina, Kak Yong, Anjang Kila, Ucu dan Andak telah menghadiri sesi KBM Kembali (follow-up). Kami tiba di SMK Meru sekitar jam 8.30 malam. Kehadiran kami disambut mesra oleh warden asrama SMK Meru. Apa yang memeranjatkan kami ialah wajah dewan makan asrama SMK Meru telah berubah 360 darjah! Macam ada majlis perkahwinan ala-ala 'wedding of the year'!

Setelah usai menunaikan solat Isyak berjama'ah di surau SMK Meru, kami menanti kehadiran adik-adik kasih dan sayang ke dalam dewan. Yang hadir bukan setakat adik-adik yang pernah menghadiri KBM yang lalu, tapi adik-adik yang bersekolah rendah turut hadir untuk sesi pada malam itu. Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang dari Abang Bai dan Abang Bai turut mendendangkan sepotong lagu kumpulan InTeam secara live! (bila nak buat album?) Pada sesi kali ini Kak Nina mengambil alih tugasan sebagai 'Kak Laptop'.

Sesi dimulakan dengan 'Demi Matahari', 'Happy Chicky', 'Gemuruh' dan 'Satu Tekad'. Terpesona melihat adik-adik kasih dan sayang yang bersekolah rendah begitu bersungguh-sungguh mengikut aksi dan pergerakan abang-abang dan kakak-kakak mereka. Sewaktu lagu 'Ayah' dan 'Lafaz Tersimpan' berkumandang, suasana sayu menyelubungi dewan. Hati kami turut tersentuh melihat adik-adik kasih dan sayang yang teresak-esak menangis sehinggakan Abang Bai tak sanggup nak membacakan 'Surat Untuk Emak' seperti yang dirancang dalam tentatif. Kemudian adik-adik kasih dan sayang diminta menulis di atas sehelai kertas perubahan-perubahan yang telah mereka lakukan selepas KBM yang lalu.


Selesai sesi perkongsian, 2 orang adik-adik sayang dan 2 orang adik-adik kasih telah mendapat kejutan dari team KBM-KL. Mereka ini adalah adik-adik yang menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Jun. Kak Yong yang telah mendapat isyarat dari Abang Bai telah membawa kek hari jadi dari arah belakang dewan serentak dengan alunan lagu 'Allah selamatkan kamu'.

Selesai sesi follow-up, kami telah dijamu dengan Mee Hailam China. Memang mengancam hingga menjilat jari! Team KBM-KL bertolak pulang sekitar jam 11.30 malam. Sesungguhnya kenangan bersama adik-adik Meru memang menyerlah jauh dari biasa! Terima kasih SMK Meru!

Kak Yong: First time ikut follow-up KBM. Teruja sangat-sangat bila masuk dalam dewan makan, macam ballroom hotel 5 stars...

..:: Walimah Abang Bai ::..

Pada 15 Jun 2008 bertempat di Dewan Japerun, Teluk Mas, Melaka, majlis walimah bagi pihak keluarga Abang Bai telah berlangsung dengan penuh meriah. Team KBM-KL turut hadir memeriahkan majlis di mana kami hadir sebagai rombongan dari pihak pengantin perempuan (Kak Sodd). Team KBM-KL bertolak dari Pejabat JIM Pusat lebih kurang jam 9 pagi dan tiba di rumah pengantin lelaki pada jam 12 tengahari.


Jam 12.30 tengahari, pengantin diarak ke Dewan Japerun Teluk Mas dengan diiringi paluan kompang. Akhwat team KBM-KL dari IIC telah menjadi 'flower gurlz' tak bertauliah Kak Sodd dengan busana serba purple. (Abang Bai panggil kami 'the purple gurlz)


Juadah yang dihidang cukup menyelerakan ditambah lagi dengan cendol dan ais krim sebagai pencuci mulut. Sampai tak cukup ruang atas meja untuk meletak segala jenis makanan. Tak cukup ruang dalam perut semua rombongan team KBM-KL untuk menikmati segala juadah yang dihidangkan.


Apa yang menarik dalam majlis walimah kali ni, pameran Palestin "Bantulah Gaza!!!" turut diadakan. Selain jualan amal, tayangan video Palestin turut diadakan sepanjang majlis berlangsung. Memang lain dari yang lain. Selain bergembira meraikan kedua mempelai, para tetamu turut diajak mengingati penderitaan saudara-saudara seIslam kita di Palestin.

Team KBM-KL meninggalkan majlis pada jam 3 petang dan sempat singgah di Bandar Hilir. Fasilitator ikhwat KBM-KL melawat ke Muzium Samudera manakala fasilitator akhwat KBM-KL membeli cenderamata di gerai-gerai berhadapan Muzium Samudera. Fasilitator akhwat KBM-KL sempat membelikan cenderamata untuk Pak-pak dan Ummi-ummi. Jam 5.30 petang kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Rombongan ke walimah Abang Bai bukan sekadar meraikan kedua pengantin malah merapatkan ukhwah sesama ahli team KBM-KL. Ukhwah fillah abadan abada.

Kak Yong: walimah siapa pulak ye selepas ni? Kita tunggu dan lihat...yang penting jangan lupa jemput...

Monday, June 16, 2008

Team KBM KL....


assalamualaikum wrt....

alhamdulillah, akhirnya blog team KBM KL berjaya dibina, walaupun tidak secanggih mana, namun ianya tetap mampu menyerlah jauh dari yang biasa...

so...kepada semua sahabat-sahabat....ayuh kita semarakkan blog ini...