Monday, July 28, 2008

..:: Penerbangan Taman Medan ::..

Dimulakan bicara bisu ini dengan lafaz suci bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, jutaan penghargaan dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana penerbangan pesawat KRJ 260708 dari lapangan terbang Dewan Serbaguna Taman Medan @ Sek. Ren. Agama Taman Medan, Petaling Jaya telah selesai dengan jayanya.

Kak Yong dan Anjang Kila sedang mengendalikan slot KMKY

Pada 26 Julai 2008, bertempat di Dewan Serbaguna Taman Medan, seramai 71 orang adik-adik kasih dan sayang (21 adik sayang, 50 adik kasih) telah mengikuti penerbangan kali ini. Buat pertama kalinya, slot KMKY menggandingkan Anjang Kila dan Kak Yong. Walaupun ada sedikit masalah teknikal di awal slot, segalanya dapat diatasi dengan celoteh dari Anjang Kila dan Kak Yong. Penerbangan kali ini turut menampilkan wajah-wajah baru pramugara dan pramugari. Seramai 21 orang pengendali dan fasilitator telah menjayakan KBM kali ini iaitu Pak Long, Pak Kay, Umi Ida, Kak Yong, Anjang Kila, Kak Ngah, Andak, Kak Nurull, Adik DT, Kak Mia, Kak Sal, Aiman Tak Kesah, Abang Zam-zam, Yusri, Yasser, Lukman dan juga team JIM PJ. Ketua pramugara kali ini ialah Abang Zam-zam manakala ketua pramugari ialah Kak Ngah.



Adik-adik sedang mengikuti slot InTeam yang dikendalikan oleh Umi Ida dan Kak Yong


Slot InTeam pula menggandingkan Umi Ida dan Kak Yong yang pertama kali beraksi bersama. Riadah pula dikendalikan oleh Kak Ngah untuk adik-adik kasih. Selesai riadah, kami berpindah ke dewan Sekolah Rendah Agama Taman Medan. Slot MAM1 dijayakan oleh Pak Long Hasan, manakala slot MAM2 dikendalikan oleh Kak Yong dan Pak Kay. Pada malam itu kami telah mendapat kunjungan dari Akh Wan Am.


Pada 27 Julai 2008, slot Hijrah telah dikendalikan oleh Kak Yong dan Anjang Kila di Masjid Jamek Taman Medan manakala slot MKMS dikendalikan oleh Umi Ida di dewan Sekolah Rendah Agama Taman Medan. Suasana sayu menyelubungi dewan apabila ibu ayah dipertemukan dengan anak-anak kasih dan sayang. Beberapa orang ibu bapa dan adik-adik kasih dan sayang telah memberikan sedikit perkongsian. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Puan Haniza Talha merangkap ADUN Taman Medan yang juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada setiap peserta.

Sesungguhnya, terlalu banyak yang kami pelajari sewaktu mengendalikan KBM Taman Medan. Harapan kami, usaha mentarbiyyah adik-adik kasih dan sayang di Taman Medan akan diteruskan oleh pihak JIM PJ.



Kak Yong
: air mata menitis bila mendengar 'sharing' dari seorang adik sayang. Walau apa pun, tiada seorang manusia pun yang tidak melakukan kesilapan. Apa yang penting, ambil peluang dari kesedaran yang lahir dari hati untuk melakukan perubahan. Abaikan ejekan dan kata-kata orang sekeliling kerana apa yang kita lakukan adalah untuk diri kita, bukan untuk mereka. (Gambar-gambar akan diupload kemudian. Masih menanti gambar dari Adik DT)

Sunday, July 27, 2008

..::Pengembaraan Ke Kem Herba::..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kali ini Allah memberi peluang kpd pengendali2 baru team KBM KL melancarkan penerbangan ke 2 destinasi pilihan KBM hujung minggu ini.

Pada pagi 26 Julai 2008, sejumlah 45 adik2 kasih dan 30 org adik2 sayang dari Sek Men Keb Cheras Jaya telah menyertai penerbangan KBM, nombor pesawat KRJ 260708 yang berlepas dari Kem Herba Sg Congkak.

Adik2 kasih fokus pada Kak Nina

Slot KMKY telah dikendalikan dgn lancarnya dgn gabungan Kak Nina dan Pak Ngah. Seramai 16 orang pengendali dan fasilitator telah mengambil bahagian dlm penerbangan kali ini iaitu Pak Ngah, Pak Andak, Umi Aisyah, Kak Nina, Abg Wan, Alang Atie, Uda Nas, Ucu (Ikmal Rusyda) Kak Zarina, Kak Biha, Ibrahim (anak Pak Andak), Abg Hud, Anas, Hazim, Iming, dan 2 lg ikhwah dr Kolej Intisor, Kajang.
KBM kali ini merupakan KBM ke 2 bagi SMK Cheras Jaya tetapi rata2 adik2 yg hadir merupakan peserta kali pertama.Tapi terdapat juga sebilangan adik2 yang merupakan Alumni KBM SMK CJ yang turut serta utk kali ke 2 Alhamdulillah..(kalau ada yang ingat..Ijoi Benjo..)hehe..

Army Yell kump Cinta 12 Segi

tepuk dik tepuk..

Kak Nina dan Pak Ngah meneruskan pengembaraan tgh hari itu dengan slot INTEAM..slot yang cukup penting dlm mengingatkan adik2 tentang pentingnya jalinan persahabatan yang kukuh serta peranan kita sbg seorang sahabat. Alhamdulillah kami para fasilitator dikurniakan adik2 yang mampu bekerjasama dgn baik sekali..(trademark kak Nina..*ape yang penting??kerjaaaaasama!*)..hehe..

Apa agaknya celoteh Ucu tu..

Slot Inteam

Riadhah petang diteruskan dgn aktiviti mandi sungai.Memandangkan kem kami di Sg Congkak, adik2 kasih & sayang tidak melepaskan peluang setelah sepagi berprogram.
Pengembaraan Meniti Angin Malam 1 di kendalikan oleh Pak Andak. Walaupun pada awalnya ada yang tidak memberi kerjasama dgn ada yang terlelap..Saya yang tgk dari meja laptop tu sabar je dalam hati..tp Alhamdulillah di pertengahan slot, semua memberikan respon terhadap penyampaian Pak Andak.
Sesi malam diteruskan dengan slot MAM2, sekali lagi Kak Nina dipertanggungjawabkan menjadi Director slot. Akhir slot agak kalut tapi Alhamdulillah, adik2 dapat di kawal dgn baik oleh para fasi.Slot MAM2 berakhir kira2 jam 1 pagi.

Pagi 27 Julai 2008, penerbangan KRJ 260708 diteruskan dengan tayangan video adik2 sepanjang aktiviti hari sebelumnya.
Seterusnya Kak Nina di bantu Kak Teh mengendalikan Hijrah di dewan makan berhampiran, sementara Pak Andak & Alang Atie menunggu ibu bapa yang akan hadir. Tunggu punya tunggu, pukul 12tgh hari, baru lah 4 orang ibu bapa yang hadir. Lantaran masa yang suntuk, slot ibu bapa yang hampir2 tak jadi, tetap dijalankan dengan singkat oleh Pak Andak.

Pertemuan..Umi Aisyah dan Ibrahim..

Alhamdulillah slot Pertemuan di bawah pengendalian Kak Nina berjalan dgn baik sekali. Adik2 nampaknya terkesan dengan pesanan tarbiyyah yang disampaikan dalam KBM ini.
Majlis di akhiri dengan ucapan dari wakil pengetua SMK CJ serta ucapan dari setiausaha JIM daerah Hulu Langat dan seterusnya majlis penyampaian hadiah dan penghargaan dari pihak sekolah.

Ijoi dapat hadiah wakil kump..

Harapan kami agar adik2 kasih dan sayang tidak meninggalkan segala ilmu yang diperoleh dari KBM apabila kembali ke sekolah dan meneruskan hidup menjadi insan yang mampu berubah ke arah yang lebih baik.

Aqulu qaulihaza..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
~Alang Atie

Thursday, July 17, 2008

..::Bestnye makan kek!!::..

Assalamualaikum..

Pada 11 Julai yg lalu..tatkala para fasi sedang menghadiri "kursus TOT" oleh "pakar TOT" Abg Bai..hehe..satu majlis hari jadi telah di adakan bg menyambut hari lahir utk 3 org fasi kesayangan; Kak Sodd, Anjang Kila dan Kak Ana yang menyambut hari jadi bln Julai ni..
Kak Lang Atie & Kak Teh dah membeli2 biji kek yg sedaaap utk mereka..
Tergendala lah sebentar kursus TOT tu tadi dgn sesi makan kek dan piza yang disediakan oleh Pak Ngah Ghaffar, tauke piza Tmn Keramat.

Selamat Hari Jadi!!

Seperti yg sedia maklum..Kak Sodd menyambut hari jadi yg ke 23..dah sebaya dgn Abg Bai la..
Anjang Kila pula yang ke 20..Alhamdulillah..
Dan Kak Ana yg ke 18..muda lg rupanye..hehe..

Anjang Kila memang sgt terkejut lah..sampai terduduk dia atas lantai..
Majlis di meriahkan dgn lagu nasyid "Selamat Hari Lahir" tapi hampir "terkantoi" sbb Pak Kay tersuruh Kak Sodd pula bukak lagu tu..*Kira kak Sodd bukak lagu birthday utk diri sendiri* hehe..
Kek Menyerlah Jauh dr yg Biasa!


Sedapnyaa...


TOT tetap TOT..=)

TOT tetap TOT..kursus disambung semula oleh Abg Bai..sambil makan2 piza..hehe..
*Kak DT sambut bulan ni tapi dia tak ada di KBM kali ni..
Buat Kak DT..Happy Birthday too..
Dan juga si Comel Anis 20 Julai ni..
JZKK..
Assalamualaikum..
~Alang Atie~

..::Taman Keramat Destinasi Ku::..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Menyerlah Jauh dari Yang Biasa!!

Syukur kami panjatkan..Alhamdulillah..pd 12 & 13 Julai 2008 yg lalu, team KBM KL telah mendarat di Taman Keramat utk 1 lg pngembaraan Keindahan BersamaMu. Kali ini KBM telah dijalankan atas jemputan YB Dun Ulu Klang, YB Saari Sungib a.k.a Abu Urwah utk adik2 yang tinggal di sekitar Ulu Klang.

Adik2 Kasih


Adik2 Sayang dan fasi2..ramai..hehe

Pagi 12 Julai 2008
Seramai 23 adik2 kasih dan 2 adik sayang telah mendaftar sbg peserta KBM kali ini yang dijalankan di Dewan Orang Ramai Pangsapuri PKNS Taman Keramat. Jumlah yg agak sedikit..tp mari kita lihat kesannya.
Program di mulakan seperti biasa dgn slot KMKY. Istimewa KBM kali ini memperlihatkan gandingan sulung Kak Nina & Pak Ngah Ghaffar mengendalikan slot ini.Mantap!
Seterusnya para pramugari & pramugara memperkenalkan diri yang di sertai Abg Bai,Pak Andak, Pak Long, Pak Kay, Akh Wan, Akh Nizam, Akh Khairil, Akh Arif, Kak Lang Atie, Kak Ana, Kak Yong, Anjang Kila, Kak Ngah, Kak Nurull, Kak Mimi, Kak Sodd,Kak Ila, Kak Fizah & Kak Himmah.

Army Yell Adik Kasih

Alhamdulillah kami di kurniakan adik2 yg cukup sporting. Slot Army Yell, walaupun ada yg malu2, tp cukup menarik. Dan walaupun kump adik2 sayang hanya 1, tapi memang unik army yell mereka di bawah usaha Abg Bai.

Gelagat Army Yell Sayang dan fasi=)

Selepas Zohor, sekali lagi pilot Kak Nina & Pak Ngah bergandingan mengendalikan slot Inteam.
Adik2 yg menyertai dtg dari pelbagai sekolah dan datang secara berkumpulan. Alhamdulillah tiada sebarang masalah mengendalikan mereka. Mereka di bawa menyelami kasih dan sayang dlm persahabatan dan dlm memperbaiki diri mereka sendiri.

Inteam

Selepas Asar, fasi akhawat mengambil alih slot Badan Sehat Otak Cergas di kendalikan oleh Kak Yong & Anjang Kila. Happy Choki dan gerai laicikang tak pernah terlepas.hehe..dan sekali lagi ditutup oleh Kak Nina dgn selawat & zikir.
Usai maghrib, adik2 kasih dan sayang terus dibawa dlm Meniti Angin Malam. Kami terpaksa "skip" tazkirah dan terus ke MAM memandangkan dewan tersebut perlu ditutup jam 12mlm.
Seperti biasa, penghayatan kehidupan dan hubungan dengan Allah, Nabi Muhammad dan ibu bapa diserapkan di dalam jiwa adik2 kasih dan sayang oleh pilot MAM1, Pak Long dibantu oleh Pak Andak.
Selesai MAM1, MAM2 terus dijalankan sekali lagi di bawah arahan mantap Kak Nina dgn kerjasama fasi2 membawa adik2 menyelami suasana malam yg kelam.
Slot MAM2 selesai pada jam 12.30mlm diakhiri dgn Solat Isyak di surau berdekatan.

13 Julai 2008

Sesi pertemuan

Slot Menyemai Kasih Menuai Sayang pagi ini bermula agak lewat kerana sedari pukul 9, tiada ibu bapa yang hadir. Agak risau juga Kak Lang dan Umi Ida tapi Alhamdulillah pada jam 10, ibu bapa mula hadir. Walaupun sedikit, hanya 7 orang tapi Umi Ida tetap berjaya menerbangkan ibu bapa melihat pengalaman2 yang telah di lalui oleh anak2 mereka.
Manakala adik2 kasih dan sayang dikendalikan oleh Abg Bai & Kak Nina dlm slot Hijrah di surau.
Pada jam 12 tgh hari, sesi Pertemuan dijalankan oleh Abg Bai.
Adik2 sayang yang tidak dihadiri ibu bapa

Seterusnya majlis penutup di akhiri dgn ucapan YDP JIM Ulu Klang serta penyampaian sijil kepada adik2 kasih dan sayang.

Alhamdulillah, selesai sudah pengislahan kali ini. Cabaran buat team KBM KL pada 26 & 27 Julai 2008 menanti dgn 2 penerbangan serentak di Taman Medan dan Cheras Jaya yang merupakan penerbangan sulung buat pengendali2 baru tanpa bimbingan Abg Bai.
Good Luck!!
Jazakallahu Khairah Kathira..
Assalamualaikum..
~Alang Atie~

Sunday, July 6, 2008

..::KBM Bukit Sentosa::..

Bismilllahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..pd 5 & 6 Julai 2008, team KBM KL telah berjaya menjejakkan kaki ke Bukit Sentosa untuk 1 lagi program Keindahahan BersamaMu. Kali ini penganjur utama iaitu JIM Hulu Selangor bekerjasama dengan Masjid Bukit Sentosa telah bersatuju membuka peluang kpd pelajar2 dr Sek Men Bukit Sentosa dan sekolah berdekatan untuk menyertai program ini.

Alhamdulillah, pada pg 5 Julai 2008, seramai 93 orang peserta terdiri daripada 24 orang adik-adik sayang dan 69 orang adik-adik kasih telah mendaftar di Masjid Bukit Sentosa sebelum bergerak berjalan kaki ke Sek. Ren Agama Taufik Hidayah yang terletak di belakang masjid. Penerbangan pesawat KRJ 050708 di mulakan dgn slot KMKY, memerkenalkan barisan flight attendant yg bertugas. Kelainan kali ini adalah co-pilot baru iaitu Alang Atie dan Kak Ana bertugas mengendalikan laptop buat kali pertama membantu pilot Abg Bai. Fasilitator lain terdiri daripada Pak Kay, Pak Andak, Pak Ngah Ghaffar, Umi Ida, Umi Aisyah, Abg Nizam, Hanif, Abg Wan, Kak Nina, Kak Yong, Kak Ngah, Anjang Kila, Kak Mimi, Kak Nurul, Kak Ima, Kak Dt serta beberapa org wakil dari JIM Hulu Selangor.


Peserta kali ini boleh dikatakan begitu responsif. Dengan Army Yell yang ringkas & menarik diteruskan dgn gelagat 3S yang bermacam ragam. Menjelang tgh hari, peserta dilepaskan utk makan tgh hari dan solat Zuhur di masjid.
Sesi berikutnya, kami telah berubah tempat, kali ini di dewan Masjid Bukit Sentosa. Slot Inteam dimulakan seperti biasa dgn tayangan video disusuli dgn luahan rasa bersama sahabat. Alhamdulillah kerjasama adik2 kasih & sayang sgt baik.



Usai solat Asar, slot Bdn Sihat Otak cergas diteruskan. Seperti KBM2 sblmnya, adik2 sayang melakukan aktiviti di padang dgn abg2 fasi bermain game dan kakak2 fasi terus simpan adik2 kasih di dalam dewan. Gerai laicikang di buka lagi serta permainan ala-ala "cap kali cap" oleh Anjang Kila. Di akhir sesi, Alang Atie telah menyediakan senaman ringkas "Happy Choki" kemudian ditutup oleh Kak Nina dgn selawat & zikir.

Selepas maghrib, sesi tazkirah dijalankan oleh seorang ustaz dr SMK Bukit Sentosa membincangkan tajuk "Rebut 5 perkara sblm tiba 5 perkara". Tetapi kelancarannya terganggu oleh gangguan elektrik yang sejak dari Zuhur sudah menyerang dewan.
Slot MAM1 diteruskan dibawah pengendalian Pak Andak yang semakin mantap walaupun masa agak lewat akibat gangguan elektrik td. Peserta di bawa menghayati keindahan ciptaan Allah,pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W serta kasih sayang ibu dan ayahAdik2 terutama adik2 kasih dilihat sungguh terkesan di akhir slot walaupun pada mulanya ada yang dilihat tidak memberi perhatian. Tapi Alhamdulillah, Allah memudahkan kerja Pak Andak & kakak2 laptop apabila tiada sebarang gangguan elektrik yang menyerang.

MAM2 terus membawa adik2 menghayati pengisian malam. Walaupun agak kalut kakak2 fasi dibuatnya, tp Alhamdulillah segalanya lancar dibawah arahan Kak Nina. Sekali lagi kami di uji apabila gangguan berlaku, akibatnya video terakhir tidak dpt ditayangkan kerana LCD tidak dapat berfungsi.Aduhai...Slot MAM berakhir pada jam 1.30 pagi.


Pagi 6 Julai bersinar indah.
Selesai makan pg, kami bergegas ke dewan Sek.Ren.Agama Taufik Hidayah utk meneruskan penerabangan. Sesi Hijrah adik2 kasih & sayang dikendalikan oleh Abg Bai & Kak Nina dibantu kakak2 fasi.
Manakala ibu bapa dikendalikan oleh Umi Ida dibantu oleh Alang Atie & Kak Ana. Alhamdulillah dianggarkan lebih kurang 50 org ibu & bapa peserta berjaya menghadirkan diri. Mereka dibawa menyusuri pengalaman anak2 mereka sepanjang program serta pengisian2 video.



Komen2 para peserta:
1) Walaupun dtg terpaksa, tapi KBM byk membuka hati dan menginsafkan. 2)harap KRJ dpt dtg lagi dan buat program lg bersama kami..mmg best sgt!!

Alhamdulillah, terima kasih kpd semua yg terlibat bg menjayakan KBM Bukit Sentosa kali ini.
Mmg seronok lg2 dlm perjalanan pulang, sempat singgah pekena Laksa Buyung dan cendol sempoi yang popular di sana.Hehehe... Semoga team KBM KL dpt bersama lagi menjejakkan kaki ki Bukit Sentosa dgn mmbawa pengislahan yg menyerlah jauh dr yg biasa..!!
Sekian,jzkk..

Thursday, July 3, 2008

..:: Selamat Hari Jadi ::..

zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments


Assalamualaikum, salam ukhwah, salam kasih, salam sayang....
Bulan Julai menjelma kini. Di kesempatan ini, Kak Yong dan seluruh team KBM-KL ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat keluarga team KBM-KL yang menyambutnya pada bulan ini. Mereka adalah:
  • Anjang Kila - 9 Julai (20 tahun)
  • Kak DT - 16 Julai (19 tahun)
  • Kak Ana - 16 Julai (18 tahun)
  • Kak Sodd - 17 Julai (23 tahun)
  • Baby Anis - 20 Julai (1 tahun)
Moga Allah memberkati hidup kalian, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikekalkan nikmat iman dan Islam dan doa kami agar kita semua diberi kekuatan untuk terus memperjuangkan Islam hingga ke helaan nafas yang terakhir. Amiinn...

Salam kasih, salam sayang dari team KBM-KL

Kak Yong: baru perasan hari jadi Ummi Ida dengan Kak Yong terbalik je...5 jun dan 6 mei...