PENGENALAN


Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. Masyarakat hari ini sangat dahagakan kasih sayang. Perasaan kasih sayang semakin hari semakin pupus kerana suasana kehidupan kini yang semakin mencabar. Apabila perasaan kasih sayang dihidupkan dan disuburkan kembali di dalam diri, insyaallah banyak masalah yang boleh diselesaikan..

Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasihsayang Allah, indahnya kasih sayang Rasulullah, indahnya kasih sayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasih sayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.
Satu lagi projek kemasyarakatan Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam menyantuni masyarakat.

0 comments: