Tuesday, February 17, 2009

KBM SMK Geliga, Kemaman, Terengganu

Bismillahirrahmanir raheem..

Alhamdulillah, pada 14 & 15 February 2009, sekali lagi Team KBM KL diberi kepercayaan & peluang melebarkan dakwah. Kali ini Team KBM KL terbang jauh ke pantai timur, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Penerbangan kali ini menyaksikan penyertaan seramai 82 peserta dari SMK Geliga, bersama seramai 54 orang adik kasih dan 28 orang adik sayang.


Seramai 6 orang Team KBM KL berlepas ke Terengganu diantaranya Pak Long, Pak Kay, Pak Ngah Ammar(ML), Kak Ngah & Anjang Kila dan dibantu oleh Team KRJ Terengganu yg terdiri daripada Kak Syidah, Kak Sya, Kak Sue(Izzah), Abg Am & Abg Nuar.


Seperti biasa, KBM dimulakan dengan slot Knowing Me Knowing You yang dimeriahkan oleh Pak Ngah dan Anjang Kila. Slot INTEAM pada sebelah petangnya pula telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pak Ngah. Kemudian, diteruskan lagi dengan sesi riadah adik-adik kasih bersama Anjang Kila & Kak Ngah manakala adik2 sayang bersama Pak Ngah & abg-abg fasi. Perancangan awal untuk beriadah di tepi pantai terpaksa dicancelkan kerana adik-adik kasih begitu teruja untuk melakukan aksi Hoki Coki.

Pada sebelah malamnya, adik-adik telah dibawa mengembara oleh Pak Long untuk menikmati keindahan bersama Allah, Rasulullah SAW, ibu dan ayah menerusi slot Meniti Angin Malam 1. Kemudian diteruskan pula dengan pengembaraan Meniti Angin Malam 2 yg telah dikendalikan oleh Pak Kay, Kak Syidah(KRJ TRG) dan semua fasilitator lain termasuk 3 lagi ikhwah KRJ TRG. Alhamdulillah, pengembaraan berjaya ditamatkan jam 1pagi walaupun ramai adik-adik kasih yg kecundang.

Keesokan harinya, adik-adik telah dibawa berhijrah oleh Anjang Kila dan dalam masa yang sama ibubapa pula telah mengikuti satu slot khas yang diberi nama Rumahku Syurgaku bersama Pak Long. Berikutnya Pak Ngah mengambil alih untuk mengendalikan slot Menyemai Kasih Menuai Sayang dimana para peserta telah ditemukan dengan ibubapa masing-masing. Walaupun pertama kali dalam sejarah KBM, slot pada hari Ahad terpaksa dimulakan agak lewat oleh kerana hari tersebut merupakan hari bekerja, namun kedatangan ibubapa amat memberangsangkan. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga ianya dinilai disisi-Nya kelak. InsyaAllah.

===================================
~Disebalik tabir~



Pak Long bersama ABC dan sata-satanya.. ^_^

==============================


Reported by: Kak Ngah
Picture editor : Ammar Khalil (ML)

Jazakallah khair...

Sunday, February 15, 2009

KBM KEMBALI di Rawang..



Bismillahirrahmanirraheem

Pada hari sab7tu, 14 Februari 2009, jam 9 malam, Team KBMKL sekali lagi telah berangkat ke Kg. Melayu Batu 16, Rawang untuk menjalankan KBM Kembali. Antara pengendali dan fasi yang terlibat ialah Pak Andak, Mak Andak, Kak Nina, Kak Mia dan Uda Nas.

Kehadiran adik-adik kasih dan sayang adalah sekitar 30 orang. Ramai yang tidak dapat bersama-sama dalam KBM KEMBALI ini kerana mereka berada di asrama. Keseluruhan program telah dikendalikan oleh Kak Nina.Adik-adik ini telah diberikan tips bagaimana untuk mengekalkan perubahan yang telah mereka lakukan selepas dari menyertai KBM pada 27-28 Disember 2008 yang lalu. Dan sedikit perkongsian dari beberapa orang adik kasih dan sayang.
KBM KEMBALI telah dihangatkan lagi dengan slot terkini Palestin yang dibawakan oleh Pak Andak. Mereka telah diperlihatkan tentang keadaan terkini saudara-saudara kita di Palestin dan apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka.


Program diakhiri dengan ucapan ringkas oleh Pn. Hafizah selaku orang kuat disebalik KBM Rawang ini dan kami telah dijamu dengan beberapa menu istimewa oleh beliau. Sekalung tahniah dan terima kasih dari kami buat AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Monday, February 9, 2009

KBM SMK MUNSHI ABDULLAH, SABAK BERNAM


In the Name of Allah, Most Gracious and Merciful

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat kasih sayang dan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah SWT, sekali lagi KBMKL terus melangkah untuk meneruskan misi dakwahnya dan kali ini bertempat di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.


Tarikh: 7 - 8 Februari 2009
Tempat: Masjid Ar-Rahmaniah, Sg. Air Tawar, Sabak Bernam
Bilangan Peserta : 116 orang (76-kasih, 40-sayang)

Pengendali Program:

KMKY: Pak Ngah, Kak Nina
InTeam: Pak Ngah
MAM 1: Pak Andak
MAM 2: Kak Nina, Pak Ngah, Pak Andak
Hijrah: Kak Nina
MKMS: Pak Andak
Pertemuan: Pak Ngah

Laptop: Kak Mia
Video : Kak Nina, Kak Zarina, Kak Mia

Pramuraga: Abg Hazim, Abg Rifa'ah & Abg Luqman, Abg Yasser
Pramugari: Kak Zarina, Kak Ika, Kak Atul, Kak Ada, Kak Bazilah, Kak Maz


Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar sekali. Majlis penutup telah diserikan lagi dengan persembahan istimewa oleh dua beradik bekas pelajar SMK Munshi Abdullah yang telah mendeklamasikan sajak Palestin yang begitu menyentuh hati. Alhamdulillah, kutipan untuk tabung Palestin yang dilancarkan juga telah berjaya mengumpul sebanyak RM 398.20. Acara penutup telah disempurnakan dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Munshi Abdullah dan Yang Dipertua JIM Daerah Sabak Bernam serta penyampaian cenderahati kepada pihak Masjid Ar-Rahmaniah dan Team KBMKL. Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah dan masjid yang telah bertungkus-lumus membantu bagi memastikan kelancaran program. Juga kepada barisan pengendali dan fasilitator yang terlibat untuk KBM kali ini. JazakaLLahu khairan..


Abg Hazim, Abg Luqman, Abg Rifa'ah, Abg Yasser dan Pak Ngah
(tiada dalam gambar : Pak Andak)

Kak Ika, Kak Atul, Kak Bazilah, Kak Ada, Mak Andak,
Kak Nina, Kak Zarina dan Kak Mia
(tiada dalam gambar : Kak Maz)


============================
JOM lihat aksi mereka!! ^_^



**Video sengaja dikurangkan kualitinya utk memudah dan mempercepatkan proses uploading..

Monday, February 2, 2009

:: KBM SMI AL-AMIN GOMBAK ::

BismiLLahirrahmanirraheem..

Penerbangan KBMKL telah diteruskan lagi dan pada minggu ini bertempat di Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak. Seramai 98 orang peserta yang terdiri daripada 57 orang adik-adik kasih dan41 orang adik-adik sayang dari tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM penghujung tahun ini. Dan pesawat ini telah dibantu oleh 21 orang krew yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran sepanjang penerbangan.

Tarikh: 31 Januari & 1 Februari 2009
Tempat: SMI Al-Amin Gombak
Bilangan Peserta : 98 orang (57-kasih, 41-sayang)

Pengendali Program:

KMKY: Abang Bai, Pak Ngah & Kak Yong
InTeam: Abang Bai
Riadah: Anjang Kila (kasih) & Ubadah (sayang)
MAM 1: Pak Ngah
MAM 2: Pak Ngah, Abang Bai & Kak Muss
Hijrah: Abang Bai & Anjang Kila
MKMS: Pak Andak
Pertemuan: Abang Bai

Laptop: Kak Yong, Kak Mia
Video : Kak Im, Kak Muss, Pak Kay

Pramuraga: Abg Anas (ketua), Abg Ubadah, Abg Eming, Abg Hazim, Abg Rifaah & Abg Anuar
Pramugari: Anjang Kila (ketua), Kak Aida, Kak Isma, Kak Nurull, Kak Zarina, Kak Syazana & Kak Syikin.

~sebahagian daripada adik-adik sayang~

~army yell adik-adik kasih~

Team KBMKL kali ini amat beruntung sekali kerana telah dibantu oleh 2 orang pengendali hebat dari KRJ Johor iaitu Kak IM dan Kak Muss. Juga 2 orang fasi pembantu dari pihak sekolah. Secara keseluruhan, program ini dijayakan dengan cukup cemerlang sekali, walaupun pada awalnya banyak juga cabaran yang dijangka bakal kami hadapi. Tetapi dengan izin Allah, doa dari semua program berjalan cukup lancar tanpa sebarang masalah.



Semasa sesi perkongsian diakhir program, begitu ramai adik-adik yang bangun berkongsi, terutamanya adik sayang. Acara penutup telah disempurnakan oleh Pengetua SMIAAG, Ustaz Hasni Mohammad dan diikuti oleh Akh Che Zam mewakili JIM Kuala Lumpur.

~ucapan penutup oleh wakil JIMKL~

Alhamdulillah, tabung kutipan Palestin yang telah digerakkan pada sesi penutup tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM1,759. JazakaLLah khair pada yang menyumbang. Moga ianya dikira sebagai salah satu usaha dan sumbangan kita kearah pembebasan Al-Aqsa, insyaAllah.

Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua pengendali dan fasilitator yang telah bertungkus-lumus menjayakan KBM SMIAAG ini. Moga Allah SWT membalasnya setimpal dengan pengorbanan yang telah kalian curahkan.

WaLLahu a'lam..

~Barisan Fasilitator ikhwah~

~Barisan Fasilitator Akhawat~