Monday, October 26, 2009

KBM SMK CHERAS PERDANA [3]

Bismillahirahmanirraheem..


Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Berkuasa, dengan kebijaksanaan-Nya mengatur urusan kami dengan begitu cantik sekali. Setelah sebulan lebih tidak berkbm bersama adik2 kasih dan sayang, kini kami kembali meneruskan langkah untuk menyantuni jiwa-jiwa muda ini di SMK Cheras Perdana dan SMA Kuala Lumpur.

Laporan ringkas SMK Cheras Perdana:

Tempat : SMK Cheras Perdana
Tarikh : 24 - 25 Oktober 2009
Bilangan Peserta : 85 orang
Jumlah kutipan Sumbangan Palestin : RM 370.20 (terima kasih buat semua penyumbang)

Pengendali :

Knowing Me Knowing You - kNina
INTEAM - Pak Ngah
Riadah - Kakak dan Abang Fasi
Meniti Angin Malam - Ummi Ida & semua fasi
Hijrah - kNina, Abang dan kakak fasi
Menyemai Kasih Menuai Sayang - Pak Long
Pertemuan - kNina

Laptop : kYong, kMia, Alang, ML
Video : kMia, Alang, Abg Jun

Fasilitator :

~Abg Aiman|Abg Long|Abg Wan|Abg Arul|Abg Bob|Abg Benjo|Abg Jun|Abg Amir|Abg Aki~

~Kak Isma|Kak Linda|Kak Nana|Kak Atikah~


Jazakumullah khairan kathira pada semua yang terlibat, terutama buat fasilitator yang banyak membantu serta buat pengetua, penolong kanan HEM, Pn. Faezah dan guru-guru yang sanggup turun padang bersama-sama kami. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Amin!

KBM kali ni Alhamdulillah, kami dibekalkan dengan jurukamera professional yg di import khas. Jom lihat aksi-aksi mereka!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++


mendengar celoteh kNina..

kasih yang dikasihi

Abg Benjo dan adik2 sayang

Saya sayang awak!



Jom satu tekad!

latihan army yell

Pak Ngah dalam slot inteam

Sebahagian ibubapa yang hadir

meluahkan lafaz-lafaz yang tersimpan

ku sayang ibu ayah..





~Pak Long diserbu peminat~

~ barisan pengendali dan fasilitator KBM SMKCP3 ~

~ gaya bebas.. [sile jgn komen..huhu!]~


::TAMMAT::

Tuesday, October 13, 2009

Detik-detik keberangkatan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, pada 28 September yang lalu, Pak Kay, Pak Long dan Abg Bai telah berkesempatan ke KLIA untuk bersama beberapa orang fasi KBMKL yang akan berangkat ke Yaman iaitu Hazim, Anas, Ubadah dan Rifa'ah.




Dan pada 5 Oktober pula abg bai sekali lagi telah berpeluang ke KLIA untuk bersama eming sebelum beliau berangkat ke Madinah..


** sebahagian kisah di Yaman boleh dibaca di blog Anas

Majlis Hari Raya Aidilfitri JIM


Semua dijemput hadir..

Monday, October 5, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR & SPM

Assalamu'alaikum wr wb..

Team KBMKL mengucapkan SELAMAT BERJUANG buat adik-adik kasih dan sayang yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini.

Didoakan semoga adik-adik beroleh kejayaan yang cemerlang didunia dan diakhirat..

Berikut dikongsikan sedkit tips dalam menghadapi peperiksaan. Moga bermanfaat! ^_^

===============================

Di Dalam Kelas
  • Pelajar yang berjaya adalah mereka yang berkelakuan baik di dalam kelas, terutama semasa cikgu sedang mengajar.
  • Mereka memberi tumpuan dan tidak menjadi agen-agen syaitan yang cuba mengganggu sahabat-sahabat lain.

Belajar Merancang Masa
  • Jangan pilih mata pelajaran yang digemari sahaja.
  • Jangan habiskan waktu dengan menonton televisyen.
  • Buat jadual belajar yang sesuai dengan kemampuan anda

Bosan, apa ubatnya?
  • Cuba tanya diri anda, mengapa anda sering rasa bosan?
  • Elakkan perkara-perkara yang membosankan dengan mencipta suasana yang menarik untuk belajar
  • Jika ada masalah peribadi cepat-cepat selesaikan
  • Jauhi maksiat dan dosa kerana ilmu tak dapat menembusi hati yg kotor dan berbuat maksiat
  • Berdoa kpd Allah agar dibukakan pintu hati kita untuk menerima ilmu-Nya

Strategi Ulangkaji
  • Mulakan ulangkaji awal-awal lagi
  • Punca malas belajar kerana kita tidak faham, maka berusahalah untuk memahamkannya
  • Baca berulang kali, baca semua buku dan nota.
  • Bincang dengan rakan-rakan teknik membaca yg best!
  • Buat latihan dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas
  • Bentuk kumpulan untuk buat ulangkaji secara berkesan

Buat Nota Dengan Baik
  • Buat nota dari apa yang diajarkan didalam kelas secara teratur.
  • Tulis nota anda sendiri mengikut kreativiti supaya anda minat untuk membacanya.
  • Gunakan pen "high lighter" untuk ayat dan perkataan penting.

Persediaan sebelum Hari Peperiksaan
  • Buat ulangkaji sepintas lalu, sentuh semua topik.
  • Tumpukan perhatian pada proses ulangkaji
  • Tidur dengan cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
  • Pastikan jadual peperiksaan ada dan lihat jadual dengan betul.
  • Pastikan anda tiba awal
  • Elakkan dari berbual kosong
  • Pastikan semua keperluan cukup
  • Jangan fikir lagi perkara lain yang anda tidak faham

Persediaan Emosi, fizikal, mental dan spiritual
  • Elakkan perselisihan faham dengan rakan
  • Menjaga hati ibu bapa
  • Tidak bercinta
  • Jangan terlalu yakin
  • Elakkan prasangka negatif kepada orang lain
  • Senyum 3.. ^_^
  • Mengutamakan kesihatan badan
  • Tidak tidur larut malam
  • Menjaga keselamatan diri
  • Makan secukupnya dan berkhasiat
  • Riadah ringan sekitar 20 minit sehari
  • Jangan menyerah kalah atau cepat berputus asa
  • Berfikiran positif
  • Sempurnakan solat 5 waktu dan ditambah dengan amalan2 sunat
  • Selalu berdoa pada Allah moga dipermudahkan urusan kita untuk menuntut ilmu
  • Rajin-rajinkan diri membaca ayat-ayat cinta dari Allah (Al-Quran), moga dapat membersihkan hati
  • Sekali lagi, Jauhi Maksiat! moga Allah bantu kita.. InsyaAllah.

Renung-renungkan dan selamat beramal! ^_^