Tuesday, December 23, 2008

KBM 3 SERANGKAI

Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kami panjatkan kepada Allah SWT kerana sekali lagi kami telah diberi kekuatan untuk meneruskan penerbangan bersama adik-adik kasih dan sayang demi berkongsi nikmat Keindahan Bersama Mu yang telah kami rasai. Penerbangan kali ini telah melibatkan tiga lokasi yang berbeza. Berikut disertakan laporan ringkas setiap KBM yang telah berlangsung baru-baru ni.

KBM SSQ + 5R

Tarikh : 17 - 20 Disember 2008
Tempat : Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
Bil. Peserta : 103 orang

Pengendali dan fasilitator yang terlibat : Abg Bai, Kak Nina, Kak Mia, Ummi Ida, Pak Lang, Ammar, Abg Farid, Abg Fahmi, Abg Safwan, Abg Dhany, Abg Iqbal, Abg Yasser, Abg Luqman, Abg Hafiz, Abg Auzan, Kak Izma, Kak Husna, Kak Syikin, Kak Zura dan Kak Ada. Serta dibantu oleh beberapa orang pengendali KBM KL yang lain.

Slot Knowing Me Knowing You, Mission Impossible dan kantong bocor pada hari pertama tersebut telah dikendalikan dengan jayanya oleh Abg Bai. Chit chat remaja pula dijayakan oleh Abg Dhany dan Kak Raudhah selaku panel jemputan dan Abg Bai sebagai moderator.

Adik-adik kasih dalam slot KMKY

3S adik-adik sayang..

Hari kedua dimulakan dengan Explorace@kL.Com.my pula diketuai oleh Abg Auzan. Para peserta kelihatan begitu bersemangat sekali. Kerjasama antara kumpulan jelas terpancar dan ukhuwah antara mereka pun semakin erat.

berjalan ke checkpoint seterusnya

jalan lagi..

bergerak ke planetarium

testing power..


kanak-kanak n fasi riang..


khusyuk dengar kMia membebel..


Dalam syatel di taman tasik perdana

Adik-adik kasih di kompleks dayabumi

Sedang melaksanakan tugasan dari Ummi Ida

Salah satu task di masjid negara

mendengar taklimat dari Abg Bai dan Abg Auzan

task dari kNina di planetarium

Posing jap..

Pada malam harinya, Kak Nina telah mengajak adik-adik untuk sama-sama mencari mutiara-mutiara hikmah didalam Al-Quran melalui slot Explore de Quran. Kemudian diteruskan oleh Abg Bai dengan sesi muhasabah dari Surat Cinta Allah.


ustaz tengah ajar anak murid.. ^_^


Menyelesaikan tugasan "Explore d Quran"

Mereka dan tangan mereka..

Mereka lagi..

Pada pagi jumaat, program dimulakan dengan sesi perkongsian explorace yang mana wakil dari setiap kumpulan telah membentangkan serta menceritakan pengalaman menarik mereka sepanjang explorace berlangsung.

Program diteruskan dengan slot See U Di IPT oleh seorang penceramah jemputan iaitu Saudara Kamal Izham. Para peserta begitu teruja dengan teknik-teknik mengingat yang diajarkan beliau.

Selepas solat jumaat, slot Solat Not So Late pun menyusul. Para peserta telah dibawa melawat ke beberapa tempat menarik disekitar masjid dan telah melalui beberapa simulasi di setiap checkpoint yang mereka lawati. Antaranya Pusat Wudhu', Triple Tower, Phitagoras Corner, Spot 7 dan Rileks n Respect. Kesemua checkpoint ini adalah berkaitan dengan solat.

Pada malamnya, peserta dibawa mengembara untuk bersama-sama menghayati keindahan bersama Allah, Rasulullah, dan ibu ayah melalui slot Meniti Angin Malam yang dikendalikan oleh Pak Lang.

Pada hari terakhir, slot Hijrah dan Rumahku Syurgaku telah berjalan serentak. Diikuti oleh slot terakhir iaitu Menyemai Kasih Menuai Sayang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat pelbagai masalah pada awalnya. Pihak penganjur memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang program ini berlangsung. Kenangan indah bersama kalian pasti takkan luput dari ingatan kami..InsyaAllah. Moga ukhuwah yang terbina keranaNya sentiasa mekar selamanya. Teruskan menjadi insan soleh wa musleh dan MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA! ^_^

Mereka-mereka yang pantang nampak kamera..


=================================

KBM ALUMNI SRIP



Tarikh : 20 - 21 Disember 2008
Tempat : Banyu Manis Eco Resort, Kg. Bukit Kerayong, Kapar, Klang
Bilangan Peserta : 41 orang


Belum pun selesai berkbm di masjid setiawangsa, beberapa crew kbmkl terpaksa berangkat ke Klang dan sebahagian lagi ke Hulu Langat untuk meneruskan penerbangan. Di Klang, peserta yang terlibat adalah Bekas Pelajar (Alumni) Sek. Ren. Islam Pintar (SRIP).

Antara barisan fasilitator dan pengendali pula adalah Pak Kay, Ummi Ida, Kak Mia, Anjang Kila, Abg Nizam, Abg Ubaidah, Abg Mansur, Abg Yusri, Abg Safwan, Abg Ammar, Kak Nur, Kak Tiqa dan Kak Ada.

PENGENDALI SLOT

Knowing Me Knowing You - Anjang Kila
INTEAM - Ummi Ida
MAM 1 - Ummi Ida
MAM 2 - Kak Mia dan Abg Safwan
Hijrah - Anjang kila
Menyemai Kasih Menuai Sayang - Ummi Ida

Pilot - Kak Mia dan Abg Ammar


KBM Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT)


Tarikh : 20 - 21 Disember 2008
Tempat : Agrotek Resort, Hulu Langat
Bilangan Peserta : 63 orang

Barisan pengendali dan fasilitator kali ini terdiri dari Pak Long, Pak Ngah, Pak Andak, Pak Am, Akh Wan, Abang Lang, Abg Azmir, Abg Helmi, Abg Ubadah, Abg Anas, Abg Arul, Abg Salam, Kak Yong, Kak Nurull, Kak Sakeena, Kak Fatimah, dan Kak Najihah.

PENGENDALI SLOT

Knowing Me Knowing You - Abg Lang
Explore De Quran - Pak Ngah
MAM 1 - Pak Andak
MAM 2 - Kak Yong dan Pak Ngah
Hijrah - Abg Lang
Menyemai Kasih Menuai Sayang - Pak Andak

Pilot - Kak Yong

--> klik sini utk kisah lanjut pengalaman Kak Yong di KBM BAKIT


Alhamdulillah, pesawat KBM pada minggu tersebut berjaya mendarat dengan selamat. Moga Allah SWT merahmati segala usaha dan pengorbanan yang bukan sedikit yang telah kalian curahkan.. moga dinilai disisiNya.. Ameen..
Jazakumullah khairan kathira..


Monday, November 24, 2008

KBM "SSQ 5R"

Assalamu'alaikum wbt..

Menemui semua sahabat-sahabat sekalian.

Program khas untuk Remaja Cuti Sekolah.


Keindahan
Bersama Mu " SSQ 5R
"
( Solat Study Quran + 5 Ciri-ciri Remaja )


Tarikh Program:


17 - 20 Disember 2008


Lokasi :

Masjid Muadz Bin Jabal
Setiawangsa



sasaran Peserta

13 - 17 tahun

REMAJA DI KAWASAN LEMBAH KELANG SAHAJA

100 orang yang pertama akan di terima.

JUGA TERBUKA UNTUK REMAJA UMUM!


Slot-Slot KBM SSQ 5R :

( Knowing Me Knowing You ) ( Mission Impossible )
( Chit Chat Remaja ) (
ExPlorace@KL.Com.My)
( Solat Not So late ) ( Explore De Quran )
( see U Di IPT )( Meniti Angin Malam )
( Time To Transform )
( Menuai Kasih Menyemai sayang )



Yuran :

RM 120 sahaja..


Tunggu makluman lanjut.....


Jom..pakat-pakat ajak anak-anak... ajak anak-anak jiran...

ajak anak-anak sedara....ajak anak-anak kawan...
ajak....ajak. ...ajak.. .ajak.... jgn tak ajak....


Berminat !!!
hubungi:

Damia (012-6456228)


Friday, November 14, 2008

CEPAT!! Peluang Beramal!!

Assalamu'alaikum WarahmatuLLahi Wabarakatuh..

Perhatian kepada semua ALUMNI Program Keindahan BersamaMu, anda dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada team kami. Tawaran ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi FASILITATOR KBMKL. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Berumur 17 tahun keatas
  • Pernah menjadi peserta KBM (jika belum, masih boleh dipertimbangkan mengikut lain-lain kriteria)
  • Mencintai Islam dan berpenampilan Islamik (menutup aurat dengan sempurna)
  • Ceria dan peramah (jika tidak, masih boleh dilatih)
  • Mudah bekerjasama dan bertoleransi
  • Sedia membantu dan dibantu
  • Sentiasa ingin melakukan perubahan untuk diri dan orang lain
  • Sanggup bekerja secara sukarela dan ikhlas kerana Allah SWT

Jika anda telah memenuhi kriteria-kriteria diatas, TAHNIAH! andalah yang kami cari untuk bersama-sama melaksanakan tugas mulia ini. Sila isikan borang Pendaftaran Fasilitator dan hantar kepada kami dengan segera. InsyaAllah, jika tiada sebarang masalah, anda akan dihubungi dan dimaklumkan tentang jadual KBM serta akan dijemput untuk membantu sebagai fasilitator.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih buat anda kerana sudi bersama-sama TEAM KBMKL. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian.. Moga ianya diterima sebagai amal kebajikan kita untuk bekalan dihari akhirat kelak. Ameen..


~ADMIN KBMKL~


Thursday, November 13, 2008

Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan




Team KBM KL ingin mengucapkan

All the best!

Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan

kepada semua alumni KBM KL


yang menduduki


SPM 2008

di mana jua antum berada...

Doa kami senantiasa mengiringi kalian...

Mabruk!!!


Team KBM KL mengucapkan

Mabruk!!!

kepada adik-adik kasih dan sayang alumni KBM SRI Al-Amin KL yang telah berjaya dalam UPSR 2008!


Barakallahu 'alaikum!!!



Kak Yong: dimaklumkan seramai 18 orang adik-adik SRIAAKL berjaya mendapat 5A, dan anak Pak Long juga turut mendapat 5A...

Wednesday, November 12, 2008

KBM Sek. Men. Teknik KL

In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful

By: Kak Mia (Kak Laptop)


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, sekali lagi KBMKL dapat melangkah meneruskan misi da'wah yang benar-benar istimewa dan kali ini melibatkan 30 orang pelajar lelaki tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur pada 8 - 9 November 2008 bertempat di Nur Bukit Unggul, Jenderam Hulu.

Pesawat KRJ 081108 telah memulakan perjalanannya sekitar jam 10 memandangkan para penumpang tiba agak lewat dibalai berlepas. Setibanya mereka, program dimulakan dengan sesi nyanyian lagu sekolah beramai-ramai bersama para fasilitator dan guru. Suasana menjadi riuh-rendah sebaik sahaja mp3 lagu sekolah diputarkan. Para peserta begitu bersemangat sekali menyanyikan lagu tersebut. Setelah itu, program diteruskan dengan slot MAN-U (siapa kamu) atau lebih dikenali sebagai Knowing Me, Knowing You. Adik-adik sayang kelihatan begitu seronok pada slot ini ditambah pula dengan kehangatan dari celoteh-celoteh Kak Nina dan Pak Ngah. KMKY kali ini adalah KMKY yang paling best bagi kami memandangkan komitmen yang diberikan oleh adik-adik ini sangat tinggi.

Selesai makan tengahari dan solat zohor berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot REAL-MAD-U-DID atau nama lainnya INTEAM. Slot ini sekali lagi telah menyaksikan gandingan mantap dari Pak Ngah dan Kak Nina sebagai pengendali.


Selepas solat asar berjemaah, adik-adik sayang telah dibawa beriadhah oleh abang-abang fasi yang diketuai oleh abang dhany. Beberapa jenis games telah diperkenalkan kepada adik2 ini membuatkan mereka begitu bersemangat sekali untuk bermain. Menurut Cikgu Zuraidah (guru pengiring SMTKL), sebahagian besar adik-adik ini adalah wakil sekolah untuk pelbagai jenis sukan terutamanya rugbi dan bola sepak.


Pada malamnya pula, seusai solat maghrib dan isya' berjemaah, adik2 sayang telah diberi sedikit tazkirah ringkas dan diteruskan dengan slot yang berikutnya iaitu ALL BLACK atau lebih dikenali sebagai Meniti Angin Malam. Pak Andak telah membawa adik-adik pada malam itu untuk merasai nikmat dan keindahan bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan ayah. Kemudian diteruskan lagi dengan simulasi ALL BLACK oleh Kak Nina dan Pak Kay.

Keesokan harinya, adik-adik sayang telah dibawa ke surau yang berhampiran untuk meneruskan slot NEW CASTLE (Hijrah) yang dipimpin oleh Kak Nina dan Abang Bai. Manakala pada waktu yang sama, ibubapa yang hadir telah melalui slot perkongsian HOME UNITED (Menyemai Kasih, Menuai Sayang) yang dikendalikan oleh Pak Long. Alhamdulillah kehadiran ibubapa pada hari tersebut amat menggalakkan. Lebih kurang 60% - 70% ibubapa yang hadir memberikan sokongan pada anak-anak yang bakal berhijrah ini. Slot terakhir iaitu sesi pertemuan antara ibubapa dan adik-adik sayang telah dikendalikan oleh Abang Bai dengan jayanya.


Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah permudahkan urusan kami kali ini. Juga yang pastinya berkat doa yang tak putus-putus meniti dibibir sahabat-sahabat sekalian. Tak dilupakan juga, pada pengendali yang terlibat iaitu Pak Ngah, Pak Kay, Pak Andak, Pak Long, Abg Bai, Kak Nina, Kak Mia dan juga barisan fasilitator yang mantap yang diketuai oleh Abg Dhany, Abg Yusri, Abg Safwan, Abg Al Amin, Abg Salahuddin dan Ammar (Man Laptop). Jzkk kami ucapkan. Allah SWT sahaja yang mampu membalas usaha-usaha murni kalian dalam menjayakan KBM istimewa ini. Moga adik-adik sayang terus diberi kekuatan untuk berhijrah dan bakal menjadi kader-kader yang mantap buat Ad-Deen ini, InsyaAllah..


Berangkatnya Seorang Pejuang!!!

Baim @ Ibrahim

Semalam kami dari kolej Intisar, Kajang bersama beberapa orang lagi sahabat pergi ke KLIA untuk mengiringi keberangkatan seorang sahabat yang tak sampai 5 bulan kami berkenalan. Sahabat itu ialah Ibrahim bin Hussein @ Baim. Baim pulang semula ke Ardul Kinanah untuk meneruskan pembelajarannya setelah bercuti musim panas di Mesir.


Kami bertolak dari Kajang pada jam 2230 dengan menaiki van kepunyaan Eming. Kami tiba di KLIA sejam kemudian. Kami tunggu hampir sejam barulah Baim, Pak Andak dan Mak Andak sampai. Baim selesaikan urusannya barulah kami bermesra-mesra sekejap.


Flight Baim pukul 2 pagi.. Lebih kurang pukul 1.30 pg , Kami bersalaman dengan Baim dan sempat bergambar bersama. Kami tanya " Baim, bila anta nak balik Malaysia lagi ? Ataupun anta tunggu kitorang kat sana.. " Agak sayu bila kami semua tengok Baim berpelukan dengan ibunda tercinta.


Setelah selesai operasi pengiringan pergi, Pak Andak ajak kami semua makan-makan di medan selera Bandar Salak Tinggi. Kami sempat ber'kopi radix' dan ber'char kuew tiaw' bersama.


Lepas kami semua balik ke Kajang dan melelapkan mata pada jam 0400.


Diambil dari blog Abang KU@Anas

Di'post' dan di'edit'oleh Kak Yong

Kak Yong: hari tu masa Una dan Ali balik, 5 orang akhwat ikut menghantar ke KLIA. Kali ni Baim balik, ikhwah dari intisar pula yang hantar ke KLIA. Indah kan ukhwah ni? Walaupun pertemuan tu dalam tempoh yang sangat singkat tapi kemanisan ukhwah itu telah dapat dirasai bersama...

Monday, November 3, 2008

Bon Voyage Una!

Tanggal 8 Ogos 2008, bermulanya detik perkenalan. Hanya sesekali senyuman kecil terukir di bibirnya, selebihnya dia lebih banyak diam membisu. Namun setelah pertemuan demi pertemuan, dia bukanlah seorang yang pendiam seperti di awal perkenalan. Gelagatnya, bicaranya dan kenakalannya cukup menghiburkan hati. Indahnya sebuah pertemuan biarpun hanya seketika. Namun di hati ini terasa sudah cukup lama ukhwah ini terjalin. Adat dunia, setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Namun, pertemuan dan perpisahan itu akan menjadi lebih indah jika semuanya kerana DIA, Allahu Rabbi. Terasa bagaikan bermimpi semalam kami menghantarnya di KLIA. Saat-saat perpisahan kian mendekat, empangan air mata tidak tertahan lagi dan akhirnya ia pecah dan butir-butir air mata gugur di pipi. Pelukan erat dihadiahkan buat dirinya. Entah bila kita bakal bertemu lagi. Namun andai kita tidak berpeluang untuk bertemu lagi di dunia ini, moga kita kan bertemu di syurga Allah nanti, moga halaqah cinta ini akan kekal abadi... Amiinn... Sempat bibir ini membisikkan doa ke telinganya. Moga dirinya diberi kekuatan untuk terus berjuang di bumi sana. 'Dia' yang dimaksudkan adalah Una @ Adik Kechik @ Zainab Husna, puteri bongsu Pak Andak dan Mak Andak.


Una...
Antara kita tiada jarak yang memisahkan. Biarpun dirimu kini jauh di mata, namun di hati ini dirimu tetap dekat. Teruskan usahamu, aturkan langkahmu untuk terus menyerlah jauh dari yang biasa! Kami sayang Una sangat-sangat!

Tanda kenangan dari Una buat semua yang mengenali dirinya...



Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya...

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya...

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan...

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman...



Moga tautan ukhwah ini akan berkekalan hingga ke syurga nanti...


Suasana hiba menyelubungi keluarga Pak Andak & Mak Andak


Moga halaqah cinta ini kan kekal abadi...


Kak Yong: I'm speechless...sayang Una sangat-sangat... kami semua sayangkan Una...

Wednesday, October 29, 2008

..::Gambar KBM Seri Mutiara::..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

First of all Kak Yong pohon ribuan kemaafan dari adik-adik SMK Seri Mutiara atas kelewatan meng'upload' gambar antum dalam blog KBM KL ni atas masalah teknikal. Bagi memenuhi permintaan adik-adik kasih dan sayang alumni KBM Seri Mutiara, dengan ini Kak Yong menge'post' satu entry istimewa untuk antum...


Majlis Penutup KBM SMK Seri Mutiara



Ibu bapa yang hadir di majlis penutup KBM Seri Mutiara...



Abang Bai sedang mengendalikan slot pertemuan...



Adik-adik kasih sedang tekun mendengar...



Adik-adik sayang tekun mendengar...



Sayu menusuk hati adik-adik sayang...



Adik-adik kasih dibuai kesayuan...



Pertemuan antara anak dan ibu ayah...



Kemaafan dipohon dari seorang anak...



Luahan hati seorang adik sayang...



Luahan rasa dari seorang adik kasih...



Gambar pun dah letak kat blog ni, so diharapkan adik-adik kasih dan sayang alumni KBM Seri Mutiara harap jangan bersedih lagi yek!

Gambar di'snap' oleh Kak Yong menggunakan kamera handphone Kak Ngah...

KBM PPD KUALA LANGAT

By: Kak Zainab Husna

Alhamdulillah, segala pujian-pujian dipanjatkan hanya kepadaNya , kerana dengan rahmat dan izinNya team KBM KL telah meneruskan penebangannya kali ini di KEM BINA TAQWA, BUKIT CANGGANG (25-26 Oktober bersamaan 25-26 Syawal 1429H). KBM kebiasaannya tertumpu pada sebuah sekolah sahaja, tetapi kali ini ia melibatkan 15 buah sekolah dari daerah Kuala Langat.

Adik2 kasih bersama fasi pada slot KMKY

KBM kali ini dilabelkan sebagai KBM ISTIMEWA. Kerana, para peserta hanya melibatkan adik-adik KASIH seramai 68 orang, berumur dalam lingkungan 12-16 tahun. Untuk makluman juga, buat julung-julung kalinya hampir kesemua slot dikendalikan oleh pengendali dan fasilitator wanita (imam solat pun kaum hawa jugak). Walaupun adakalanya memerlukan bantuan kaum adam. Para pengendali KBM istimewa kali ini terdiri dari Ummi Ida, k.Nina dan k.Mia. Barisan pramugari dan pramugara yang turut membantu k.Ngah, k.Anjang Kila, k.Atul, k.Zarina, k.Long, k.Min, k.Aida, k.Mira, k.Zainab Husna, k.Syera dan k.Ima. Abg Anas@KU, abg Eming, abg Azim. Tidak lupa buat yang turut hadir untuk slot MAM1 & MAM2, Pak Teh, Pak Shahid, Pak Long, Pak Kay dan Abg Ammar dan yang lain-lain.

Tengah khusyuk mendengar celoteh Kak Nina dan Anjang kila..

Bermula pada pagi sabtu, setelah selesainya solat Subuh berjamaah yang diimami oleh Ummi Ida, adik-adik kasih telah mendapatkan santapan rohani yang ringkas tetapi padat daripada Ummi Ida dengan bermain teka teki tentang persoalan Imam Ghazali.

Penerbangan diteruskan seperti biasa dengan Slot KMKY yang telah diceriakan oleh gandingan mantap k.Anjang Kila dan k.Nina. Diteruskan dengan slot INTEAM yang dikendalikan oleh k.Nina. K.Anjang Kila telah bersama adik-adik kasih beriadhah di sebelah petang. Selesai solat maghrib, tazkirah ringkas diadakan bagi mengisi ruang sementara menunggu azan isya’ (-->Kak Mia: tazkirah istimewa ini disampaikan oleh kak zainab..). Slot malam diteruskan dengan MAM1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida manakala MAM2 menampilkan gandingan kakak laptop (k.Mia) dan k.Nina.

Kak Ngah dan adik-adiknya..

Pada keesokan harinya penerbangan diteruskan lagi dengan beriadhah sambil merenung kejadian alam bersama Ummi Ida dan k.Anjang Kila yang telah bertungkus lumus memerah otak memikirkan aktiviti-akitiviti menarik buat adik-adik kasih (almaklumlah, pagi2 kan otak mcm kaku skit). Slot HIJRAH bersama k.Anjang Kila serentak dengan MKMS yang dikendalikan oleh Ummi Ida. Setelah itu penerbangan diteruskan dengan slot pertemuan yang dikendalikan oleh k.Nina.

Majlis penutup diadakan dengan ucapan dari wakil PPD (Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat) dan wakil JKKD (Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Kuala Langat) dan diakhiri dengan penyerahan sijil penyertaan kepada para peserta serta sijil penghargaan dan cenderahati buat semua pengendali dan fasilitator yang terlibat.

2 drpd 3 org fasi yang tak pakai tudung..hehe

Syukur alhamdulillah penerbangan 251008 telah selamat mendarat dengan jayanya. JZKK serta Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langusng dalam menjayakan KBM PPD KUALA LANGAT. Tidak lupa juga buat mereka yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan KBM ISTIMEWA ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan kalian. Ameen! Dikesempatan ini ingin ana mengajak semua mendoakan kejayaan adik-adik kasih dan fasi-fasi kita yang bakal mahupun yang telah menghadapi peperiksaan. Semoga mereka berjaya di Dunia dan Akhirat. Ameen.. ;)


Disediakan oleh: Kak Zainab Husna (1st time tu kak una buat report! cayalah!!)
Diedit n diterbitkan oleh : Kak Mia

=================================

kMia: kredit to kak una atas kesudiannya meluangkan masa utk membuat report ni.. Tahniah! satu percubaan yg baik dan mantap!

Utk pengetahuan semua,
kak una dah nak balik Mesir dah lepas ni, kalau tak silap 4 November ni berangkat.. doakan keselamatan beliau sepanjang perjalanan dan doakan juga kejayaannya dlm menuntut ilmu dibumi anbiya' tersebut.. InsyaAllah.