Thursday, April 7, 2011

KBM SRI Al-Amin, Gombak



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

GOMBAK - Alhamdulillah, pada 2 hingga 3 April yang lalu, Kelab Kelas Darjah 6 SRI Al-Amin Gombak telah menganjurkan program Keindahan Bersama Mu untuk para pelajar tahun 6 SRI Al-Amin Gombak. Seramai 94 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri dari 47 orang adik-adik kasih dan 47 orang adik-adik sayang. Program ini telah dijalankan di Surau Sekolah Al-Amin Gombak.

Kehadiran adik-adik kasih dan sayang ke bilik taklimat Surau Al-Amin telah disambut oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Adik-adik kasih dan sayang nampak begitu ceria sekali dengan senyuman dan tawa yang terpancar di wajah masing-masing. Program pagi itu dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan slot Knowing Me Knowing You yang dikendalikan oleh Abang Bai dibantu abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dalam slot ini antaranya 3S. Alhamdulillah, slot ini telah berjaya membuatkan adik-adik kasih dan sayang lebih rapat dengan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Aktiviti Army Yell dalam kumpulan pula diadakan selepas minum pagi. Kesemua peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan dibantu oleh seorang abang atau kakak fasilitator. 'Kecil-kecil cili api' walaupun kecil, Army Yell mereka cukup kreatif.

Selepas berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat Zuhur berjamaah, program diteruskan lagi dengan slot Inteam. Slot kali ini agak berbeza sedikit pendekatannya kerana para peserta kali ini terdiri dari adik-adik yang bersekolah rendah. Apa pun, gimik Hari Jadi dari Abg Baim pastinya tidak dapat dilupakan oleh adik-adik kasih dan sayang.

Gimik Hari Jadi dari Abg Baim

Usai minum petang dan solat Asar berjamaah, adik-adik kasih dan sayang mengikuti aktiviti riadah yang dikendalikan oleh Abg Akmal untuk adik-adik sayang, manakala riadah untuk adik-adik kasih dikendalikan oleh Kak Anjang. Selesai aktiviti riadah, adik-adik kasih dan sayang dibenarkan untuk membersihkan diri dan makan malam. Selepas solat Maghrib, adik-adik kasih dan sayang dipertontonkan 'hadiah' dari Kak Yong. Selesai menonton, solat Isyak ditunaikan secara berjamaah sebelum program disambung dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida. Dalam slot ini adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Allah, Rasulullah dan ibu ayah. Kelihatan adik-adik kasih dan sayang begitu tersentuh apabila diminta untuk muhasabah kembali hubungan dengan Allah. Teresak-esak mereka menangis.

Selesai sahaja slot MAM 1, program diteruskan dengan slot MAM 2 yang dikendalikan oleh semua fasilitator dan para pengendali. Slot ini mengambil masa lebih kurang 1 jam. Selesai saja slot ini, kesemua peserta dibenarkan tidur.

Keesokkan pagi, selepas bersarapan para peserta mengikuti slot Kini & Hijrah yang dikendalikan oleh Abg Bai bertempat di dewan serbaguna manakala para ibu dan ayah mengikuti slot MKMS yang dikendalikan oleh Ummi Ida bertempat di surau. Ibu dan ayah yang hadir dikongsikan video-video program yang telah dilalui oleh anak-anak mereka bermula pada pagi Sabtu, 2 April. Tepat jam 11.45 pagi, adik-adik kasih dan sayang di bawa ke surau untuk dipertemukan dengan ibu dan ayah.

Abang Bai sedang mengendalikan slot pertemuan

Adik-adik kasih dan sayang...

Sesi pertemuan ibu ayah dan anak...

Bingkisan buatmu...

Di penghujung program, adik-adik peserta dan ibu ayah diberi peluang untuk apa yang mereka lalui sepanjang program KBM kali ini sebelum majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar SRIAAG, ucapan Pengerusi Kelab Kelas Tahun 6 dan majlis penyampaian saguhati kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman di antara satu sama lain.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat untuk menjayakan KBM kali ini; Kelab Kelas Tahun 6, ibu ayah, adik-adik kasih dan sayang, tidak lupa buat semua pengendali dan fasilitator yang bertungkus lumus hingga ke akhir untuk memastikan KBM kali ini berjalan lancar. Semoga kita terus menyerlah jauh daripada biasa!

BARISAN PENGENDALI

[KMKY] Abg Bai
[InTeam] Abg Bai
[MAM 1] Ummi Ida
[MAM 2] Semua pengendali & fasilitator
[Hijrah] Abg Bai
[MKMS] Ummi Ida
[Pertemuan] Abg Bai
[Video] Kak Yong
[Video Editing] Kak Yong
[Laptop] Abg Baim & Kak Yong

[Pramugara] Abg Sop, Abg Ilham, Abg Akmal, Abg Aiman dan Abg Long
[Pramugari] Kak Akilah, Kak Hanum, Kak Najwa, Kak Iesma dan Kak Anjang

0 comments: