Monday, April 26, 2010

KBM di SMK Bandar Banting


Bismillahirrahmanirrahim...

Credit to Cikgu Khatab untuk gambar-gambar yang diambil dari FBnya... melainkan gambar terakhir...


Barisan Pengendali :-

KMKY : Abg Bai dan Abg Yasser
InTeam : Abg Bai
MAM I : Pak Long
MAM II : Semua Fasilitator dan Para Pengendali
Hijrah : Kak Yong dan Abg Yasser
RKSK : Ummi Ida
Pertemuan : Ummi Ida
Periba Komputer : Kak Yong, Kak Asma' dan ML
Video : Abg Chef Wan dan Pak Kay
Tukang Edit Video : Kak Yong


No Pesawat: KRJ 240410
Pramugara: Baim, Abg Man, Abg Muadz aka Abg Hadiah, Abg Dayat, Abg Atif, & Abg Muhsin
Pramugari: Kak Syu, Kak Syahid, Kak Zar, Kak Ayu, Kak Ain dan beberapa orang fasilitator dari KRJ Hulu Langat
Airport: SMK Bandar Banting
Jumlah Penumpang: 183 orang


Alhamdulillah pada 23 April sekitar jam 11.00 malam kami tiba di SMK Bandar Banting dengan 2 buah kenderaan. Ketibaan team kami disambut oleh Cikgu Aisyah dan beberapa cikgu serta ahli JIM Daerah Hulu Langat. Kami dijamu dengan sedikit santapan yang berupa mee goreng dan buah tembikai yang disajikan dengan air teh O dan teh susu. Selesai makan, sesi TOT ringkas diadakan kepada semua fasilitator yang ada ketika itu yang mana sesi ini dikendalikan oleh Pak Long dan dibantu oleh kendalian laptop dan slide Kak Yong.

Pagi 24 April, kami telah diberi amanah untuk mendekati serta menyantuni adik-adik kasih dan sayang. Meskipun jumlah peserta KBM kali ini lebih daripada jumlah yang telah disasarkan oleh pihak sekolah, namun perkara ini tidak sesekali dapat menjatuhkan semangat para fasilitator yang semangatnya kental dan cekal! Jumlah adik-adik kasih adalah 122 orang manakala jumlah adik-adik sayang adalah seramai 61 orang sahaja. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 183 orang. Ini membolehkan kita membuat rumusan bahawa nisbah adik-adik kasih kepada adik-adik sayang adalah 2:1 (KBM boleh juga mengajar kita untuk menggunakan ilmu matematik yang telah dipelajari ye?). Adik-adik kasih dan sayang ini telah selamat menaiki penerbangan KBM SMKBB bersama pesawat KRJ 240410.

Slot pertama KBM iaitu Knowing Me Knowing You telah dikendalikan oleh abg Bai. Seperti biasa trademark yang digunakan oleh abg Bai adalah 'hadiah, hadiah, hadiah' telah mengakibatkan adik-adik kasih dan sayang lebih memberi perhatian kerana mahu mendapat hadiah yang diberikan oleh Abg 'Hadiah'. Slot Army Yell pula dikendalikan oleh Abg Yasser yang mana ketika slot ini, pelbagai nama kumpulan yang menarik telah dijanakan oleh adik-adik kasih dan sayang. Apabila nama yang menarik dan tertarik dihasilkan, aksi army yell juga sememangnya membuat semua penonton teruja dengan aksi kumpulan masing-masing. Antara nama yang menarik adalah kumpulan 'Katak Berlari' (ada ke katak berlari?katak bukan melompat ke?) juga Tenggiling Emas.

Selesai mendirikan solat fardhu Zohor dan mengambil serta menghabiskan makan tengah hari, slot InTeam pula menyusul yang mana slot ini masih dikuasai oleh abg Bai. Alhamdulillah slot ini mendapat sambutan yang hangat daripada para peserta KBM SMKBB walaupun dalam keadaan hujan lebat di luar dewan. Kerjasama yang diberikan sangatlah memberangsangkan. Sewaktu perkongsian, seorang adik sayang menyatakan bahawa dia tidak sangka bahawa dia akan berpelukan dan mengucapkan "saya sayang awak" dengan rakan yang sama jantina.

Apabila azan Asar telah bekumandang, adik-adik kasih dan sayang bersama-sama fasilitator mendirikan solat fardhu Asar secara berjamaah. Selesai solat Asar, riadah riang ria berjalan di SMKBB yang dikendalikan secara berasingan antara adik-adik kasih dan sayang.

Meniti Angin Malam I bermula sekitar jam 9:30 malam. Slot ini dikendalikan oleh Pak Long. Pesawat KRJ 240410 diterbangkan ke satu tempat yang mana membuatkan adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengeratkan lagi keindahan hubungan bersama Allah, merasakan kenikmatan andai dipertemukan dengan Rasulullah dan menghargai segala jasa ibu dan ayah yang selama ini telah bersusah payah untuk menjaga dan membesarkan mereka. Slot ini menampakkan kerjasama para peserta yang begitu komited dengan program Keindahan BersamaMu ini biarpun dalam keadaan letih.

Berakhirnya Meniti Angin Malam I, Meniti Angin Malam II pula menyusul. Slot ini masih dekendalikan oleh pengendali 'Secret' tetapi turut dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang lain dari segala sudut untuk memastikan slot ini berjalan dengan jayanya. Meskipun ada berlaku perkara yang tidak dijangka-jangka, tetapi dengan izin Allah slot ini berjaya diharungi dengan selamat, alhamdulillah~. Kira-kira jam 2:00 pagi, semua adik-adik kasih dan sayang telah dibenarkan untuk tidur.

Pagi 25 April 2010 yang indah pun menjelma. Slot RKSK dan Hijrah dilangsungkan serentak tetapi di tempat yang berlainan. RKSK dikendalikan oleh Ummi Ida manakala slot Hijrah dikuasai oleh Kak Yong dan Abg Yasser. Kehadiran ibu bapa dianggarkan sekitar 40% daripada jumlah peserta. Apabila jam menunjukkan pukul 11:45, adik-adik kasih dan sayang telah dipertemukan bersama-sama ibu bapa. Slot ini diberi nama Pertemuan. Alhamdulillah, begitu indah saat pertemuan apabila menyaksikan adik-adik kasih dan sayang berlari mendapatkan ibu bapa mereka dan melihat mereka berpelukan. Saat itulah merupakan detik-detik keluarga bahagia yang insyaAllah akan dipisahkan dengan kematian sahaja.

Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian dari adik-adik kasih, sayang, ibu bapa dan seterusnya ucapan penutup dari wakil PIBG dan sekolah. Dalam ucapan wakil PIBG, beliau mengatakan dalam nada berseloroh, "Kalaulah sekarang ini Sultan Melaka masih wujud, air mata yang mengalir hari ini boleh ditadah cukup 7 dulang dan boleh digunakan oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang..."


Disediakan oleh: Abg Muadz aka Abg Hadiah
Diedit oleh: Kak Yong


Abg Bai dan Abg Hadiah... Wallaweyh!!!


Barisan pramugari pesawat KRJ 240410 hehe...


Berada dalam kumpulan-kumpulan kecil...


KBM SMK BB ditulis di atas pasir pantai Morib...ni kerja siapa???

Penerbangan KRJ 170410 SMK Cheras Perdana


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

..:: Barisan Pengendali::..

KMKY: Abang Bai & Abg Din
In-Team: Kak Yong
MAM 1: Ummi Ida
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Kak Yong
RKSK: Ummi Ida
PeLaptop: Kak Aina dan ML
PemVideo: Pak Kay

No Pesawat: KRJ 170410
Pramugara: Abg Dayat, Abg Muadz, Abg Benjo, Abg Aki, & Abg Izaldin
Pramugari: Kak Hanum, Kak Izzati, Kak Nurull, Kak Atul, dan Kak Diyana
Airport: SMK Cheras Perdana
Jumlah Penumpang: 108 orang

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya pada 17 dan 18 April 2010 yang lalu, team KBM Kuala Lumpur telah berjaya mengendalikan program Keindahan Bersama Mu di SMK Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Seramai 108 orang pelajar dari tingkatan 3, 4 dan 5 telah menyertai program kali ini dan terdiri dari 56 orang adik-adik sayang dan 52 orang adik-adik kasih. Untuk makluman, KBM kali ini merupakan KBM kali yang keempat diadakan di SMK Cheras Perdana.

Pagi Sabtu 17 April 2010, program dimulakan dengan slot KMKY yang dikendalikan oleh Abg Bai. Adik-adik kasih dan sayang begitu teruja dan bersemangat sepanjang slot KMKY ini. Tidak jemu-jemu mereka mendengar celoteh dari Abg Bai yang terkenal dengan trademark ”Hadiah, hadiah, hadiah...”. Setelah selesai sesi pertama dalam slot KMKY, program berhenti rehat seketika. Selepas berhenti rehat, program diteruskan lagi dengan sesi seterusnya iaitu ARMY YELL bersama Abg Din. Adik-adik sayang dan kasih dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dikehendaki mempersembahkan army yell mereka dengan penuh kreatif dan bersemangat. Slot KMKY seperti biasa diakhiri dengan sesi sharing dari adik-adik kasih dan sayang. Program berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Zuhur kira-kira jam 1.00 petang.

Tepat jam 2.30 petang, program disambung dengan slot InTeam yang telah dikendalikan oleh Kak Yong. Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama dari adik-adik kasih dan sayang, slot ini berjalan dengan baik dan adik-adik kasih dan sayang berjaya menghayati slot ini. Terima kasih juga kepada barisan fasi yang banyak melancarkan perjalanan program. Dan seperti biasa di akhir slot, beberapa orang adik kasih dan sayang telah tampil untuk berkongsi pengalaman mereka, juga mengambil peluang untuk meminta maaf kepada teman-teman yang lain secara terbuka.

Selepas solat Asar berjamaah dan minum petang, sesi riadah dijalankan di dalam dewan kerana cuaca yang buruk di mana hujan turun dengan lebatnya. Walau bagaimanapun, sesi ini masih dijalankan secara berasingan. Sesi riadah selesai lebih kurang jam 6.30 petang.

Selesai membersihkan diri dan makan malam, adik-adik kasih dan sayang menunaikan solat Maghrib berjamaah di dalam dewan sekolah. Selepas itu sesi tayangan ’video pasar malam’ dan sesi ’Suprise’ telah dijalankan sementara menunggu masuk waktu solat Isyak. Selesai solat Isyak berjemaah, program diteruskan dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida. Adik-adik kasih dan sayang dibawa mengembara bersama-sama bagi merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan juga ayah. MAM 2 pula melibatkan semua pengendali dan fasilitator. Program berakhir malam itu dengan sesi solat sunat taubat dan selesai sekitar jam 3 pagi.

Pada keesokan harinya, dua slot berlangsung serentak iaitu, slot RKSK untuk ibubapa bersama Ummi Ida di dewan manakala slot HIJRAH, untuk adik-adik kasih dan sayang bersama Kak Yong di bilik jahitan. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 60%. Tepat jam 11.45 pagi, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa ke dewan sekolah untuk dipertemukan dengan ibu dan ayah masing-masing. Selesai perkongsian dari adik-adik kasih serta ibu dan ayah, sedikit ucapan penutup telah disempurnakan oleh wakil pihak sekolah.Jazakumullah Khairan Khatira kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi mejayakan KBM kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah di atas kepercayaan yang diberikan kepad team KBM KL untuk mengendalikan KBM di SMK Cheras Perdana buat kali keempat. Semoga Allah membalas segala memandang usaha kita ini dan dikira diakhirat kelak. InsyaAllah... ameenn...

SEMOGA KITA TERUS “MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA”

Krew pesawat KRJ 170410 SMK Cheras Perdana dalam aksi sopan dan santun...


Krew pesawat KRJ170410 dalam aksi ermmm... ape ye???


Sempat lagi tu promote novel...!!!


Kami, "Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!"


KBM di SRI Al-Amin Kuala Lumpur


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

..:: Barisan Pengendali::..

KMKY: Abang Wan & Abg Yasser
Explore de Quran: Kak Yong
In-Team: Pak Ngah
MAM 1: Pak Long
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Abg Wan & Abg Yasser
RKSK: Pak Long
PeLaptop: Kak Yong
PemVideo: Kak Yong, Abg Wan & Abg Yasser

No Pesawat: KRJ 100410
Pramugara: Abg Dayat, Abg ’Atif, Abg Mu’az
Pramugari: Kak Aisyah, Kak Syahid dan Kak Asma’

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya team KBM Kuala Lumpur telah berjaya mengendalikan program Keindahan Bersama Mu di Sekolah Rendah Islah Al-Amin Kuala Lampur, Keramat serentak dengan SMK Serendah, Rawang pada 10 dan 11 April 2010 yang lalu. Seramai 79 orang pelajar darjah 6 telah menyertai program ini dan terdiri dari 50 orang adik-adik sayang dan 29 orang adik-adik kasih.

Program dimulakan dengan slot KMKY yang telah dikendalikan oleh gandingan Abg Wan dan Abg Yasser. Namun ada kelainan di SRIAAKL di mana Abg Wan telah mendapat gelaran baru yang diberikan oleh adik-adik kasih dan sayang iaitu ATUK!. Sepanjang slot KMKY ini adik-adik kasih dan sayang begitu teruja, bersemangat dan enjoy! Setelah berhenti rehat, program diteruskan lagi dengan slot ARMY YELL. Adik-adik sayang dan kasih mempersembahkan army yell mereka dengan penuh kreatif dan bersemangat. SYABAS diucapkan! Program berhenti sebentar untuk makan tengahari dan solat Zuhur.

Tepat jam 2.30 petang, program diteruskan dengan slot Explore de Quran yang telah dikendalikan oleh Kak Yong. Adik-adik kasih dan sayang diminta menyelesaikan beberapa soalan yang memerlukan mereka merujuk kepada terjemahan al-Quran. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Selesai sahaja slot Explore de Quran, program diteruskan dengan slot InTeam yang dikendalikan oleh Pak Ngah. Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama dari adik-adik kasih dan sayang, slot ini berjalan dengan baik dan memberi kesan kepada adik-adik kasih dan sayang. Dan seperti biasa di akhir slot, beberapa orang adik kasih dan sayang telah tampil untuk berkongsi pengalaman mereka.

Slot Badan Cergas Otak Cergas dijalankan selepas solat Asar dan minum petang secara berasingan. Adik-adik sayang di kawasan gelanggang, manakala adik-adik kasih di dalam Dewan Serbaguna PIBG.

Selesai solat Maghrib, sesi tayangan ’video pasar malam’ dan sesi ’Suprise’ telah dijalankan sementara menunggu masuk waktu solat Isyak. Selesai solat Isyak berjemaah, program diteruskan dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Pak Long di mana adik-adik kasih dan sayang dibawa mengembara bagi sama-sama merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw, ibu and ayah. MAM 2 pula melibatkan semua pengendali dan fasilitator. Program berakhir malam itu pada pukul 2 pagi.

Pada esok harinya, dua program berlangsung serentak iaitu, slot RKSK untuk ibubapa bersama Pak Long di Surau Sekolah manakala slot HIJRAH, adik-adik kasih bersama ATUK di perpustakaan. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 95%. Tepat jam 11.45 pagi, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa ke surau sekolah untuk bertemu dengan ibu dan ayah masing-masing. Selesai perkongsian dari adik-adik kasih serta ibu dan ayah, sedikit ucapan penutup telah disempurnakan oleh wakil pihak sekolah.Jazakumullah Khairan Khatira kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Semoga Allah membalas segala memandang usaha kita ini dan dikira diakhirat kelak.InsyaAllah…..

SEMOGA SEMUA “MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA”

Monday, April 19, 2010

..::Keindahan BersamaMu SMK SERENDAH::..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful


..:: Barisan Pengendali::..

KMKY: Kak Nina
In-Team: Kak Nina
MAM 1: Ummi Ida
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Kak Nina
RKSK: Ummi Ida
PeLaptop: Kak Aina & Abg Ama
PemVideo: Pak Kay

No Pesawat: KRJ 100410
Pramugari: Kak Nurull,Kak Atul,Kak Fatin,Kak Yus,Kak Aina,Kak Dayah a.k.a K.d, Kak Lin, Kak Asiah
Pramugara: Abg Zam,Pak Uteh,2 org Alumni Adk2 sayang SMK Serendah
Penumpang: Adik2 Kasih SMK Serendah

Alhamdulillah,setelah berkonvoi dengan 3 kenderaan pada hari jumaat 9/4/2010, akhirnya kami tiba di serendah sekitar jam 12mlm. Kami disambut oleh ummi dan pak uteh dan dibawa ke pejabat JIM Serendah. Sesi TOT (Training Of Trainers) ringkas oleh Kak Nina pada semua Fasilitator.

Pagi esoknya, Kami tiba di SMK Serendah. Kami telah diberi amanah untuk menyantuni adik-adik KASIH. Istimewanya KBM kali ni disertai oleh adik-adik KASIH sahaja. Seramai 105 adik-adik KASIH semuanya telah pun selamat terbang bersama pesawat KRJ 100410. Sebelum ni Team KBM KL telah menyantuni adik-adik SAYANG pada 29/01/10.

Program dimulakan dengan slot KMKY telah dibawa oleh Kak Nina yang sangat2 CERIA dengan tagline “Besarr Punyeerr…. I Like…..”, kelihatan adik-adik kasih sangat bersemangat dan “sporting gilerr” mengikuti slot ini. Seusai minum air teh (bukan minum pagi :-p), program diteruskan lagi dengan slot ARMY YELL. Adik-adik kasih sungguh bersemangat melakukan army yell mereka. SYABAS diucapkan.



Seusai makan nasi ditengah hari dan solat zohor berjemaah, slot IN-TEAM dijalankan, slot ini dikendalikan oleh Kak Nina. Suasana bertukar syahdu, nampaknya ia sangat terkesan pada setiap adik-adik kasih. Ada adik-adik kasih yang berani meluahkan perasaan dan dengan ikhlas meminta maaf pada sahabatnya. Harap persahabatan kalian kekal hingga ke akhir hanyat. Slot Badan Cergas Otak Cergas seperti biasa dibawa oleh semua kakak-kakak fasi yang sangat ceria.


Indahnya Pesahabatan itu Jika Kerana ALLAH


Selesai solat isya’ berjemaah, Ummi Ida bersama-sama adik-adik kasih dibawa mengembara didalam slot Meniti Angin Malam 1 (MAM1) bagi sama-sama merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw,ibu and ayah. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, kerana mendapat adik-adik kasih yang sungguh mudah disantuni sehingga 1 peristiwa yang sangat tidak dijangkakan oleh Ummi Ida dan semua fasi-fasi seta guru-guru. Seuasai MAM1, slot Meniti Angin Malam 2 (MAM2) dijalankan dengan bantuan dari semua fasi-fasi dan pak-pak dari Serendah.

Pada esok harinya, dua program selari berlangsung, slot RKSK, ibubapa telah bersama dengan Ummi Ida di Surau Sekolah dan slot HIJRAH, adik-adik kasih bersama Kak Nina dan kakak2 fasi di bilik Kaunseling. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 40% dari jumlah sebenar peserta. Tepat jam 11.45 tgah hari adik-adik kasih telah dibawa ke surau sekolah untuk bertemu dengan ibu dan ayah masing-masing. Selesai perkongsian dari adik-adik kasih serta ibu dan ayah, sedikit ucapan dari YDP JIM Wanita Serendah dan Pengetua sekolah bagi penutup majlis.Jazakumullah Khairan Khatira kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Semoga Allah membalas segala jasa dan sedikit usaha kita ini dikira diakhirat kelak.InsyaAllah…..
SLOT Hijrah Bersama Kak Nina


Barisan fasi-fasi dan guru-guru… (^_^)

SEMOGA SEMUA “MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA

Wednesday, April 14, 2010

KBM di SMK Ungku Aziz Sabak Bernam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...::Pengendali::...
KMKY : Abg Bai
Inteam : Abg Bai
MAM 1 : Ummi Ida
MAM 2 : Semua yg ada
Hijrah : Kak Yong
RKSK : Ummi Ida
Pertemuan : Ummi Ida
Video : Kak Zar & Kak Yong
Video editing : Kak Yong
Pilot : Kak Yong & Ammar

Pramugara : Abg Jun & Abg Muadz
Pramugari : Kak Nurull, Kak Atul, Kak Diyana, Kak Anis & Kanda Hanum

Alhamdulillah dengan izin-Nya, pada 3 & 4 April 2010 yang lalu satu lagi penerbangan KBM telah berjaya diterbangkan di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. Seramai 84 orang adik kasih dan sayang telah disantuni. Sebelum itu, nak berkongsi cerita. Kami bertolak ke Sabak Bernam pada malam 2 April dengan tiga kenderaan berbeza dan waktu yang berbeza melainkan Pak Kay, Ummi Ida dan ML (Mereka tiba di SB pada 3 April selepas Maghrib). Kumpulan pertama selamat tiba pada jam 1.oo pagi (3 April) selepas berhenti minum di Sungai Besar. Kumpulan pertama terdiri dari Abang Jun, Kak Yong, Kak Diyana, Kak Anis dan Kanda Hanum. Kumpulan kedua tiba pada jam 1.30 pagi yang terdiri dari Kak Atul, Kak Nurull dan Kak Zar. Dan kumpulan terakhir tiba hampir jam 3 pagi iaitu Abang Bai dan Abang Muadz.

Penerbangan seperti biasa bermula jam 9 pagi 3 April 2010 dengan ucapan perasmian oleh wakil sekolah dan majlis penyerahan. Slot KMKY dikendalikan dengan penuh ceria oleh Abang Bai dengan tagline 'hadiah, hadiah, hadiah' (sampai 3 kali hadiah hoho). Slot Army yell pula dikendalikan oleh Abang Muadz. Adik-adik kasih dan sayang sangat-sangat bersemangat untuk mempamerkan aksi army yell masing-masing (nama-nama kumpulan pun menyerlah jauh dari yang biasa).

Selepas solat Zohor berjemaah, penerbangan diteruskan dengan slot In-team yang juga dikendalikan oleh Abang Bai. Alhamdulillah kerjasama dari adik-adik kasih dan sayang sangat bagus. Selepas slot in-team dan solat asar, riadah petang telah ditukar ke aktiviti bebas buat gara-gara hari hujan.

Slot malam bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah oleh ustaz yang juga merupakan ahli JIM Sabak Bernam. Tazkirah yang diberikan amat baik dan terkesan dihati. Usai solat isyak berjemaah, Ummi Ida mengambil alih penerbangan untuk slot MAM 1. Sempat juga kami ber'demi matahari' sebelum MAM 1. Selepas MAM 1, pengembaraan diteruskan dengan MAM 2. Alhamdulillah, biarpun kekurangan tenaga, semuanya berjalan lancar dengan keizinan Allah.

Keesokan harinya, bertempat di dewan makan asrama adik-adik kasih dan sayang dibawa meneruskan penerbangan dalam Hijrah bersama Kak Yong. Manakala Ummi Ida bersama ibu bapa di Dewan Besar untuk slot RKSK.

Tepat jam 11.40 pagi adik-adik kasih dan sayang telah dibawa ke Dewan Besar untuk slot Pertemuan. Buat kesekian kalinya air mata gugur lagi apabila melihatkan ibu ada di depan mata. Perkongsian dari seorang ibu amat menyentuh hati. Ibu itu berkongsi cerita berkenaan dirinya yang tidak pernah melihat wajah ibunya sendiri. Beliau juga turut menyelitkan kata-kata nasihat untuk adik-adik kasih dan sayang.

Penerbangan mendarat selepas sesi perasmian penutup oleh Pengetua SMK Ungku Aziz. Alhamdulillah daripada kata-kata Puan Soleha dia mahukan air mata yang mengalir pada hari ini tidak hanya memberi kesedaran ketika itu sahaja. Wakil JIM Sabak Bernam, Ustaz Ahmadi juga hadir memberi ucapan sebagai wakil dari pihak JIM. Untaian mutiara yang sangat indah kami terima dari Ustaz Ahmadi dan pastinya ia membekas di hati adalah kami. Teringat pada kata-kata Imam Hassan al-Banna, "Kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada!"

"Rasulullah mengamanahkan Saad Ib.Waqas membawa ISLAM ke China. Jauhnya 2000km dari Arab mrentas gunung menaiki unta. Begitu besar pengorbanan sahabat-sahabat nabi. Dari China Islam tersebar ke India, dan pedagang-pedagang membawa Islam ke Melaka melalui Parameswara. Akhirnya kita mendapat ISLAM. Tetapi, apabila kita telah memilikinya, apakah kita hanya berehat-rehat saja? Ketika musuh-musuh Islam menghentam kita dari setiap sudut, apakah kita hanya mampu berehat-rehat saja? Kita harus berjuang mempertahankan agama ini. Kalau nak jadi doktor jadilah doktor yang juga seorang pejuang. Kalau jadi ibu atau ayah jadilah ibu ayah yang juga seorang pejuang. Kalau menjadi seorang guru pastikan menjadi guru yang juga adalah pejuang... Membawa Islam ke mana sahaja. Kita tak boleh duduk rehat. Itulah bukti pengorbanan dan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w... Menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Hidup adalah perjuangan... hingga ke nafas yg terakhir!! Andai kita PENAT melakukan KEBAIKAN, akan hilanglah PENAT itu, dan akan TETAP KEKAL PAHALA dari hal itu. Dan andai kita SERONOK melakukan MAKSIAT, akan hilanglah ke-SERONOK-an itu, dan akan TETAP KEKAL DOSA dari hal itu .."

Jazakallah kepada semua yang terlibat. Kepada adik-adik kasih dan sayang semoga kita semua kekal dalam kebaikan hingga akhir hayat.



P/S: Gambar-gambar akan diupload kemudian...