Monday, July 20, 2009

PESAWAT 180709: SMK SUNGAI PUSU

Reported by: Kak Nina

:: Bismillahirrahmanirraheem ::

Syukur itu kami angkat dan kami tinggikan kepada yang BerHAQ.. Rabbul Jaleel Jalla Jalalah..ALLAH..

Dengan kesekian kali langkah ini diteruskan utk menyantuni adik-adik se'aqeedah kami..jauh masuk ke denai yg tak berapa denai sebab dah berturap..tapi masih nak istilahkan denai sebab jalan berturap itu masih mampu menyebabkan mobil dipandu serendah 30- 40km/jam..faham-faham je la yer.. Manakan tidak, KBM kali ni dilakukan di Kem Belia Bukit Lagong, Gombak.. maka..

The Adventures is Begin..jeng jeng jeng..

Jumaat, 11.00pm - macam biasalah, TOT diadakan bersama barisan fasilitator, sebut betol2..bukan alligator yer.. walaupun lokasi kami kali ni ala-ala Jungle-Belantara sikit.. lebih meng'advanture'kan..pentas dewan yg xberdinding itu menjadi ruang beradu (bg chance la bahasa istana) bagi abang2 fasi, dan kakak pula di surau yg juga xberdinding.. kurang lebih 3a.m, salakan anjing makin bersahut-sahutan dari perlahan tetiber dah sampai tahap macam volume 5 hp nokia .. Auuwwwwww.... (buat macam anjing menyalak ala-ala syahdu gitu..) maka abg yg paling "kecik bersaiz doraemon" terduduk, "wei, bangun wei..bunyi kuat tu maksudnya dah dekat ni.." (dialog xseperti yg asal) maka, xtido la abang kecik tu ditemani abg yg xberapa nak kecik sampai ke dinihari..yg lain layan jer mata dh ngantuk.. kakak? letak je kepala terus layan mimpi..anjing ker, serigala ker, kingkong ker...xde makna nya terjaga..tido setido-tido nya..huhuhu

Sabtu - KBM kali ni menyerlah JAUH dari yang LAIN..sebab susun atur programnya xsama seperti biasa.. kami barisan pengendali meraikan "kawasan Jungle Belantara" ini..Jadi waktu perlu diubah suai sebab adik2 ni nak wat aktiviti ala-ala cicakman, musang beterbangan, walaupun lumpur sanggup ku redah - (sori, ni nama program yg suka suki kNina bubuh sedirik..) jadi KBM nya berlangsunglah sebegini rupa yg handsome dan jelita,,, ngeeee..

Pesawat berdaftar KRJ 180709 memulakan penerbangannya...

8.00 am - KMKY dimulakan..celoteh kNina bergema dalam dewan sebab dia guna microphone, kalau xguna mic pun..sure gema jugak la..kata suara dari perut..hihii alu-aluan kepada 40 adik2 kasih dan 34 adik2 sayang. Sebaik sahaja adik2 berkumpul.. kNina meminta adik2 ni menyanyikan lagu sekolah mereka. Terkejut jugakla adik2 ni tengok kYatt, kMia n kAin boleh nyanyi lagu sekolah mereka.huhu..biarlah rahsia. Berikan tepukan gemuruh kepada orang JAUH... Abang Amin dan Abg Ammar..dari JOHOR..!!! berKMKY la adik2 ini dengan abang A-A yg sengal..hak hak hak (ni Abg BAi bg green light utk guna term sengal) Mana taknya, kesengalan mereka di tahap gaban yang nak jadi transformers..tapi akhirnya jadi Pepaya bergabung dengan Anas Tahir..huhuu (kok..!) Adeh, memang Abg A-A ni sengal..sampai kYatt yg jadi mangsa sengal tu kata "eh Mia, diorang ni manusia ker aper..?" hihihi Pepaya..pepaya...Anas Tahir..Anas Tahir..ish3 itulah yg berlaku apabila frekuensi dah sampai, maka agak riuh jugak la dewan dgn aksi Abg A-A tu..

9.30 am - awal lagi nak bagi rehat, so..kami teruskan dengan pembahagian group dan Army Yell.. gamat dewan dengan persembahan adik2 sayang AIR BATU GORENG, THE TRICKSTER, ZERO-ONE, SIKIT LAGI... juga xkurang hebat adik2 kasih BUNGA-BUNGA CINTA, JULIET, WHITE PEARL, STARLIGHT dengan aksi mereka yang berkonsepkan bangun tak diri, jatuh tak rebah..hak hak hak..aper pown, memang besh la korang!! Luar Biasa!!..org KL pown ader tangan la Abg A-A..hihi

10.45 am - Army Yell fasi..jangan jeles naaa.. kami wat Cleopatra Stratan (sha la la la la..jom nyanyi) dan Happy Chicky..(best3) happy chicky dlm group free-style menutup acara..

1.00 am - rehat jap, tekak dh haus banyak nyanyi..yell lagi..ketiak pun dah basah..(eeee..)

11.30 am- Inteam dan Akrab Persahabatan...kNina plak menyantuni..agak seram suam-suam kuku jugak la pada mulanya..namun demikian dgn barakah kalimah Astaghfirullah Al-'Azim yg di alunkan oleh adik2 kasih dan sayang..mampu menggetarkan hati sanubari minda dan jiwa (pegh..ayat xmahu kalah) airmata mula berjurai dan adakalanya airmata itu sederas sungai di Batang Kali yg mana Abg Bai sedang berada di sana bersama MISG (eh, apa kaitannya ni?) Alhamdulillah.. betapa jelasnya adik2 ini SAYANG dan KASIH kepada sahabat2 mereka..ungkapan Saya Minta Maaf dan Saya Sayang Awak dibisikkan di telinga begitu marabahaya yang mana barangkali getaran yang terhasil itu berskala melebihi 10 rechtre iaitu skala gegaran Tsunami di Acheh suatu ketika dahulu sehinggakan mampu memecahkan ego dalam diri masing2.

1.30pm - penutup sesi Inteam diserikan dengan alunan nasyid menyentuh qolbu.. Teman Sejati dan Gemuruh serta aksi-aksinya..!!! Oh yeah..!! ~ Rehat ~ ~Makan nasi (org Johor lain..diorang makan tengahari..mcmana agaknye ye tu? xpernah lagi org KL jumpa..sedap ke rasa tengahari tu?) ~Solat Zohor 4 rakaat secara...errr....yg ada sorang diri kat depan..pastu ramai2 kat blakang ikut tu..ape dah? haaa.. JAMAAH.. hihi

2.30pm - adik2 kasih dan sayang beraktiviti dgn pihak kem.. tiba2 adik2 kasih sayang ini BERTUKAR..!! bukan bertukar jadi Power Rangers, bukan Gransazers..bukan jugak Action Kame pujaan budak Shin Chan tuh.. tapi adik2 ni telah bertukar jadi Musang Beterbangan (Flying fox) juga berjaya jadi Cicakman (Wall Climbing) jugak ukhuwwah terjalin menyebabkan slogan mereka berbunyi.. "walau lumpur sanggup ku redah dan meniarap" (Obstacle)

9.00pm - dup dap dup dap.. adik2 ni dah penat, habes la MAM..boleh ker ni? tapi memang adik2 ni hebat! Pak Long menyerahkan kuasa microphone sekali lagi kepada kNina utk MAM 1.. Pak Long akan memantau dr luar.. (baca-bacaan puh sini puh sana ..ehem..ingat KBM Tynthon..? HP hilang? hihi) kNina bagi adik2 kasih sayang TIDOR selama 15 minit ditemani alunan lembut Zikir Asmaul Husna versi ESQ..lampu di padamkan.. Abg2 dan kaka2 berjaga..risau jugak kang ader yg ngigau..huhu

bangun..basuh muka..segarkan diri..zikir kembali Astaghfirullah Al-'Azim...

MAM 1 diteruskan..dgn keadaan adik2 yg keletihan..kNina pown rasa macam nak tukar jadi Super Saiya ke-8 dengan power ala-ala kame-kame haaa yg dah simpan setelah berlatih dalam bilik masa (maaf pakcik makcik..saper bacer Dragon Ball jer pahamm) Alhamdulillah wa syukru liLLah.. dengan berpaksikan Iman kepada Allah..pergantungan itu sepenuhnya pada Allah..MAM 1 berjaya disampaikan..kNina membawa adik2 renew Syahadatain.. dan credit to fasi dan Pak Long atas lakonan sebagai Imam yg kata-katanya menusuk hati .. terasa bagaikan benar apa yg berlaku..

Mcmana adik2..boleh teruskan lagi ker? OH YEAH..!! laungan adik2 membakar semangat kami..MAM 2 diteruskan dengan bacaan skrip oleh kYatt dan Abg Arul.. Laungan suara Abg Bob menggetarkan hati dan lutut yg mendengarnya..MAAA RABBUKA !! akhirnya, borang2 muhasabah di isi ...

Ya Allah, jangan Engkau menarik ni'mat hidayahMu ini setelah engkau berikan kepada kami..bantulah kami, jaga lah kami dari sebarang tindakan juga perbuatan yang bersalahan dengan landasanMU..jauhkan lah kami ya Allah dari segala fitnah dunia juga 'azab nerakaMU..

sesi lelapkan mata dalam kemanisan Iman..

9.00am - sedikit riadah ringan oleh Abg fasi yg bagi cabaran kepada peserta sayang buat Formasi Manusia membentuk nama sekolah SMKSP.. (teruja tengok SMKTP buat sebelum ni....credit to Team KBM Johor yg memperkenalkan mende yg bEST ni..! )


HIJRAH bersama kNina sekali lagi dibantu abg2 dan kakak2 fasi yg SAAANGAAAT bekerjasama dan membantu.. Slot bersama parents dikendalikan oleh Pak Long..cabaran KBM di luar kawasan sekolah, agak payah parents utk hadir..tapi berkali2 diingatkan sebagaimana sebelum ni, <> ibu dan ayah tak hadir bukan sebab tak sayang adik2..bukan sebab adik2 tak penting..tapi ada urusan di luar sana yg menghambat masa mereka..







Seramai 4 pasangan parents yg hadir dari jumlah 74 peserta KBM kali ni.. Bayangkanlah! suasana Pertemuan yg dibawa oleh kNina xdapat menahan sebak dan airmata.. sayu menyelubungi melihat adik2 yg berdiri di bahagian hadapan..ditenangkan oleh Abang2 dan kakak2 fasi juga guru2 yg hadir... dalam masa yang sama sempat juga kNina buat 'live call' untuk 2 org adik kasih ni. sedih sgt mereka. sayu betul masa tu.

Ya Allah ya Hannan ya Mannan..Kau limpahkanlah kasih dan sayangMu kepada anak2 kasih dan sayang ini bersama ibu dan ayah mereka.. tautkanlah hati-hati mereka dengan Iman dan Aqeedah yg salim kepada Mu..kurniakanlah merekan dengan kejayaan di dunia dan khirat..Ameen ya Rabbal 'Alameen..

KBM Sek. Men. Keb. Sungai Pusu ini diakhiri dengan ucapan dari Pen. Kanan HEM, Pn. Siti Aida Bt Joned serta perasmian penutup oleh YDP PIBG SMKSP, En. Mohd Asri Bin Md Nasir. Jutaan terima kasih diucapkan buat guru-guru yang sanggup bersama-sama kami sepanjang program terutama buat Pn.Zuraiza yang bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran program, barisan kaunselor, Pn. Syakirah, Pn. Haslinda dan Pn. Faridah, Pn. Raja Norazlina, Ustazah Normah serta guru-guru lain yang terlibat dalam menjayakan KBM SMKSP ini.

Terima kasih juga buat Saudara Mohd Azizat selaku Presiden SPEX (Sungai Pusu Ex-Student) dan Saudari Fatin selaku Setiausaha SPEX atas kesudian untuk turun padang bagi menyokong aktiviti-aktiviti sekolah.

Dan yang pastinya buat ABANG-ABANG dan KAKAK-KAKAK yang sangat luar biasa..!!

{ Abg Arul } { Abg Bob } { Abg Iwan } { Abg Naufal } { Abg Zakir }

{ Kak G-Ha} { Kak Arep } { Kak Wani } {Kak Ain } { Kak Yatt }

pelaptop yang setia { Kak Mia } juga video maker dan pemvideo...

Special thanx to { Abg Amin } { Abg Ammar } {Kak Nina}

Otai { Pak Long }



kMia: Thanks 2 kNina atas report yg sgt menarik dan unik ni..^_^

PESAWAT 180709: S.M AGAMA KUALA LUMPUR

Reported by : Hamra'
Bismillahirrahmaani rraheem
Bada'tu bi ismi jalla wa'ala

Segala syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, tuhan sekalian alam. Dengan rahmat dan kasih sayangNya, warga KBMKL sekali lagi diberi peluang untuk menyantuni anak - anak bangsa one malaysia. KBM kali ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur @ SMKAKL. Seperti biasa, sebagai persiapan awal, warga fasi telah selamat mendarat di airport SMAKL pada pukul 11:00 malam.

Keesokan harinya menyaksikan, para fasilitator bangkit dari tidur mereka dengan muka yang berseri - seri tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada program keindahan bersamamu. Tidak kurang juga para peserta. Kecergasan mereka terserlah apabila kehadiran mereka begitu tepat pada masanya. Dengan berpakaian seragam K.L.I.S berwarna merun, menunjukkan tahap disiplin mereka amat tinggi. Sempat juga kami menjejakkan kaki kami di dewan yang telah dinobatkan sebagai dewan yang terbersih di peringkat kebangsaan. Menarik!! Inilah antara keistimewaan SMAKL. Kehadiran mereka kami sambut dgn senyuman dan kata - kata manis. Tak sangka, ada yang sempat berjenaka dengan kami. Memang sporting!!

Jam 9.00 pagi majlis bermula dengan ucapan yang menarik dari pengetua SMAKL, Ustaz Sakijan dan YDP PIBG SMAKL. Penyerahan para peserta disempurnakan oleh YDP PIBG SMAKL. Peserta KBM kali ini sgt luarbiasa kerana para peserta hanya terdiri dari sayang sahaja, yang berjumlah 43 orang termasuk para 'pegawai sekolah. Penerbangan dimulakan dengan slot KMKY [ KNOWING ME KNOWING YOU ] menampilkan gandingan hebat P.Ngah dan Abg Nizam. 'Chemistry yang terhasil bak kacang melahirkan kulitnya. Sungguh luarbiasa!! Kebekuan sayang mudah sahaja dicairkan. Selepas minum pagi, slot ARMY YELL diteruskan. Kekreatifan adik - adik sayang menjadikan kami begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan program ini. Tidak dilupakan persembahan khas dari para pegawai tampak begitu semangat, tadap tadap tap tap tap. tatap ta tap tap. tepuk menepuk atas peha. Kami sangat berpuas hati dengan YELL ARMY yang ditunjukkan oleh adik - adik sayang. Tahniah kami ucapkan!!

Seusai makan tengah hari dan solat zohor, slot INTEAM @ Akrab Persahabatan diteruskan dibawah kendalian P.Ngah. Adik - adik sayang telah menunjukkan bahawa mereka sedia membantu dan dibantu di slot ini. Adegan - adegan menyeramkan mula mendapat restu dan serius. Peluk memeluk, cuit menyuit, berpegangan tgn, merasakan kehangatan tgn sahabat rapat yg berada di hadapan mereka. Minda mereka telah dibuka dan dibawa ke sebuah pengembaraan. Betapa indahnya persahabatan itu jika ia disalutkan dengan kasih dan sayang. Kerjasama yang mereka berikan sangat sangat luarbiasa. Syahdu mendengar perkongsian tulus dari adik - adik sayang buat sahabat - sahabat yang dikasihi.

Slot Badan Cergas Otak Cerdas diteruskan selepas solat asar berjamaah. Pelbagai game kami bermain bersama adik - adik sayang. Game zus-tang x pernah lapuk walaupun itulah game yang dilakukan tiap - tiap kali KBM. " Korang meeeeemang best!! "

Pada malam hari, slot MAM1 [ Meniti Angin Malam 1 ] diteruskan setelah solat isya' dilaksanakan dibawah kendalian Umi Ida yang dijemput khas. Mereka dibawa ke sebuah pengembaraan yang lebih jauh sehingga dapat merasai betapa nikmat dan indahnya mengenal Allah yg maha Pencipta, Rasullullah junjungan-Nya, dan ibu ayah kita. Seusai MAM1, slot MAM2 pula menyusul di bawah kendalian Abg Nizam dan P.Kay dan Tok Andak. Adik2 telah dibawa melalui satu pengembaraan yang lebih spiritual dan hebat. Alhamdulillah, kedua-dua slot ini berjaya memberi kesan pada diri kasih dan sayang.

Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, adik kasih dan sayang dibawa untuk slot hijrah yang dikendalikan oleh P.Ngah dan dalam waktu yang sama, slot bersama ibu-bapa dikendalikan oleh Tok Andak

Alhamdulillah, kehadiran yang amat menggalakkan dari ibubapa adik2 SMAKL kali ini . Ini jelas menunjukkan bahawa ibubapa mereka sangat komited dan sangat menyayangi anak - anak mereka. Syabas dan tahniah buat adik - adik sayang dan para ibubapa yg sudi berkongsi dalam sesi ini..


Majlis diakhiri dengan ucapan dari Pengetua SMAKL dan sedikit ucpan ringkas dari Abg Wan Am selaku Pengerusi Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur. Seperti biasa, setiap kali KBM, kami tidak pernah lupa akan kondisi dan nasib saudara-saudara seaqidah kita yang berada di Palestin. Dengan melancarkan tabung sumbangan Palestin. Moga Allah memberkati dan memberi balasan yang selayaknya atas kemurahan hati kalian, InsyaAllah..


Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru SMAKL atas kesudian mengundang kami warga KBMKL untuk bersama-sama berusaha menyantuni adik - adik sayang yang cukup istimewa ini. Tidak lupa juga kepada krew-krew kantin SMAKL atas hidangan yang sungguh istimewa dan sangat sedap! Dan yang paling utama, buat adik - adik sayang, kami sentiasa berdoa moga Allah memberi kekuatan dan menyuntik nikmat hidayah dan semangat dalam diri adik - adik SMAKL supaya sentiasa berusaha untuk menjadi remaja soleh wa musleh. Ameen.

Tak lupa juga ucapan untuk para fasilitator pesawat 180709 yang sanggup meluangkan masa di hujung minggu. Jazakumullah khairal jaza' atas kesudian antum semua. Moga ALLAH menerima segala usaha kita dalam menegakkan syariat ALLAH di bumi malaysia ini. Sekali lagi, jazakumullah khairal jaza'.

Barisan pengendali, pelaptop, videowomen+camerawomen, dan fasilitator yang terlibat :

| P.Ngah | Abg Nizam | P.Kay | Umi Ida | Tok Andak |

| K.Yong | K.Alang |
| ML |

| Abg.Kamal | Abg.Z | Abg.LuQ | Abg.Yasser | Abg.Abdullah |

Tuesday, July 7, 2009

PESAWAT 040709 : SMK CHERAS PERDANA (2)

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
In the Name of Allah, the Most Gracious and Merciful

Reported by : kYatt

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dgn limpah kurniaNya, kami warga KBMKL diberi peluang sekali lagi untuk mendarat di lapangan SMK Cheras Perdana buat kali kedua. Kami selamat tiba di SMKCP lebih kurang jam 11.30 pm pada hari jumaat malam. Selepas menjamu sedikit hidangan yang disediakan oleh pihak sekolah, sesi TOT (training of trainers) untuk para fasilitator pun dijalankan. TOT dikendalikan oleh kNina dan dimulakan sesi ta'aruf sesama fasi.

Keesokan paginya, inilah waktu yang sangat dinantikan, semua fasi kelihatan sangat bersemangat dan cergas untuk berprogram. Tidak kurang hebatnya juga dengan adik2 kasih dan sayang yang nampak sungguh teruja dan ceria. Kami barisan fasilitator menyambut adik2 dengan penuh senyuman dan harapan. Apa yang istimewanya KBM SMKCP kali ini, adik2 kasih dan sayang dibekalkan dengan tag nama dan dilekatkan di baju mereka. Mudah juga bagi kami untuk mengingat nama mereka. Menarik!~

Pada jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Puan Faezah, selaku guru penyelaras program dan penyerahan adik2 kasih dan sayang kepada pihak KBMKL. Penerbangan kali ini mmbawa seramai 80 orang penumpang pesawat. Program dimulakan dengan slot KMKY (Knowing Me Knowing You) yang menampilkan gandingan mantap Anjang Kila dan Abg Nizam yang berjaya menggamatkan suasana pagi tersebut. Selepas minum pagi, program diteruskan lagi dengan slot army yell. Nampaknya adik kasih dan sayang SMKCP kali ini memang begitu teruja dan sangat sporting serta dapat memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami. Syabas diucapkan!~

Slot INTEAM diteruskan seusai solat zohor berjemaah. Slot INTEAM dibawah kendalian Kak Nina, berjaya membuka minda adik2 kasih sayang tentang erti sebenar persahabatan. Hampir 80% dari mereka nampak benar2 menghayati dan memberi fokus yang baik dalam slot ini. Alhamdulillah, ramai adik kasih dan sayang yang tampil kehadapan untuk sesi perkongsian. Terharu rasanya mendengar perkongsian ikhlas dari mereka buat sahabat-sahabat tersayang.

Seusai solat asar, adik2 dibawa pula oleh fasilitator utk slot seterusnya iaitu Badan Cergas Otak Cerdas. Adik2 SMKCP kali ini mmg world la!~ semua sangat sporting dan best!~ :)

Selesai isya' berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot Meniti Angin Malam (MAM1) di mana adik2 di bawa mengembara bersama Pak andak untuk merasai betapa nikmat dan indahnya mengenal Allah yg maha Pencipta, Rasullullah junjugan-Nya, dan ibu ayah kita. Seusai MAM1, slot MAM2 pula menyusul di bawah kendalian Kak Ika, Kak Nina dan Abg Nizam. Adik2 telah dibawa melalui satu pengembaraan yang lebih spiritual dan hebat. Alhamdulillah, kedua-dua slot ini berjaya memberi kesan pada diri kasih dan sayang.

Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, adik kasih dan sayang dibawa untuk slot hijrah yang dikendalikan oleh Kak Nina dan dalam waktu yang sama, slot bersama ibubapa dikendalikan oleh Ummi Ida.

Alhamdulillah, kehadiran yang amat menggalakkan dari ibubapa adik2 SMKCP kali ini . Ini jelas menunjukkan bahawa ibubapa ini sangat komited dan menyokong anak2 mereka. Syabas dan tahniah buat adik2 kasih sayang dan para ibubapa yg sudi berkongsi dalam sesi ini.

Majlis diakhiri dengan ucapan dari Penolong kanan SMKCP dan sedikit ucpan ringkas dari YDP JIM Cheras. Seperti biasa, setiap kali KBM, kami tidak pernah lupa akan kondisi dan nasib saudara-saudara seaqidah kita yang berada di Palestin. Dengan melancarkan tabung sumbangan Palestin, Alhamdulillah berjaya mengutip jumlah kutipan yang agak tinggi iaitu sebanyak RM533.80. Moga Allah memberkati dan memberi balasan yang selayaknya atas kemurahan hati kalian, InsyaAllah..


Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru SMKCP atas kesudian mengundang kami warga KBMKL untuk bersama-sama berusaha menyantuni adik2 kasih dan sayang yang cukup istimewa ini. Tidak lupa juga kepada krew-krew kantin SMKCP atas hidangan yang sungguh istimewa (bubur durian) dan sangat sedap! Dan yang paling utama, buat adik2 kasih dan sayang, kami sentiasa berdoa moga Allah memberi kekuatan dan menyuntik nikmat hidayah dan semangat dalam diri adik2 SMKCP supaya sentiasa berusaha untuk mnjadi remaja yang soleh wa musleh.

Terima kasih daun keladi buat barisan pengendali dan fasilitator pesawat KBM 040709 atas kesudian meluangkan masa dan tenaga untuk program ini. Moga berjumpa lagi dalam pesawat-pesawat yang akan datang :)


Barisan pengendali dan fasilitator yang terlibat :

[kak Nina][Abg nizam][Anjang kila][Abg Bai]
{Pak Kay} {Pak Andak} {Ummi Ida}

[Kak Alang][Kak Ika][Kak Yatt][Kak Maya][Kak Gee][Kak Zura][Kak Ila]

[Man Laptop][Abg luqman][Abg Z][Abg Yasser][Abg Amir][Abg Hafizi][Abg Aki][Abg Farhan][Abg Rafiq]



p/s : Thanks kYatt utk report ni. Sorry xde gambar.. sapa yang ada, boleh emailkan kat kMia (mia_syadah@yahoo.com). TQ!



Thursday, July 2, 2009

SELAMAT MENEMPUH ALAM KAMPUS!


Barisan pengendali dan seluruh warga KBMKL mengucapkan Tahniah dan Syabas!! untuk semua Fasilitator juga Alumni KBMKL yang telah berjaya mendapat tempat di pusat pengajian tinggi tidak kira IPTA mahupun IPTS. Selamat menempuh alam kampus yang tentunya berbeza dengan alam persekolahan.

Pesanan kami buat adik-adik, belajarlah bersungguh-sungguh, dan dalam masa yang sama bijaklah dalam memilih sahabat. Pilihlah sahabat yang mampu membawa kita kearah kebaikan dan dapat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Walau dimanapun kita berada, Islam wajib kita junjung, sentiasalah berusaha untuk menjadi insan yg Soleh Wa Musleh, yang mampu memperbaiki diri dan mengajak orang lain ke arah kebaikan. Jangan dipersiakan peluang yang ada dihadapan adik-adik. Jadilah insan yang beruntung, yang cemerlang di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..


SELAMAT MENEKUNI ILMU DI MENARA GADING..

Semoga Allah memberkati usaha kalian dan moga sentiasa berada dalam rahmat dan redha-Nya.. Ameen..



MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!!