Wednesday, October 22, 2008

..:: KBM SRI Al-Amin KL ::..

With the name of Allah, the most gracious and most merciful...

Alhamdulillah, segala puji selayaknya bagi Allah SWT, kerana dengan izinNya team KBM KL telah berjaya menjalankan KBM di SRI Al-Amin, Keramat, KL pada 18-19 Oktober 2008 bersamaan 18 - 19 Syawal 1429H bagi murid-murid darjah 6. Untuk makluman, ini adalah julung-julung kalinya team KBM KL mengendalikan program KBM untuk pelajar sekolah rendah.

Seramai 69 orang telah menyertai KBM kali ini yang terdiri dari 39 orang adik-adik sayang dan 30 orang adik-adik kasih. Barisan pengendali kali ini terdiri dari Pak Long, Pak Ngah, Pak Kay, Ummi Ida, Kak Nina dan Kak Mia. Fasilitator yang turut membantu ialah Abang Zam, Abang Azim (Intisor), Abang Luqman, Abang Mat, Abang Arul, Kak Yong, Kak Chik, Kak Nurull, Kak Zarina, Kak Zainab, Kak Husna dan Kak Atul.

Slot KMKY telah dikendalikan oleh Kak Nina, manakala slot InTeam telah dikendalikan oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Nina. Di sebelah petang, slot riadah telah dikendalikan oleh Kak Yong untuk adik-adik kasih manakala untuk adik-adik sayang telah dikendalikan oleh Abang Azim. Di sebelah malam, slot MAM 1 menampilkan Ummi Ida sebagai pengendali manakala slot MAM 2 menampilkan gandingan Kak Yong dan Pak Kay.

Keesokkan harinya, slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang telah dikendalikan oleh Kak Nina manakala slot MKMS untuk ibubapa pula telah dikendalikan oleh Ummi Ida. Slot pertemuan telah dikendalikan oleh Kak Nina. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan. Respon dan komen yang diterima juga amat memberansangkan. Majlis diakhiri dengan ucapan dari Guru Besar SRIAAKL dan sesi bersalaman. Pihak sekolah juga telah mengadakan jamuan Hari Raya untuk semua.

Sekitar KBM SRIAAKL;


Tekun adik-adik kasih mendengar...



Barisan pramugara dan pramugari...



Jom kawan-kaman!!!



Sayang, sayang... Ye Kak Nina!!!



Sharing dari adik kasih



Fasilitator sedang mengagihkan makanan kepada adik-adik...



Maafkan ana sahabat...



Saya sayang awak...



Ibu ayah sedang menulis warkah buat anakanda tercinta



Slot pertemuan...



Pn. Noorkumalasari dan suami antara ibu bapa yang hadir... (Pn. Nor berjubah serba hitam manakala suami serba putih)



Jutaan terima kasih dari team KBM KL buat semua yang turut membantu menjayakan program kali ini. Tidak lupa juga terima kasih di atas doa yang tidak putus-putus dari semua hingga KBM kali ini telah berjaya dijalankan.

Sekian untuk laporan kali ini. Bertemu di KBM PPD Banting pada minggu ini; 25-26 Oktober di Kem Bina Taqwa, Dengkil. Nantikan laporan seterusnya dari Kak Mia. Ilal liqa'


Kak Yong: syukran jazilan pada pihak sekolah atas jamuan Hari Raya tenpohari, memang best especially sate tu...buat adik-adik kasih dan sayang, gembira sangat dapat bertemu antum!

0 comments: