Pengarah : [Pak Kay]
Pengendali : [Abang Bai][Ummi Ida]
Pramugara & Pramugari:
[Abg Sulaim][Abg Haikal][Abg Amin][Abg Din][Abg Mirul]
[Abg Dayat][Abg Zaid][Abg Fathil][Abg Zol][Abg Amir]
[Kak Ika][Kak Roy][Kak Aisyah][Kak Nabila][Kak Sodd]
[Kak Ijah][Kak Abid][Kanda Hanum][Kak Ijan]
Video : [Kak Yong][Abg Amin]
Video Editing : [Kak Yong]
Laptop : [ML][Abg Muadz]
Peserta : [188 orang]Alhamdulillah team KBMKL dapat terus melebarkan sayap dakwahnya dan kali ini pada 5 hingga 6 Jun 2010 bertempat di Masjid TMZA atau lebih dikenali Masjid Besi yang terletak di Presint 3 Putrajaya. Kali ini melibatkan seramai 188 adik-adik kasih dan sayang yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pagi itu adik-adik kasih dan sayang disambut mesra oleh para fasilitator merangkap pramugara dan pramugari pesawat KRJ 050610. Alhamdulillah setelah dewan dipenuhi dengan adik-adik kasih dan sayang, kelihatan wajah-wajah ceria dari adik kasih dan sayang tak lupa juga senyuman dari fasilitator, guru-guru, imam masjid yang seiring dengan nasyid yang dimainkan "SENYUM" dari kumpulan Raihan. (^_^)
Pesawat KRJ 050610 berlepas pada pagi itu seperti biasa mengikut jadual pesawat KRJ-KRJ yang lain iaitu tepat pada pukul 9.00 pagi.Adik-adik kasih dan sayang bersama-sama dengan Abang Bai dalam slot Knowing Me Knowing You, pramugara pramugari sudah bersedia dihadapan untuk sesi ta'aruf bersama adik-adik. Pernah lihat pramugari bertudung? Haaaa inilah uniknya pesawat KRJ ini yang membezakan dengan pesawat-pesawat yang ada.
Ketika ARMY YELL, sungguh tidak disangka adik-adik ini hebat-hebat belaka, pelbagai nama kita dapat lihat dan dengar ketika itu. Tak cuak, tak takut, tak gentar, sikit pun tak cuak... itulah antara army yell yang dilakukan oleh adik sayang. Tapi kali ini army yell lain dari yang lain, ya luar biasa, kerana kami bawakan seorang pengkritik. Tetapi cumalah sekadar untuk menghiburkan hati.
Selesai slot, adik-adik kasih dan sayang mengisi perut dan sekaligus membuat persiapan diri untu persembahkan kepada Allah Yang Maha Agung. Seusainya solat zohor,adik-adik kasih dan sayang meneruskan slot In Team dan sekali lagi adik-adik bersama dengan Abang Bai.Ya,sekeras-keras hati mukmin pasti menangis. Ramai adik-adik yang mengalirkan airmata,subhanallah benar mereka amat menyayangi sahabat-sahabat mereka.Keberanian dan kejujuran adik-adik kasih dan sayang terserlah apabila adik-adik kasih dan sayang tidak rasa segan dan silu untuk meminta maaf secara terbuka. Slot itu berakhir dengan nyanyian nasyid beramai-ramai "TEMAN SEJATI" yang dipopularkan oleh kumpulan Brothers.
Dan seusainya solat Asar, adik-adik sayang telah bersama dengan abang-abang fasi diluar dewan untuk sesi riadhah manakala adik-adik kasih telah bersama akak-akak fasi di dalam dewan. Seusainya solat Maghrib, adik-adik telah dibawa jauh mengembara bersama dengan Ummi Ida di dalam Slot Meniti Angin Malam 1. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Tamat slot MAM 1, adik-adik menunaikan solat isya' dan seterusnya menyambung kembali slot Meniti Angin Malam 2. Slot MAM 2 melibatkan semua para fasilitator dan pengendali.
Keesokkan harinya, adik-adik kasih dan sayang dibawa berhijrah oleh Abang Din, pelbagai perubahan yang hendak dilakukan oleh adik-adik kasih dan sayang, alhamdulillah. Sementara itu ibu bapa adik-adik kasih dan sayang pula telah bersama dengan Ummi Ida dalam slot Menyemai Kasih Menuai Sayang di dewan yang berasingan. Ketika slot HIJRAH adik-adik kasih dan sayang ditekankan dengan Nasib Palestin, saudara seislam kita, maka pelbagai lagu JIHAD dimainkan sambil adik-adik kasih dan sayang menghayunkan tangan mengikut rentak lagu Bingkai Kehidupan, Palestina Tercinta, Gelombang Keadilan, dll.Selepas itu, adik-adik tibalah ke slot "Lafaz Tersimpan" dan kad-kad diedarkan kepada adik-adik kasih dan sayang buat mereka melafazkan lafaz-lafaz yang selama ini tersimpan jauh disudut hati kecil mereka terhadap ibu bapa mereka, yang telah melahirkan, menjaga, mengajar dan sebagainya.
Lafaz yang tersimpan...Kira-kira jam 11.40 pagi,adik-adik kasih dan sayang telah dibawa untuk bertemu dengan ibu bapa mereka didalam slot PERTEMUAN. Sekali lagi airmata adik-adik kasih dan sayan bercucuran ke pipi apabila melihat wajah-wajah ibunda dan ayahanda tercinta yang saban hari membanting tulang demi membesarkan mereka. Alhamdulillah slot tamat kira-kira pukul 1.30 petang.
Mak, ayah... saya sayang mak dan ayahSebahagian ibu bapa yang hadirTerima kasih buat semua AJK dan pihak pengurusan masjid kerana memberi kepercayaan kepada kami buat menyantuni adik-adik kasih dan sayang, thank you buat guru-guru yang turut hadir memberi sokongan, syukran buat semua fasilitator kerana sudi meluangkan tenaga dan masa untuk menjayakan KBM kali ini.Pastinya KBM ini tidak berjaya dengan kehadiran kalian. Dan khususnya buat adik-adik kasih dan sayang, arigatou kerana sentiasa memberi komitmen setiap slot yang dijalankan. Diharapkan agar ilmu yang kita dapat di sini dapat kita simpan atau mungkin boleh kita kongsi kepada sahabat-sahabat kita yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama kita. Serta lidah ini tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana pastinya jika tidak atas pertolonganMu Ya Allah pasti ianya tidak berjaya. TERIMA KASIH ALLAH!!!
Diharap agar adik-adik kasih dan sayang terus menerus untuk menjadi
remaja soleh wa musleh
dan
menyerlah jauh dari yang biasa!
InsyaAllah! (^_^)Disediakan oleh:
Kak IkaDiedit dan dipos oleh: Kak Yong
Berita KBM Masjid TMZA di website
JAKIM
0 comments:
Post a Comment