Saturday, June 19, 2010

KBM SMK Darul Ehsan, Selayang


Dimulakan bicara bisu ini dengan lafaz suci Bismillahirrahmanir rahim...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, sekali lagi KBMKL dapat melangkah meneruskan misi da'wah yang benar-benar istimewa dan kali ini dgn jayanya telah berjaya menerbangkan pesawat KRJ050610 dari lapangan terbang Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang. Penerbangan kali ini melibatkan 27 orang adik kasih & 26 orang adik sayang.

Pesawat KRJ 081108 telah memulakan perjalanannya sekitar jam 10pg lantaran hujan lebat pada paginya tetapi seperti biasa, pastinya diiringi dengan lagu SENYUM . Program dimulakan dengan ucapan ringkas dan penyerahan adik-adik peserta oleh Puan Penolong Kanan HEM. Slot KMKY dikendalikan dengan jayanya oleh Abg Chef Wan & Abg Yasser yang sentiasa menyerlah jauh dari yang biasa. Kerjasama dan respon dari adik-adik kasih dan sayang juga sangat-sangat luar biasa. Bila tiba saat untuk ARMY YELL, ke‘kreatif’an mereka terserlah! Lahirlah kumpulan Akalolo, Wakakalu, Al-Jannah, Must Gorgeous, 3K (Kelip2 Kasih) dan Cahaya Kasih. Macam-macam gelagat dan aksi mereka, semuanya mencuba sedaya upaya menunjukkan kekreatifan masing2. Dan yang paling seronok sewaktu sesi perkongsian, ramai di kalangan adik-adik kasih dan sayang yang tampil berkongsi tentang apa yang mereka rasakan sedari awal hingga selesai slot KMKY.

Usai solat Zuhur berjemaah dan makan nasi beserta lauk di sebelah tengahari, penerbangan diteruskan lagi dengan slot InTeam yang juga turut dikendalikan oleh Pak Ngah. Sesi sharing juga meneruskan tradisinya, mendapat sambutan yg luarbiasa dari adik-adik kasih & sayang. Selaepas berjemaah menunaikan solat Asar adik-adik bersemangat meneruskan aktiviti riadhah. Adik-adik sayang bersama abang-abang fasilitator dan adik-adik sayang bersama Kak Aishah dan kakak-kakak fasilitator.

Selesai solat Maghrib, adik-adik kasih dan sayang diberi sedikit taklimat oleh Abg Wan. Kemudian adik-adik kasih & sayang dipersembahkan dengan tayangan 3 video pasar malam. Dan selepas itu kami sama-sama berDemi Matahari. Selepas solat Isyak berjemaah, penerbangan diteruskan dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Pak Andak serta dibantu oleh fasilitator. Slot MAM 2 menyusul sejurus selepas selesai slot MAM 1 dan berjaya melabuhkan tirainya sekitar jam 2 pagi.

Keesokkan harinya, penerbangan diteruskan dengan slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang manakala slot MKMS untuk ibu bapa yang hadir. Slot Hijrah dikendalikan oleh Abg Wan & Abg Yasser manakala slot MKMS dikendalikan oleh Pak Andak. Kehadiran ibu bapa agak memberangsangkan. Pada jam 11.45pagi, slot pertemuan dikendalikan oleh Pak Ngah di dewan sekolah.. Sewaktu sesi sharing, ramai adik-adik kasih dan sayang yang tampil ke hadapan. Ibu bapa juga tidak ketinggalan berkongsi perasaan dengan semua yang berada di dalam dewan. Majlis penutup disempurnakan Penolong Kanan HEM.

Knowing Me Knowing You – Abg Chef Wan & Abg Yaseer
INTEAM - Pak Ngah
Riadah - Kakak dan Abang Fasi
Meniti Angin Malam – Pak Andak & fasilitator
Hijrah – Abg Chef Wan & Abg Yasser
Menyemai Kasih Menuai Sayang - Pak Andak
Pertemuan – Pak Ngah

Laptop : Kak Ngah
Video : Abg Duke, Kak Mia
Fasilitator :

~Abg Long|Abg Duke|Abg Atiff|Abg Zack|Abg Baim|Abg Aiman~

~Kak Zati|Kak Diana|Kak Ass|Kak Atikah|Kak Aishah~


Jazakumullah khairan kathira pada semua yang terlibat, terutama buat fasilitator yang banyak membantu serta buat, penolong kanan HEM, Ustazah Lailatul Akma dan guru-guru yang sanggup turun padang bersama-sama kami. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Amin!

Jumlah Kutipan Tabung Palestin : RM 129


0 comments: