Friday, October 17, 2008

KBM SMK Bandar Baru Bangi

Bismillahirrahmanirraheem..

Pada hari selasa dan rabu yang lepas, bersamaan dengan 14 dan 15 Oktober 2008, team KBM KL telah kembali meneruskan langkahnya setelah bercuti hampir sebulan sempena meraikan Ramadhan yang tiba. Kali ni perserta adalah pelajar-pelajar tingkatan 4 dari SMK Bandar Baru Bangi. KBM diadakan di Masjid Al-Hasanah, B.B.B.

Uniknya KBM kali ni, para pengendali dan fasi yg hadir adalah paling sedikit berbanding KBM sebelum-sebelum ini memandangkan ianya diadakan pada hari bekerja. Antara fasi dan pengendali yg terlibat sepenuh masa ialah Abg Bai, Ummi ida, Kak Mia, Abg Ibrahim, Abg Ali, Abg dhany, Abg Najmi, Abg Ammar, Kak Zainab Husna dan Kak Aida. Serta dibantu oleh beberapa orang fasi dan pengendali lain yg telah datang membantu pada waktu-waktu kritikal iaitu Kak Teh, Kak Nina, Pak Kay, Pak Long, Abg Zam dan Abg2 Intisar. JZKK buat semua yg membantu dan mendoakan kejayaan KBM SMKBBB.

Slot KMKY, INTEAM, HIJRAH dan PERTEMUAN telah dikendalikan oleh Abg bai manakala slot MAM 1 dan MKMS oleh Ummi Ida dan MAM 2 pula dikendalikan oleh kak Nina dan Abg Zam. Sesi riadah untuk adik-adik kasih bersama dengan Kak Mia dan Kak Zainab manakala adik-adik sayang bersama Abg Dhany.

Alhamdulillah, kehadiran ibubapa amat menggalakkan pada slot MKMS walaupun pada awalnya pihak sekolah menjangkakan hanya sebahagian kecil sahaja ibubapa yang dapat hadir.

Kami bagi pihak team KBMKL mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak sekolah yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan program berjalan dengan lancar serta mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KBM SMKBBB ini. Moga Allah membalasnya setimpal dengan pengorbanan yang telah anda curahkan.

Fasi bersama adik-adik sayang

Fasi bersama adik-adik kasih

Macam2 fasi..

Gelagat fasi yg entah hape-hape.. ^_^


ok, sekian dulu..
Doakan kami utk KBM seterusnya esok dan lusa..
nantikan report SRI Al-Amin KL oleh kYong..hehe.


Yang agak lambat membuat report --> Kak Mia <--- (^_^")

0 comments: