Tuesday, September 30, 2008

Eid Mubarak!

Salam Aidilfitri buat semua...


Fasi-fasi KBM KL:


Akak2 n abg IIC
Abg2 Intisar
Abg2 JAD
Akak2 UKMKL
Fasi2 USIM
Fasi2 UNISEL
Fasi2 Mesir dan Indonesia
Fasi2 Selangor
Fasi Pahang
Fasi ex-Jaiputra
Serta lain-lain lokaliti dan individu yang pernah menyumbangkan tenaga utk menjayakan KBM di KL


serta teristimewa buat..


Adik-adik kasih dan sayang alumni KBM KL

SMT Setapak
SMI Al-Amin Gombak
SMK Meru
SMK Cheras Jaya
SMK Maxwell
IIC
SMK Bukit Sentosa
Dun Hulu Klang
Tmn. Medan
Sek. Islam ADNI
Pewaris JIM
SMK Seri Mutiara
SMK Bandar Banting

Serta buat seluruh warga kerja KBM Semalaysia


Moga terus MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!


إن أريد إلا الإصلاح ما استطعت و ما توفيقي إلا بالله عليه توكلت و إليه أنيب

"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali". (Surah Hud: 88 )

========================================

Daripada Pengendali TEAM KBM KL

==> Pak Long, Pak Ngah, Pak Andak, Pak Kay, Abg Bai <==

==> Ummi ida, Mak Andak <==

==> Kak Sodd, Kak Teh, Kak Nina dan Kak Mia <==

Friday, September 5, 2008

" 3R "

REMAJA RAIKAN RAMADHAN (3R)
1429H - 2008

Tarikh: 13–14 September 2008

Masa: 8.30 pagi 13 September

hingga

1.00 tengahari 14 September

Tempat: Masjid As-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur

Terbuka untuk remaja 12 - 17 tahun, lelaki dan perempuan.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran "ONLINE" :

--> DISINI <--

Tarikh tutup penyertaan:

11 September 2008

Cepat adik-adik!!

jangan lepaskan peluang keemasan ini..


Anjuran Bersama

JIM Kuala Lumpur , Masjid As-Syakirin KLCC dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY)

dan disokong oleh

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI). Dilaksanakan bersama JIM Daerah Batu, JIM Daerah Cheras dan JIM Daerah Titiwangsa

Wednesday, September 3, 2008

..:: Peluang 'Naik Pangkat' di Bulan Ramadhan ::..

Kemuncak bulan 'mega' tiba lagi. Allah telah panjangkan umur kita untuk merebut peluang menggilap rohani di bulan-bulan Rejab, Syaaban dan kini Ramadan. Melangkah masuk ke bulan penuh keberkatan ini, bermulalah pengembaraan rohani kita menyusuri rahmat dan keampunan Allah. Yang kita kejar bukan nama, pangkat, kesihatan dan kemuliaan di dunia atau di sisi manusia, tapi pangkat besar dari Allah iaitu darjat takwa.

Allah berfirman, maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)

Ini darjat dan pangkat yang ingin kita cari dalam kehidupan ini. Kembara kehidupan yang sebenarnya. Kembara hati dan keyakinan kita menuju takwa Hati yang hidup bersama turun naiknya nafas kita itu tidak akan benar-benar tenang dan tenteram selagi tidak menemui jalan untuk berbuat taat dan mengagungkan Allah.

Ramadan adalah saat terbaik untuk mengembalikan hati kepada fitrahnya. Penghulu segala bulan ini membawa bersamanya rahmat dan keberkatan yang sangat banyak dan melimpah-ruah dari Allah.

Inilah masa terbaik untuk meningkatkan amalan-amalan takwa dan mendidik serta membersihkan hati dari sifat-sifat yang bertentangan dengan fitrahnya. Peluang untuk ini terbuka luas di sepanjang bulan Ramadan.

Kalau sebelum ini, fitrah yang Allah kurnia sejak dari alam roh lagi sudah tercemar dengan pelbagai perlakuan maksiat dan dosa kerana menurut dorongan jahat nafsu dan syaitan, Ramadan kini tiba untuk kita membersihkan segalanya.

Bertemu dengan kemuliaan bulan ini dalam keadaan hati dekat dengan Allah dan diri disibukkan dengan ibadah seolah-olah mendapat 'jalan pintas' untuk meningkatkan kualiti diri kita di depan Allah. Tetapi peluang untuk mendapat 'jalan pintas' itu pun hanya akan Allah mudahkan untuk orang yang sungguh-sungguh menempuh jalan penuh berliku di sepanjang bulan ini dan persediaan sebelumnya.

Kalau diri tidak dilatih dan hati tidak dipimpin untuk menghayati kebesaran hari-hari sepanjang Ramadan dengan melakukan solat, baca Quran, wirid dan zikir dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan, manakan dapat kenaikan pangkat atau 'promotion' dari Allah hanya dalam sekelip mata. Pangkat dari manusia pun tidak diperolehi dengan sebegitu mudah.

Dr. 'Aid al-Qarni berkata, terdapat dua faktor dalam meraih ketakwaan:

Pertama, merasakan pengawasan daripada Allah Zat yang Maha Esa lagi Maha Tunggal.

Kedua, melaksanakan ibadah-ibadah dan segala bentuk ketaatan dengan penuh keikhlasan, keimanan dan bersungguh-sungguh, bukan dipaksakan atau ikut-ikutan.

Liku-liku untuk dapat kenaikan pangkat dari Allah mesti dilalui berserta pengorbanan dan harus menempuh ujian demi ujian. Bukan dengan jalan bersedap-sedap dan bermudah-mudah.

Ramadan adalah bulan perjuangan!

Salam Ramadan Kareem



Disediakan oleh: Pak Kay
Di'post'
oleh : Kak Yong

Tuesday, September 2, 2008

..:: Happy Birthday! ::..

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics



Team KBM Kuala Lumpur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada anak otai KBM seluruh Malaysia, Amin Mokri (Ibnu Pak Lang) yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 20 pada tanggal 11 September 2008 ini dan kepada sifu team KBM KL, Abang Bai yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 23 pada tanggal 30 September 2008 ini.Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikekalkan nikmat iman dan Islam dan doa kami agar antum diberi kekuatan untuk terus memperjuangkan Islam hingga ke helaan nafas yang terakhir. Amiinn...Salam kasih salam sayang dari warga KBM KL

Kak Yong: ni baru betul-betul hari jadi Abang Bai... =)

Monday, September 1, 2008

KBM SMK Bandar Banting

Salam'alayk..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izinNya team KBM KL telah berjaya melaksanakan 2 KBM serentak pada Sabtu dan Ahad lepas (30 & 31 Ogos 2008) iaitu di SMK Bandar Baru Banting dan KBM SMK Seri Mutiara di Taman Taynton View, Cheras.

Kehadiran di Banting adalah seramai 143 orang dengan 56 orang adik sayang dan 87 adik kasih. Jumlah fasi pula adalah seramai 28 termasuk pengendali yang telah bersama-sama membawa pesawat kita kali ini. Antara pengendali yang terlibat adalah Pak Kay, Pak Andak, Abg Ngah (Fairuz), Ummi Ida, Mak Andak, Kak Mia dan Anjang Kila. Barisan fasilitator pula antaranya Abg Nizam, Abg Yasser, Abg Lukman, Abg Haris, Abg Anas, Abg Eming, Abg Ubadah, Abg Ibrahim, Abg Farid, Abg Amirul dan beberapa orang lagi sahabat2 dari Selangor yang ana tak ingat namanya. Manakala akak-akak fasi pula terdiri daripada Kak Nurull, Kak DT, Kak Sal, Kak Fatimah (uitm), Kak Raja Zu, Kak Fatimah (anak pak andak), dan Kak Zainab Husna.

~Adik-adik kasih SMK Bandar Banting~

Selepas penyerahan, KBM dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku. Slot KMKY telah dikendalikan oleh Kak Anjang Kila bersama-sama dengan Pak Fai (Abang Ngah) dengan baik, Nyanyian lagu Jalur Gemilang juga telah dinyayikan bersama-sama sebagai menyemarakkan sambutan kemerdekaan kita yang jatuh keesokan hari. Selepas tengahari, slot Inteam di kendalikan oleh Abang Ngah. Pada sebelah malam slot MAM1 dimulakan dengan suatu kejutan buat 5 orang adik-adik yang terpilih dan diikuti oleh animasi Demi Matahari. Slot MAM2 pula dikendalikan oleh Kak Mia dan Pak Kay.

~Adik-adik sayang sedang khusyuk berdoa~

Esoknya, Slot Hijrah dikendalikan oleh Abang Ngah dan Anjang Kila, manakala slot MKMS telah dikendalikan oleh Ummi Ida, Jam 11.15 pertemuan telah dibawa oleh Abang Ngah. Majlis penutup telah dimulakan dengan ucapan oleh YDP PIBG (beliau mencadangkan supaya KBM diadakan setiap tahun, juga mencadangkan supaya diadakan KBM untuk guru-guru). Diikuti oleh ucapan oleh YDP JIM Kuala Langat. Majlis penutup telah disempurnkan oleh Penolong Kanan SMK Bandar Banting.

~Slot Pertemuan~

~Adik-adik sayang ditenangkan oleh guru-guru dan YDP PIBG~

Jzkk kepada Abang Ngah yang telah membantu kami di saat ada 2 KBM serentak di samping beberapa orang pengendali yang tidak dapat membantu kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan. Terima kasih yang tak terhingga juga buat JIM Kuala Langat dan orang-orang kuat disebalik KBM kali ni termasuk guru-guru yang bertugas disepanjang program. Moga Allah sahaja yang membalas budi baik antum semua. Kami juga mendoakan kejayaan adik-adik kasih dan sayang dalam SPM yang akan datang tidak lama lagi. Moga berjaya dunia dan akhirat. Amin..

~Penyampaian cenderahati drpd pihak sekolah kpd YDP JIM Kuala Langat~

~Tugu peringatan SMK Bandar Banting..hehe~

~Barisan pengendali dan fasi akhwat~

~Credit to Akh Yusri n Ukhti Fatimah(uitm) 4 d best picture~


Disediakan oleh: PAK KAY
Dicopy dan diedit oleh: KAK MIA

===============================================

Kak Mia: Balik tu kami dpt dua bungkus besar kerepek raye..huhu.Best! Alhamdulillah, syukran buat JIM Kuala Langat..