Showing posts with label Tazkirah Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Perutusan Ramadhan 1430H

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum Warahmatullah & Salam Sejahtera.

Kepada ahli keluarga besar KBM KL yang dirahmati Allah SWT


Beberapa hari lagi bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430H akan tiba, dan kita sebagai umat Islam akan melaksanakan satu lagi rukun Islam yang ketiga iaitu perintah melakukan ibadah puasa. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat yang menawarkan ganjaran pahala berganda kepada sesiapa sahaja yang menjalani ibadah puasa pada siang hari dan beribadah kyusuk pada malamnya semata mata kerana Allah SWT. Antara amalan mulia yang perlu ditingkatkan ialah memperbanyakkan amalan solat sunat, membaca Al Quran, bersedekah, yakni membelanjakan harta yang kita sayangi bagi membantu gulungan dhoif dan miskin terutama memberi sedekah/menaja makan minum kepada gulungan yang berbuka puasa.

Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui ini mampu mertarbiyahkan hati dan diri kita dalam menggapai redha dan maghfirah Allah SWT.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berazam dan berusaha untuk menjadikan Ramadhan 1430 ini sebagai madrasah yang benar-benar kita hayati bersama dalam memastikan peningkatan nilai syakhsiah diri berbanding bulan Ramadhan yang lalu. Semoga Ramadhan kali ini, kita jadikan sebagai tebusan kepada bulan Ramadhan lalu yang mungkin telah berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengertian mahupun perubahan yang terhasil di dalam diri masing-masing.

”Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1430” dari saf kepimpinan KBM KL.

Sekian. Semoga Allah memanjangkan hayat kita untuk bertemu Ramadhan Al Mubarak kali ini.



PAKLONG HASSAN

(Pengarah KRJ MOTIVASI)


Sunday, August 16, 2009

Semarak Ramadhan..




Wednesday, September 3, 2008

..:: Peluang 'Naik Pangkat' di Bulan Ramadhan ::..

Kemuncak bulan 'mega' tiba lagi. Allah telah panjangkan umur kita untuk merebut peluang menggilap rohani di bulan-bulan Rejab, Syaaban dan kini Ramadan. Melangkah masuk ke bulan penuh keberkatan ini, bermulalah pengembaraan rohani kita menyusuri rahmat dan keampunan Allah. Yang kita kejar bukan nama, pangkat, kesihatan dan kemuliaan di dunia atau di sisi manusia, tapi pangkat besar dari Allah iaitu darjat takwa.

Allah berfirman, maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)

Ini darjat dan pangkat yang ingin kita cari dalam kehidupan ini. Kembara kehidupan yang sebenarnya. Kembara hati dan keyakinan kita menuju takwa Hati yang hidup bersama turun naiknya nafas kita itu tidak akan benar-benar tenang dan tenteram selagi tidak menemui jalan untuk berbuat taat dan mengagungkan Allah.

Ramadan adalah saat terbaik untuk mengembalikan hati kepada fitrahnya. Penghulu segala bulan ini membawa bersamanya rahmat dan keberkatan yang sangat banyak dan melimpah-ruah dari Allah.

Inilah masa terbaik untuk meningkatkan amalan-amalan takwa dan mendidik serta membersihkan hati dari sifat-sifat yang bertentangan dengan fitrahnya. Peluang untuk ini terbuka luas di sepanjang bulan Ramadan.

Kalau sebelum ini, fitrah yang Allah kurnia sejak dari alam roh lagi sudah tercemar dengan pelbagai perlakuan maksiat dan dosa kerana menurut dorongan jahat nafsu dan syaitan, Ramadan kini tiba untuk kita membersihkan segalanya.

Bertemu dengan kemuliaan bulan ini dalam keadaan hati dekat dengan Allah dan diri disibukkan dengan ibadah seolah-olah mendapat 'jalan pintas' untuk meningkatkan kualiti diri kita di depan Allah. Tetapi peluang untuk mendapat 'jalan pintas' itu pun hanya akan Allah mudahkan untuk orang yang sungguh-sungguh menempuh jalan penuh berliku di sepanjang bulan ini dan persediaan sebelumnya.

Kalau diri tidak dilatih dan hati tidak dipimpin untuk menghayati kebesaran hari-hari sepanjang Ramadan dengan melakukan solat, baca Quran, wirid dan zikir dengan penuh kesungguhan serta keikhlasan, manakan dapat kenaikan pangkat atau 'promotion' dari Allah hanya dalam sekelip mata. Pangkat dari manusia pun tidak diperolehi dengan sebegitu mudah.

Dr. 'Aid al-Qarni berkata, terdapat dua faktor dalam meraih ketakwaan:

Pertama, merasakan pengawasan daripada Allah Zat yang Maha Esa lagi Maha Tunggal.

Kedua, melaksanakan ibadah-ibadah dan segala bentuk ketaatan dengan penuh keikhlasan, keimanan dan bersungguh-sungguh, bukan dipaksakan atau ikut-ikutan.

Liku-liku untuk dapat kenaikan pangkat dari Allah mesti dilalui berserta pengorbanan dan harus menempuh ujian demi ujian. Bukan dengan jalan bersedap-sedap dan bermudah-mudah.

Ramadan adalah bulan perjuangan!

Salam Ramadan Kareem



Disediakan oleh: Pak Kay
Di'post'
oleh : Kak Yong