Friday, June 10, 2011

KBM Kolej Tinggi Kemahiran MARA

بسم الله الرحمن الرحيم .....

السلام عليكم ورحمة الله .....

PETALING JAYA - Dengan nama Allah dan segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T diatas limpah kurniaNya, pada tarikh 21 hingga 22 Mei 2011 yang lalu, sekali lagi program Keindahan Bersama Mu telah berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi Mara buat kali yang kedua.

Pada pagi yang indah itu, adik-adik dari KKTM ini telah disambut kedatangan mereka dengan lemparan senyuman oleh barisan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Bertempat di dewan, suasana pada pagi itu sungguh ceria dan amat indah dengan tawa riang dan gelak ketawa adik-adik ini. Keistimewaan KBM pada kali ini adalah dimana ianya dihadiri oleh seorang peserta Non-Muslim atau bukan Islam iaitu seorang Katolik Kristian, dan kedatangannya amatlah dialu-alukan dan diterima dengan hati yang terbuka oleh barisan pengendali dan fasilitator.

Program pagi itu dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan slot Knowing Me Knowing You yang dikendalikan oleh Abang Baim yang berpasangan bersama Abang Din. Ternyata aktiviti 3S yang dijalankan pada pagi itu secara tidak langsung mengeratkan lagi perhubungan diantara adik-adik ini juga bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Aktiviti yang seterusnya adalah Army Yell yang juga tidak kurang hebatnya kerana adik-adik ini amat kreatif dan berkeyakinan dalam merekayasakan sorakan mereka.

Seusai menunaikan solat Zohor dan makan tengahari, program diteruskan dengan slot Nikmat Oh Nikmat. Alhamdulillah slot ini ternyata memberikan kesan yang mendalam kepada mereka bahawa bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T dan segala pemberiannya, sangat menyentuh hati apatah lagi apabila slot ini telah dikendalikan oleh Kak Nina. Ada diantara adik-adik ini yang menangis sewaktu Kak Nina memberikan pengajaran tentang slot itu.

Pada petangnya, setelah menunaikan solat Asar, adik-adik ini beriadah bersama abang-abang dan kakak fasilitator dimana adik-adik lelaki bermain futsal bersama abang-abang fasilitator di padang berhampiran manakala adik-adik perempuan beraktiviti bersama-sama barisan kakak-kakak fasilitator didalam dewan. Kemudaian adik-adik ini diberi peluang untuk khidmat diri, makan malam dan menunaikan solat Maghrib.

Selepas itu, program diteruskan lagi dengan slot yang berikutnya iaitu Meniti Angin Malam 1 yang dikendalikan oleh Kak Nina. Ternyata sekali lagi slot ini telah menyentuh hati dan perasaan adik-adik ini dimana mereka dibawa berlayar untuk mengeratkan hubungan diantara mereka bersama Allah S.W.T, Rasulullah, ibu dan juga ayah dan sekaligus membuatkan adik-adik ini tersedar kerana ini adalah perkara yang membabitkan diantara diri mereka bersama insan yang tersayang.

Program diteruskan lagi dengan slot yang berikutnya iaitu Meniti Angin Malam 2, dimana adik-adik ini dibawa mengembara sejauh-jauhnya untuk dipereratkan lagi hubungan mereka bersama Allah S.W.T. Slot ini dikendalikan oleh kesemua barisan pengendali dan para fasilitator. Slot ini berjalan selama hampir sejam. Setelah selesai adik-adik ini dibenarkan untuk tidur.

Keesokkan paginya setelah selesai sarapan, program diteruskan dengan “hadiah” istimewa oleh Kak Yong, dan diteruskan dengan slot Kini & Hijrah yang dikendalikan oleh Abang Din. Pada penghujung program, adik-adik ini diberikan peluang untuk berkongsi apa yang dirasai selama 2 hari bersama dan ternyata impak positif diterima dari adik-adik ini. Alhamdulillah. Program diakhiri dengan bersalam-salaman diantara adik-adik bersama pengendali dan para fasilitator.

Ribuan ucapan terima kasih kepada barisan pengajar KKTM dan adik-adik peserta dari KKTM diatas kerjasama anda sepanjang program ini berlangsung dan tidak dilupakan juga barisan pengendali dan fasilitator yang bertungkus-lumus dalam melancarkan dan menjayakan program KBM pada kali ini. Semoga kita semua terus menyerlah dari yang biasa!!!

شكرا لكم .....

BARISAN PENGENDALI

[KMKY] Abg Baim & Abg Din

[Nikmat Oh Nikmat] Kak Nina

[MAM 1] Kak Nina

[MAM 2] Semua pengendali & fasilitator

[Hijrah] Abg Baim

[Video] Kak Yong

[Video Editing] Pak Kay

[Laptop] Kak Yong

[Pramugara] Abg Anjang

[Pramugari] Kak Bazilah, Kak Muhsina, Kak Hanis, & Kak Hanum

0 comments: