Thursday, May 14, 2009

Ziarah KBMKL ke rumah ayahanda Hafiz

BismiLLahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, pada hari Rabu, 13 Mei 2009 yang lepas, beberapa orang dari Team KBMKL (Pak Long, Pak Andak, Pak Kay, Abg Bai, Ummi Ida, Kak Nina, Kak Mia dan Kak Soliha) telah berpeluang menziarahi ayahanda kepada salah seorang fasilitator KBMKL iaitu Mohd Nor Hafiz Bin Khairuddin di Taman Dato' Senu, Sentul.

Pakcik Khairuddin menghidap kencing manis dan kaki kanannya terpaksa dipotong menyebabkan beliau tidak mampu untuk bergerak. Segala keperluan harian beliau telah diuruskan oleh Hafiz.

Kami begitu tersentuh melihat keadaan hafiz ketika menguruskan ayahandanya.. dan terlintas difikiran kami, adakah kita punya masa dan kesempatan untuk berbakti seperti itu kepada ibubapa kita atau mungkin nyawa kita yang diambil dulu oleh Allah SWT..

"Ya Allah, berikan kami kesempatan untuk berbakti kepada kedua ibubapa kami sementara hayatnya masih ada. Jadikanlah kami anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan keduanya didunia dan diakhirat.."

Ameen Ya Robbal 'Alamin..


Hafiz dan adiknya Arif tekun menguruskan keperluan ayah mereka..

Arif yang sedang menyuapkan makanan..

Antara tetamu yang hadir..

Ahli mesyuarat pintu..

Ambulance pun tiba..



Pkcik Khairuddin terpaksa dibawa ke HKL utk rawatan lanjut..

Sebahagian daripada mereka yang membantu..

+++++++++++++++++++++++++++

Ya Allah yang maha Pengasih,
Kau kurniakanlah kesihatan yang sempurna kepada Pak Cik Khairuddin
Kau sembuhkanlah penyakitnya

Ya Allah yang maha Penyayang,
Kau berkatilah sahabat kami Hafiz dan adik2nya
untuk berkhidmat sebaiknya kepada ibu bapa mereka

Kau mudahkanlah urusan mereka
Kau berilah kekuatan mental dan fizikal kepada mereka agar tidak terganggu khidmat mereka
Jadikanlah semua ini menjadi sebab kepada keutuhan dan kekuatan ikatan sesama ahli keluarga mereka

Ya Allah yang maha Perkasa
Kau berkatilah usaha sahabat2 kami yang telah membantu Pak Cik Khairuddin
Ikhlaskanlah hati2 kami Kami mohon akhirkan hidup kami dengan akhir yang baik

Hindarilah kami daripada akhir yang buruk

Ameen Ya Robb..

++++++++++++++++++++++++++

Seluruh warga KBMKL turut mendoakan Hafiz dan keluarga..


0 comments: