Assalamualaikum..
Alhamdulillah..pd 5 & 6 Julai 2008, team KBM KL telah berjaya menjejakkan kaki ke Bukit Sentosa untuk 1 lagi program Keindahahan BersamaMu. Kali ini penganjur utama iaitu JIM Hulu Selangor bekerjasama dengan Masjid Bukit Sentosa telah bersatuju membuka peluang kpd pelajar2 dr Sek Men Bukit Sentosa dan sekolah berdekatan untuk menyertai program ini.
Peserta kali ini boleh dikatakan begitu responsif. Dengan Army Yell yang ringkas & menarik diteruskan dgn gelagat 3S yang bermacam ragam. Menjelang tgh hari, peserta dilepaskan utk makan tgh hari dan solat Zuhur di masjid.
Sesi berikutnya, kami telah berubah tempat, kali ini di dewan Masjid Bukit Sentosa. Slot Inteam dimulakan seperti biasa dgn tayangan video disusuli dgn luahan rasa bersama sahabat. Alhamdulillah kerjasama adik2 kasih & sayang sgt baik.
Usai solat Asar, slot Bdn Sihat Otak cergas diteruskan. Seperti KBM2 sblmnya, adik2 sayang melakukan aktiviti di padang dgn abg2 fasi bermain game dan kakak2 fasi terus simpan adik2 kasih di dalam dewan. Gerai laicikang di buka lagi serta permainan ala-ala "cap kali cap" oleh Anjang Kila. Di akhir sesi, Alang Atie telah menyediakan senaman ringkas "Happy Choki" kemudian ditutup oleh Kak Nina dgn selawat & zikir.
Selepas maghrib, sesi tazkirah dijalankan oleh seorang ustaz dr SMK Bukit Sentosa membincangkan tajuk "Rebut 5 perkara sblm tiba 5 perkara". Tetapi kelancarannya terganggu oleh gangguan elektrik yang sejak dari Zuhur sudah menyerang dewan.
Slot MAM1 diteruskan dibawah pengendalian Pak Andak yang semakin mantap walaupun masa agak lewat akibat gangguan elektrik td. Peserta di bawa menghayati keindahan ciptaan Allah,pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W serta kasih sayang ibu dan ayahAdik2 terutama adik2 kasih dilihat sungguh terkesan di akhir slot walaupun pada mulanya ada yang dilihat tidak memberi perhatian. Tapi Alhamdulillah, Allah memudahkan kerja Pak Andak & kakak2 laptop apabila tiada sebarang gangguan elektrik yang menyerang.
MAM2 terus membawa adik2 menghayati pengisian malam. Walaupun agak kalut kakak2 fasi dibuatnya, tp Alhamdulillah segalanya lancar dibawah arahan Kak Nina. Sekali lagi kami di uji apabila gangguan berlaku, akibatnya video terakhir tidak dpt ditayangkan kerana LCD tidak dapat berfungsi.Aduhai...Slot MAM berakhir pada jam 1.30 pagi.
Pagi 6 Julai bersinar indah.
Selesai makan pg, kami bergegas ke dewan Sek.Ren.Agama Taufik Hidayah utk meneruskan penerabangan. Sesi Hijrah adik2 kasih & sayang dikendalikan oleh Abg Bai & Kak Nina dibantu kakak2 fasi.
Manakala ibu bapa dikendalikan oleh Umi Ida dibantu oleh Alang Atie & Kak Ana. Alhamdulillah dianggarkan lebih kurang 50 org ibu & bapa peserta berjaya menghadirkan diri. Mereka dibawa menyusuri pengalaman anak2 mereka sepanjang program serta pengisian2 video.
Komen2 para peserta:
1) Walaupun dtg terpaksa, tapi KBM byk membuka hati dan menginsafkan. 2)harap KRJ dpt dtg lagi dan buat program lg bersama kami..mmg best sgt!!
Alhamdulillah, terima kasih kpd semua yg terlibat bg menjayakan KBM Bukit Sentosa kali ini.
Mmg seronok lg2 dlm perjalanan pulang, sempat singgah pekena Laksa Buyung dan cendol sempoi yang popular di sana.Hehehe... Semoga team KBM KL dpt bersama lagi menjejakkan kaki ki Bukit Sentosa dgn mmbawa pengislahan yg menyerlah jauh dr yg biasa..!!
Sekian,jzkk..
4 comments:
Salam,nape gambar abg bai skit sgt..gmbr ktowg pun skit gak..ltk lah byk skit..taun dpnn wat lagi tau..
jazakallah..
nnt try kot2 bley letak album kat cini..heh...limit la pic kat report dik..
~kak lang
Assalamualaikum,terdapat kemusykilan di sini ye..
Nama peserta tidak pula diberitahu,tetapi nama kedai Laksa Buyung diceritakan..Aduyai..Mcm2 hehe...
salam..laa..nnt x fair la kat pserta len yg namenyer x di sebut...
laksa buyung sdp tu..kne gtau..kira promosi la tu..hehe
Post a Comment