Wednesday, August 13, 2008

..:: KBM SMI Al-Amin Gombak ::..

Alhamdulillah, pada 9 dan 10 Ogos 2008 yang lalu, team KBM Kuala Lumpur telah menjayakan program Keindahan Bersama Mu di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak. Seramai 112 orang pelajar tingkatan 2 telah menyertai program KBM kali ini. Mereka terdiri daripada 56 orang adik-adik sayang dan 56 orang adik-adik kasih. Ini adalah jumlah yang terbanyak setakat ini bagi program KBM yang dikendalikan oleh team KBM KL untuk sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Seramai 24 orang pengendali dan fasilitator telah menjayakan KBM kali ini. Pengendali terdiri dari Abang Bai, Pak Kay, Pak Long, Pak Andak, Pak Ngah, Ummi Ida, Kak Sodd, Kak Mia, Kak Nina dan Kak Yong. Ketua pramugara kali ini, Abang Aiman (k-JAD) dibantu oleh Abang Nasir (k-JAD), Abang Wan (k-JAD), Abang Hilmi (k-JAD), Arul, dan Mad. Ketua pramugari pula Uda Nas (k-IIC) dibantu oleh Ucu Ikmal (k-IIC), Kak Keena (k-IIC), Kak Ayu (k-IIC), Kak Chik (k-IIC), Kak Iffah, Kak Nurull, dan Kak Zarina. Turut hadir Makcik Lisa (Mami Abang Bai), Kak Teh & Baby Anis, dan Zainab 'Adik Kecik' (anak Pak Andak)

Program dimulakan dengan slot KMKY (Knowing Me Knowing You) yang dikendalikan sepenuhnya oleh Abang Bai. Usai solat Zohor, program diteruskan dengan slot InTeam yang dikendalikan oleh Pak Ngah, Abang Bai dan Kak Nina. Slot riadah usai solat Asar bagi adik-adik sayang telah dikendalikan oleh para pramugara manakala bagi adik-adik kasih telah dikendalikan oleh Kak Chik dan Kak Yong. Usai solat Isyak, program diteruskan lagi dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Pak Long Hassan dan seterusnya MAM 2 dikendalikan oleh Kak Yong dan Abang Bai.

Keesokkan harinya pada 10 Ogos 2008, program diteruskan dengan slot Hijrah bagi adik-adik kasih dan sayang manakala slot bersama ibu bapa MKMS telah dikendalikan oleh Ummi Ida. Tepat jam 11.45 pagi, program diteruskan dengan slot pertemuan yang dikendalikan oleh Abang Bai. Seperti biasa, program ditamatkan dengan sesi bersalaman antara pengendali, fasilitator, ibu bapa, guru-guru dan adik-adik kasih dan sayang.


Laporan oleh Kak Yong (k-IIC)

1 comments:

Anonymous said...

x de gmbr / video ke ?
ana join time ni ~
huhu rindu ^_^