Monday, August 4, 2008

..:: Follow-up Cheras Jaya ::..

Pada 2 Ogos 2008, KY bersama Pak Andak, Abang Hud (Huzaifah), Kak Nina dan Kak Chik sempat mencuri masa (waktu itu kami sedang ber'KBM' di Sekolah Islam ADNI, Tmn Sri Ukay) ke Bandar Baru Bangi untuk sesi follow-up bersama-sama adik-adik di SMK Cheras Jaya. Kami bertolak dari Sekolah Islam ADNI hampir jam 2 petang kerana menanti Pak Andak yang tidak kunjung tiba.

Setibanya sahaja kami di Surau Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, kami mendengar sayup-sayup lagu Demi Matahari didendangkan oleh adik-adik kasih dan sayang Cheras Jaya 1 dari tingkat 1 surau tersebut. Kami pun segera memanjat anak tangga untuk bersama mereka. Sambil memanjat tangga, tangan KN dah tak sabar-sabar mengalunkan lagu Demi Matahari dengan memetik jari mengikut rentak lagu Demi Matahari.

Apabila adik-adik kasih ternampak sahaja fasi-fasi KRJ Kuala Lumpur memanjat tangga, mereka menjerit-jerit berlari sambil memanggil nama KN, KY dan KC dan fasi-fasi yang lain. Ikhwah JIM Hulu Langat (2-3 orang) yang sedang mengendalikan Demi Matahari, tergamam dan tercengang melihat kerenah adik-adik kasih dan sayang menyambut ketibaan selebriti KRJ Kuala Lumpur ini.

Maka pengendali majlis dari JIM Hulu Langat pun tanpa melengahkan masa terus menyerahkan majlis kepada kami tanpa memberikan kami masa untuk menarik nafas memanjat tangga sambil membawa PA sistem dan lain-lain alatan.

Sambil bersalaman dan berpelukan dengan adik-adik CJ ini, Pak Andak perasan ada dua-tiga orang peserta KBM CJ2 yang baru hadir minggu lepas di Kem Harba, Sg Congkak juga turut hadir follow-up CJ1 kali yang ke 2 ini. Mereka tak lain tak bukan Ijoi (Faizul) yang juga peserta CJ1 dan yang memeranjatkan lagi ialah Alijah @ Ali, peserta masa di CJ2 baru-baru ini serta seorang lagi adik sayang Ismail atau Ikmal (tak ingat namanya). Bila Pak Andak tanya Ali macamana boleh ada di sini, dia senyum sahaja. Nampak ceria sahaja mukanya.

Mengikut Ustaz Rujhan, guru-guru CJ ramai yang memberi komen baik tentang pelajar-pelajar selepas KBM baru-baru ini seperti menghormati guru dan lain-lain. Ayuh kita doakan supaya perubahan-perubahan ini benar-benar ikhlas dari dalam diri mereka dan bukan "berlakon" seperti yang di katakan oleh sebahagian pelajar-pelajar CJ2. Jadi sesi follow-up memang perlu diadakan lagi bagi memastikan perubahan yang telah berputik disirami dengan baja dan air yang cukup.

Dalam perjalanan pulang, tekak kami telah haus berDemi Matahari, berChicky Dance, berSatu Tekad, berGemuruh dan bertazkirah "Are you significant" dan "Armageddon" dengan adik-adik kasih dan sayang CJ1. Kami pun mencari gerai Laksa Buyong tetapi tiada di Bandar Baru Bangi. Maka KY, KC dan KN pun mencadangkan kalau kita biasa jual Lai Chi Kang sahaja masa KBM games, apa macam kita cari gerai LCK kali ini.

Maka Pak Andak pun merempit Wira Pak Andak ke seksyen 1 untuk mencari gerai LCK. Tapi malangnya yang kami jumpa ialah pasar malam. Maka kami pun sempat mencari "video pasar malam" untuk Adni malam itu. Akhirnya kami berjumpa dengan gerai LCK dan menghilangkan haus kami di situ.

Semasa mencari video pasar malam tu, sebagai tanda betapa setianya fasi-fasi kita dengan KRJ KL, vest KRJ KL pun tak dibuka masa round pasar malam tu.

Masa tengah round-round tu, ada adik-adik kat pasar malam tu apabila melihat sahaja 3 orang fasi kita menegur, eh...polis lah......

Cuba tengok polis tu .... hahahaha


Photobucket


Ronda-ronda cari laicikang sejuk



Bergambar kenangan dengan adik-adik kasih...


Laporan oleh : Pak Andak
Tukang edit : Kak Yong


Tukang post : Kak Yong

0 comments: