Monday, April 26, 2010

KBM di SMK Bandar Banting


Bismillahirrahmanirrahim...

Credit to Cikgu Khatab untuk gambar-gambar yang diambil dari FBnya... melainkan gambar terakhir...


Barisan Pengendali :-

KMKY : Abg Bai dan Abg Yasser
InTeam : Abg Bai
MAM I : Pak Long
MAM II : Semua Fasilitator dan Para Pengendali
Hijrah : Kak Yong dan Abg Yasser
RKSK : Ummi Ida
Pertemuan : Ummi Ida
Periba Komputer : Kak Yong, Kak Asma' dan ML
Video : Abg Chef Wan dan Pak Kay
Tukang Edit Video : Kak Yong


No Pesawat: KRJ 240410
Pramugara: Baim, Abg Man, Abg Muadz aka Abg Hadiah, Abg Dayat, Abg Atif, & Abg Muhsin
Pramugari: Kak Syu, Kak Syahid, Kak Zar, Kak Ayu, Kak Ain dan beberapa orang fasilitator dari KRJ Hulu Langat
Airport: SMK Bandar Banting
Jumlah Penumpang: 183 orang


Alhamdulillah pada 23 April sekitar jam 11.00 malam kami tiba di SMK Bandar Banting dengan 2 buah kenderaan. Ketibaan team kami disambut oleh Cikgu Aisyah dan beberapa cikgu serta ahli JIM Daerah Hulu Langat. Kami dijamu dengan sedikit santapan yang berupa mee goreng dan buah tembikai yang disajikan dengan air teh O dan teh susu. Selesai makan, sesi TOT ringkas diadakan kepada semua fasilitator yang ada ketika itu yang mana sesi ini dikendalikan oleh Pak Long dan dibantu oleh kendalian laptop dan slide Kak Yong.

Pagi 24 April, kami telah diberi amanah untuk mendekati serta menyantuni adik-adik kasih dan sayang. Meskipun jumlah peserta KBM kali ini lebih daripada jumlah yang telah disasarkan oleh pihak sekolah, namun perkara ini tidak sesekali dapat menjatuhkan semangat para fasilitator yang semangatnya kental dan cekal! Jumlah adik-adik kasih adalah 122 orang manakala jumlah adik-adik sayang adalah seramai 61 orang sahaja. Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 183 orang. Ini membolehkan kita membuat rumusan bahawa nisbah adik-adik kasih kepada adik-adik sayang adalah 2:1 (KBM boleh juga mengajar kita untuk menggunakan ilmu matematik yang telah dipelajari ye?). Adik-adik kasih dan sayang ini telah selamat menaiki penerbangan KBM SMKBB bersama pesawat KRJ 240410.

Slot pertama KBM iaitu Knowing Me Knowing You telah dikendalikan oleh abg Bai. Seperti biasa trademark yang digunakan oleh abg Bai adalah 'hadiah, hadiah, hadiah' telah mengakibatkan adik-adik kasih dan sayang lebih memberi perhatian kerana mahu mendapat hadiah yang diberikan oleh Abg 'Hadiah'. Slot Army Yell pula dikendalikan oleh Abg Yasser yang mana ketika slot ini, pelbagai nama kumpulan yang menarik telah dijanakan oleh adik-adik kasih dan sayang. Apabila nama yang menarik dan tertarik dihasilkan, aksi army yell juga sememangnya membuat semua penonton teruja dengan aksi kumpulan masing-masing. Antara nama yang menarik adalah kumpulan 'Katak Berlari' (ada ke katak berlari?katak bukan melompat ke?) juga Tenggiling Emas.

Selesai mendirikan solat fardhu Zohor dan mengambil serta menghabiskan makan tengah hari, slot InTeam pula menyusul yang mana slot ini masih dikuasai oleh abg Bai. Alhamdulillah slot ini mendapat sambutan yang hangat daripada para peserta KBM SMKBB walaupun dalam keadaan hujan lebat di luar dewan. Kerjasama yang diberikan sangatlah memberangsangkan. Sewaktu perkongsian, seorang adik sayang menyatakan bahawa dia tidak sangka bahawa dia akan berpelukan dan mengucapkan "saya sayang awak" dengan rakan yang sama jantina.

Apabila azan Asar telah bekumandang, adik-adik kasih dan sayang bersama-sama fasilitator mendirikan solat fardhu Asar secara berjamaah. Selesai solat Asar, riadah riang ria berjalan di SMKBB yang dikendalikan secara berasingan antara adik-adik kasih dan sayang.

Meniti Angin Malam I bermula sekitar jam 9:30 malam. Slot ini dikendalikan oleh Pak Long. Pesawat KRJ 240410 diterbangkan ke satu tempat yang mana membuatkan adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengeratkan lagi keindahan hubungan bersama Allah, merasakan kenikmatan andai dipertemukan dengan Rasulullah dan menghargai segala jasa ibu dan ayah yang selama ini telah bersusah payah untuk menjaga dan membesarkan mereka. Slot ini menampakkan kerjasama para peserta yang begitu komited dengan program Keindahan BersamaMu ini biarpun dalam keadaan letih.

Berakhirnya Meniti Angin Malam I, Meniti Angin Malam II pula menyusul. Slot ini masih dekendalikan oleh pengendali 'Secret' tetapi turut dibantu oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang lain dari segala sudut untuk memastikan slot ini berjalan dengan jayanya. Meskipun ada berlaku perkara yang tidak dijangka-jangka, tetapi dengan izin Allah slot ini berjaya diharungi dengan selamat, alhamdulillah~. Kira-kira jam 2:00 pagi, semua adik-adik kasih dan sayang telah dibenarkan untuk tidur.

Pagi 25 April 2010 yang indah pun menjelma. Slot RKSK dan Hijrah dilangsungkan serentak tetapi di tempat yang berlainan. RKSK dikendalikan oleh Ummi Ida manakala slot Hijrah dikuasai oleh Kak Yong dan Abg Yasser. Kehadiran ibu bapa dianggarkan sekitar 40% daripada jumlah peserta. Apabila jam menunjukkan pukul 11:45, adik-adik kasih dan sayang telah dipertemukan bersama-sama ibu bapa. Slot ini diberi nama Pertemuan. Alhamdulillah, begitu indah saat pertemuan apabila menyaksikan adik-adik kasih dan sayang berlari mendapatkan ibu bapa mereka dan melihat mereka berpelukan. Saat itulah merupakan detik-detik keluarga bahagia yang insyaAllah akan dipisahkan dengan kematian sahaja.

Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian dari adik-adik kasih, sayang, ibu bapa dan seterusnya ucapan penutup dari wakil PIBG dan sekolah. Dalam ucapan wakil PIBG, beliau mengatakan dalam nada berseloroh, "Kalaulah sekarang ini Sultan Melaka masih wujud, air mata yang mengalir hari ini boleh ditadah cukup 7 dulang dan boleh digunakan oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang..."


Disediakan oleh: Abg Muadz aka Abg Hadiah
Diedit oleh: Kak Yong


Abg Bai dan Abg Hadiah... Wallaweyh!!!


Barisan pramugari pesawat KRJ 240410 hehe...


Berada dalam kumpulan-kumpulan kecil...


KBM SMK BB ditulis di atas pasir pantai Morib...ni kerja siapa???

5 comments:

Hdy ;) said...

trima kaseh yg ta terhingga kpd kak yong & yg terlibat bg menjayakan KBM flight KRJ 240410. Mmg 1 kenangan yg terindah bg kasih & sayang di SMKBB. Hope masa akn dtg KBM akn still ada agy dan kita berpeluang untk berjumpa. ty alot pd Baim, Abg Man, Abg Muadz aka Abg Hadiah, Abg Dayat, Abg Atif, & Abg Muhsin ,Kak Syu, Kak Syahid, Kak Zar, Kak Ayu, Kak Ain dan beberapa orang fasilitator. Akn sentiasa ingt kngan bersama walaupun hnye 2 hari =)

Ahmad Hidayat said...

time kaceh pada abg muaz sbb wat report ni...saye amat berbesar haty kalau abg muaz dpt bagi hadiah kat saye..haha

p/s from yasser:mane gambar tayar pancit???

Siti Afiqah said...

abg dayat ni nk hadiah aje..
klu ade sumur di ladang,
blh kte berjumpa lagi...
pantun entah pape entah..sid

Kak Yong said...

To Hdy: sama2 dik... kami pun sayangkn adik2 kasih dan sayang SMKBB lillhi taala krn kita ditautkn oleh aqidah yg sama... ^_^ insyaallah, akk doakn adik2 kasih dan sayang SMKBB akn mjadi anak yg soleh dan solehah dan terus menyerlah jauh dari yang biasa! ameennn

To dayat/Yasser: report ni mmg muaz yg buat tp akk yg post dan letak gmbr haha...so gmbr tayar pancit ke, ape ke, tarak haha

Norhazimah said...

Rindu sangat kat KBM..gempak betul kat smkbb..nanti datang lagi ye..hehe..abg dayat,,kalau dapat hadiah share sikit ngan Zimah..=D