Wednesday, April 14, 2010

KBM di SMK Ungku Aziz Sabak Bernam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...::Pengendali::...
KMKY : Abg Bai
Inteam : Abg Bai
MAM 1 : Ummi Ida
MAM 2 : Semua yg ada
Hijrah : Kak Yong
RKSK : Ummi Ida
Pertemuan : Ummi Ida
Video : Kak Zar & Kak Yong
Video editing : Kak Yong
Pilot : Kak Yong & Ammar

Pramugara : Abg Jun & Abg Muadz
Pramugari : Kak Nurull, Kak Atul, Kak Diyana, Kak Anis & Kanda Hanum

Alhamdulillah dengan izin-Nya, pada 3 & 4 April 2010 yang lalu satu lagi penerbangan KBM telah berjaya diterbangkan di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. Seramai 84 orang adik kasih dan sayang telah disantuni. Sebelum itu, nak berkongsi cerita. Kami bertolak ke Sabak Bernam pada malam 2 April dengan tiga kenderaan berbeza dan waktu yang berbeza melainkan Pak Kay, Ummi Ida dan ML (Mereka tiba di SB pada 3 April selepas Maghrib). Kumpulan pertama selamat tiba pada jam 1.oo pagi (3 April) selepas berhenti minum di Sungai Besar. Kumpulan pertama terdiri dari Abang Jun, Kak Yong, Kak Diyana, Kak Anis dan Kanda Hanum. Kumpulan kedua tiba pada jam 1.30 pagi yang terdiri dari Kak Atul, Kak Nurull dan Kak Zar. Dan kumpulan terakhir tiba hampir jam 3 pagi iaitu Abang Bai dan Abang Muadz.

Penerbangan seperti biasa bermula jam 9 pagi 3 April 2010 dengan ucapan perasmian oleh wakil sekolah dan majlis penyerahan. Slot KMKY dikendalikan dengan penuh ceria oleh Abang Bai dengan tagline 'hadiah, hadiah, hadiah' (sampai 3 kali hadiah hoho). Slot Army yell pula dikendalikan oleh Abang Muadz. Adik-adik kasih dan sayang sangat-sangat bersemangat untuk mempamerkan aksi army yell masing-masing (nama-nama kumpulan pun menyerlah jauh dari yang biasa).

Selepas solat Zohor berjemaah, penerbangan diteruskan dengan slot In-team yang juga dikendalikan oleh Abang Bai. Alhamdulillah kerjasama dari adik-adik kasih dan sayang sangat bagus. Selepas slot in-team dan solat asar, riadah petang telah ditukar ke aktiviti bebas buat gara-gara hari hujan.

Slot malam bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah oleh ustaz yang juga merupakan ahli JIM Sabak Bernam. Tazkirah yang diberikan amat baik dan terkesan dihati. Usai solat isyak berjemaah, Ummi Ida mengambil alih penerbangan untuk slot MAM 1. Sempat juga kami ber'demi matahari' sebelum MAM 1. Selepas MAM 1, pengembaraan diteruskan dengan MAM 2. Alhamdulillah, biarpun kekurangan tenaga, semuanya berjalan lancar dengan keizinan Allah.

Keesokan harinya, bertempat di dewan makan asrama adik-adik kasih dan sayang dibawa meneruskan penerbangan dalam Hijrah bersama Kak Yong. Manakala Ummi Ida bersama ibu bapa di Dewan Besar untuk slot RKSK.

Tepat jam 11.40 pagi adik-adik kasih dan sayang telah dibawa ke Dewan Besar untuk slot Pertemuan. Buat kesekian kalinya air mata gugur lagi apabila melihatkan ibu ada di depan mata. Perkongsian dari seorang ibu amat menyentuh hati. Ibu itu berkongsi cerita berkenaan dirinya yang tidak pernah melihat wajah ibunya sendiri. Beliau juga turut menyelitkan kata-kata nasihat untuk adik-adik kasih dan sayang.

Penerbangan mendarat selepas sesi perasmian penutup oleh Pengetua SMK Ungku Aziz. Alhamdulillah daripada kata-kata Puan Soleha dia mahukan air mata yang mengalir pada hari ini tidak hanya memberi kesedaran ketika itu sahaja. Wakil JIM Sabak Bernam, Ustaz Ahmadi juga hadir memberi ucapan sebagai wakil dari pihak JIM. Untaian mutiara yang sangat indah kami terima dari Ustaz Ahmadi dan pastinya ia membekas di hati adalah kami. Teringat pada kata-kata Imam Hassan al-Banna, "Kerja kita lebih banyak dari masa yang kita ada!"

"Rasulullah mengamanahkan Saad Ib.Waqas membawa ISLAM ke China. Jauhnya 2000km dari Arab mrentas gunung menaiki unta. Begitu besar pengorbanan sahabat-sahabat nabi. Dari China Islam tersebar ke India, dan pedagang-pedagang membawa Islam ke Melaka melalui Parameswara. Akhirnya kita mendapat ISLAM. Tetapi, apabila kita telah memilikinya, apakah kita hanya berehat-rehat saja? Ketika musuh-musuh Islam menghentam kita dari setiap sudut, apakah kita hanya mampu berehat-rehat saja? Kita harus berjuang mempertahankan agama ini. Kalau nak jadi doktor jadilah doktor yang juga seorang pejuang. Kalau jadi ibu atau ayah jadilah ibu ayah yang juga seorang pejuang. Kalau menjadi seorang guru pastikan menjadi guru yang juga adalah pejuang... Membawa Islam ke mana sahaja. Kita tak boleh duduk rehat. Itulah bukti pengorbanan dan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w... Menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Hidup adalah perjuangan... hingga ke nafas yg terakhir!! Andai kita PENAT melakukan KEBAIKAN, akan hilanglah PENAT itu, dan akan TETAP KEKAL PAHALA dari hal itu. Dan andai kita SERONOK melakukan MAKSIAT, akan hilanglah ke-SERONOK-an itu, dan akan TETAP KEKAL DOSA dari hal itu .."

Jazakallah kepada semua yang terlibat. Kepada adik-adik kasih dan sayang semoga kita semua kekal dalam kebaikan hingga akhir hayat.



P/S: Gambar-gambar akan diupload kemudian...

0 comments: