Monday, April 26, 2010

KBM di SRI Al-Amin Kuala Lumpur


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

..:: Barisan Pengendali::..

KMKY: Abang Wan & Abg Yasser
Explore de Quran: Kak Yong
In-Team: Pak Ngah
MAM 1: Pak Long
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Abg Wan & Abg Yasser
RKSK: Pak Long
PeLaptop: Kak Yong
PemVideo: Kak Yong, Abg Wan & Abg Yasser

No Pesawat: KRJ 100410
Pramugara: Abg Dayat, Abg ’Atif, Abg Mu’az
Pramugari: Kak Aisyah, Kak Syahid dan Kak Asma’

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya team KBM Kuala Lumpur telah berjaya mengendalikan program Keindahan Bersama Mu di Sekolah Rendah Islah Al-Amin Kuala Lampur, Keramat serentak dengan SMK Serendah, Rawang pada 10 dan 11 April 2010 yang lalu. Seramai 79 orang pelajar darjah 6 telah menyertai program ini dan terdiri dari 50 orang adik-adik sayang dan 29 orang adik-adik kasih.

Program dimulakan dengan slot KMKY yang telah dikendalikan oleh gandingan Abg Wan dan Abg Yasser. Namun ada kelainan di SRIAAKL di mana Abg Wan telah mendapat gelaran baru yang diberikan oleh adik-adik kasih dan sayang iaitu ATUK!. Sepanjang slot KMKY ini adik-adik kasih dan sayang begitu teruja, bersemangat dan enjoy! Setelah berhenti rehat, program diteruskan lagi dengan slot ARMY YELL. Adik-adik sayang dan kasih mempersembahkan army yell mereka dengan penuh kreatif dan bersemangat. SYABAS diucapkan! Program berhenti sebentar untuk makan tengahari dan solat Zuhur.

Tepat jam 2.30 petang, program diteruskan dengan slot Explore de Quran yang telah dikendalikan oleh Kak Yong. Adik-adik kasih dan sayang diminta menyelesaikan beberapa soalan yang memerlukan mereka merujuk kepada terjemahan al-Quran. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Selesai sahaja slot Explore de Quran, program diteruskan dengan slot InTeam yang dikendalikan oleh Pak Ngah. Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama dari adik-adik kasih dan sayang, slot ini berjalan dengan baik dan memberi kesan kepada adik-adik kasih dan sayang. Dan seperti biasa di akhir slot, beberapa orang adik kasih dan sayang telah tampil untuk berkongsi pengalaman mereka.

Slot Badan Cergas Otak Cergas dijalankan selepas solat Asar dan minum petang secara berasingan. Adik-adik sayang di kawasan gelanggang, manakala adik-adik kasih di dalam Dewan Serbaguna PIBG.

Selesai solat Maghrib, sesi tayangan ’video pasar malam’ dan sesi ’Suprise’ telah dijalankan sementara menunggu masuk waktu solat Isyak. Selesai solat Isyak berjemaah, program diteruskan dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Pak Long di mana adik-adik kasih dan sayang dibawa mengembara bagi sama-sama merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw, ibu and ayah. MAM 2 pula melibatkan semua pengendali dan fasilitator. Program berakhir malam itu pada pukul 2 pagi.

Pada esok harinya, dua program berlangsung serentak iaitu, slot RKSK untuk ibubapa bersama Pak Long di Surau Sekolah manakala slot HIJRAH, adik-adik kasih bersama ATUK di perpustakaan. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 95%. Tepat jam 11.45 pagi, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa ke surau sekolah untuk bertemu dengan ibu dan ayah masing-masing. Selesai perkongsian dari adik-adik kasih serta ibu dan ayah, sedikit ucapan penutup telah disempurnakan oleh wakil pihak sekolah.Jazakumullah Khairan Khatira kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Semoga Allah membalas segala memandang usaha kita ini dan dikira diakhirat kelak.InsyaAllah…..

SEMOGA SEMUA “MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA”

0 comments: