Monday, April 26, 2010

Penerbangan KRJ 170410 SMK Cheras Perdana


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

..:: Barisan Pengendali::..

KMKY: Abang Bai & Abg Din
In-Team: Kak Yong
MAM 1: Ummi Ida
MAM 2: Semua Pengendali dan Fasilitator
Hijrah: Kak Yong
RKSK: Ummi Ida
PeLaptop: Kak Aina dan ML
PemVideo: Pak Kay

No Pesawat: KRJ 170410
Pramugara: Abg Dayat, Abg Muadz, Abg Benjo, Abg Aki, & Abg Izaldin
Pramugari: Kak Hanum, Kak Izzati, Kak Nurull, Kak Atul, dan Kak Diyana
Airport: SMK Cheras Perdana
Jumlah Penumpang: 108 orang

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatnya pada 17 dan 18 April 2010 yang lalu, team KBM Kuala Lumpur telah berjaya mengendalikan program Keindahan Bersama Mu di SMK Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Seramai 108 orang pelajar dari tingkatan 3, 4 dan 5 telah menyertai program kali ini dan terdiri dari 56 orang adik-adik sayang dan 52 orang adik-adik kasih. Untuk makluman, KBM kali ini merupakan KBM kali yang keempat diadakan di SMK Cheras Perdana.

Pagi Sabtu 17 April 2010, program dimulakan dengan slot KMKY yang dikendalikan oleh Abg Bai. Adik-adik kasih dan sayang begitu teruja dan bersemangat sepanjang slot KMKY ini. Tidak jemu-jemu mereka mendengar celoteh dari Abg Bai yang terkenal dengan trademark ”Hadiah, hadiah, hadiah...”. Setelah selesai sesi pertama dalam slot KMKY, program berhenti rehat seketika. Selepas berhenti rehat, program diteruskan lagi dengan sesi seterusnya iaitu ARMY YELL bersama Abg Din. Adik-adik sayang dan kasih dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dikehendaki mempersembahkan army yell mereka dengan penuh kreatif dan bersemangat. Slot KMKY seperti biasa diakhiri dengan sesi sharing dari adik-adik kasih dan sayang. Program berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Zuhur kira-kira jam 1.00 petang.

Tepat jam 2.30 petang, program disambung dengan slot InTeam yang telah dikendalikan oleh Kak Yong. Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama dari adik-adik kasih dan sayang, slot ini berjalan dengan baik dan adik-adik kasih dan sayang berjaya menghayati slot ini. Terima kasih juga kepada barisan fasi yang banyak melancarkan perjalanan program. Dan seperti biasa di akhir slot, beberapa orang adik kasih dan sayang telah tampil untuk berkongsi pengalaman mereka, juga mengambil peluang untuk meminta maaf kepada teman-teman yang lain secara terbuka.

Selepas solat Asar berjamaah dan minum petang, sesi riadah dijalankan di dalam dewan kerana cuaca yang buruk di mana hujan turun dengan lebatnya. Walau bagaimanapun, sesi ini masih dijalankan secara berasingan. Sesi riadah selesai lebih kurang jam 6.30 petang.

Selesai membersihkan diri dan makan malam, adik-adik kasih dan sayang menunaikan solat Maghrib berjamaah di dalam dewan sekolah. Selepas itu sesi tayangan ’video pasar malam’ dan sesi ’Suprise’ telah dijalankan sementara menunggu masuk waktu solat Isyak. Selesai solat Isyak berjemaah, program diteruskan dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida. Adik-adik kasih dan sayang dibawa mengembara bersama-sama bagi merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan juga ayah. MAM 2 pula melibatkan semua pengendali dan fasilitator. Program berakhir malam itu dengan sesi solat sunat taubat dan selesai sekitar jam 3 pagi.

Pada keesokan harinya, dua slot berlangsung serentak iaitu, slot RKSK untuk ibubapa bersama Ummi Ida di dewan manakala slot HIJRAH, untuk adik-adik kasih dan sayang bersama Kak Yong di bilik jahitan. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 60%. Tepat jam 11.45 pagi, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa ke dewan sekolah untuk dipertemukan dengan ibu dan ayah masing-masing. Selesai perkongsian dari adik-adik kasih serta ibu dan ayah, sedikit ucapan penutup telah disempurnakan oleh wakil pihak sekolah.Jazakumullah Khairan Khatira kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi mejayakan KBM kali ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah di atas kepercayaan yang diberikan kepad team KBM KL untuk mengendalikan KBM di SMK Cheras Perdana buat kali keempat. Semoga Allah membalas segala memandang usaha kita ini dan dikira diakhirat kelak. InsyaAllah... ameenn...

SEMOGA KITA TERUS “MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA”

Krew pesawat KRJ 170410 SMK Cheras Perdana dalam aksi sopan dan santun...


Krew pesawat KRJ170410 dalam aksi ermmm... ape ye???


Sempat lagi tu promote novel...!!!


Kami, "Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!"


0 comments: