Alhamdulillah, pada 14 & 15 February 2009, sekali lagi Team KBM KL diberi kepercayaan & peluang melebarkan dakwah. Kali ini Team KBM KL terbang jauh ke pantai timur, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Penerbangan kali ini menyaksikan penyertaan seramai 82 peserta dari SMK Geliga, bersama seramai 54 orang adik kasih dan 28 orang adik sayang.
Seramai 6 orang Team KBM KL berlepas ke Terengganu diantaranya Pak Long, Pak Kay, Pak Ngah Ammar(ML), Kak Ngah & Anjang Kila dan dibantu oleh Team KRJ Terengganu yg terdiri daripada Kak Syidah, Kak Sya, Kak Sue(Izzah), Abg Am & Abg Nuar.
Seperti biasa, KBM dimulakan dengan slot Knowing Me Knowing You yang dimeriahkan oleh Pak Ngah dan Anjang Kila. Slot INTEAM pada sebelah petangnya pula telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pak Ngah. Kemudian, diteruskan lagi dengan sesi riadah adik-adik kasih bersama Anjang Kila & Kak Ngah manakala adik2 sayang bersama Pak Ngah & abg-abg fasi. Perancangan awal untuk beriadah di tepi pantai terpaksa dicancelkan kerana adik-adik kasih begitu teruja untuk melakukan aksi Hoki Coki.
Pada sebelah malamnya, adik-adik telah dibawa mengembara oleh Pak Long untuk menikmati keindahan bersama Allah, Rasulullah SAW, ibu dan ayah menerusi slot Meniti Angin Malam 1. Kemudian diteruskan pula dengan pengembaraan Meniti Angin Malam 2 yg telah dikendalikan oleh Pak Kay, Kak Syidah(KRJ TRG) dan semua fasilitator lain termasuk 3 lagi ikhwah KRJ TRG. Alhamdulillah, pengembaraan berjaya ditamatkan jam 1pagi walaupun ramai adik-adik kasih yg kecundang.
Keesokan harinya, adik-adik telah dibawa berhijrah oleh Anjang Kila dan dalam masa yang sama ibubapa pula telah mengikuti satu slot khas yang diberi nama Rumahku Syurgaku bersama Pak Long. Berikutnya Pak Ngah mengambil alih untuk mengendalikan slot Menyemai Kasih Menuai Sayang dimana para peserta telah ditemukan dengan ibubapa masing-masing. Walaupun pertama kali dalam sejarah KBM, slot pada hari Ahad terpaksa dimulakan agak lewat oleh kerana hari tersebut merupakan hari bekerja, namun kedatangan ibubapa amat memberangsangkan. Jutaan terima kasih diucapkan pada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Moga ianya dinilai disisi-Nya kelak. InsyaAllah.
~Disebalik tabir~
==============================
Picture editor : Ammar Khalil (ML)
Jazakallah khair...
0 comments:
Post a Comment