Monday, February 2, 2009

:: KBM SMI AL-AMIN GOMBAK ::

BismiLLahirrahmanirraheem..

Penerbangan KBMKL telah diteruskan lagi dan pada minggu ini bertempat di Sek. Men. Islam Al-Amin Gombak. Seramai 98 orang peserta yang terdiri daripada 57 orang adik-adik kasih dan41 orang adik-adik sayang dari tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM penghujung tahun ini. Dan pesawat ini telah dibantu oleh 21 orang krew yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kelancaran sepanjang penerbangan.

Tarikh: 31 Januari & 1 Februari 2009
Tempat: SMI Al-Amin Gombak
Bilangan Peserta : 98 orang (57-kasih, 41-sayang)

Pengendali Program:

KMKY: Abang Bai, Pak Ngah & Kak Yong
InTeam: Abang Bai
Riadah: Anjang Kila (kasih) & Ubadah (sayang)
MAM 1: Pak Ngah
MAM 2: Pak Ngah, Abang Bai & Kak Muss
Hijrah: Abang Bai & Anjang Kila
MKMS: Pak Andak
Pertemuan: Abang Bai

Laptop: Kak Yong, Kak Mia
Video : Kak Im, Kak Muss, Pak Kay

Pramuraga: Abg Anas (ketua), Abg Ubadah, Abg Eming, Abg Hazim, Abg Rifaah & Abg Anuar
Pramugari: Anjang Kila (ketua), Kak Aida, Kak Isma, Kak Nurull, Kak Zarina, Kak Syazana & Kak Syikin.

~sebahagian daripada adik-adik sayang~

~army yell adik-adik kasih~

Team KBMKL kali ini amat beruntung sekali kerana telah dibantu oleh 2 orang pengendali hebat dari KRJ Johor iaitu Kak IM dan Kak Muss. Juga 2 orang fasi pembantu dari pihak sekolah. Secara keseluruhan, program ini dijayakan dengan cukup cemerlang sekali, walaupun pada awalnya banyak juga cabaran yang dijangka bakal kami hadapi. Tetapi dengan izin Allah, doa dari semua program berjalan cukup lancar tanpa sebarang masalah.



Semasa sesi perkongsian diakhir program, begitu ramai adik-adik yang bangun berkongsi, terutamanya adik sayang. Acara penutup telah disempurnakan oleh Pengetua SMIAAG, Ustaz Hasni Mohammad dan diikuti oleh Akh Che Zam mewakili JIM Kuala Lumpur.

~ucapan penutup oleh wakil JIMKL~

Alhamdulillah, tabung kutipan Palestin yang telah digerakkan pada sesi penutup tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM1,759. JazakaLLah khair pada yang menyumbang. Moga ianya dikira sebagai salah satu usaha dan sumbangan kita kearah pembebasan Al-Aqsa, insyaAllah.

Sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua pengendali dan fasilitator yang telah bertungkus-lumus menjayakan KBM SMIAAG ini. Moga Allah SWT membalasnya setimpal dengan pengorbanan yang telah kalian curahkan.

WaLLahu a'lam..

~Barisan Fasilitator ikhwah~

~Barisan Fasilitator Akhawat~


0 comments: