Wednesday, March 4, 2009

Pesawat KRJ 280209 : SEKOLAH ISLAM ADNI..

Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Yang Esa kerana buat kali ketiganya Team KBMKL telah melangkah ke Sekolah Islam ADNI, Taman Sri Ukay. Pada tahun lepas, kami telah bersama pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 dan kemudiannya berKBM pula bersama para pendidik ADNI dan kali ini, sekali lagi KBMKL telah meneruskan penerbangannya bersama 24 orang adik kasih dan 34 orang adik sayang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 2 hingga 5.

Penerbangan pada pagi Sabtu 28 Februari ini telah dipandu dengan selamatnya oleh Pak Ngah dan Anjang Kila menerusi slot Knowing Me Knowing You.. Dan telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Kak Nina pada sesi army yell.

Adik-adik yang sangat sporting..

Masih kurang pasti apakah yg cuba beliau lakukan dlm slot ini.. ^_^

Slot INTEAM dibawah pengendalian Pak Ngah..

Antara ibubapa yang hadir pada slot Menyemai Kasih Menuai Sayang..



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

TARIKH: 28 Februari 2009 - 1 Mac 2009
TEMPAT: Sekolah Islam ADNI
Bilangan Peserta : 58 orang


PENGENDALI SLOT

Knowing Me Knowing You
Pak Ngah & Anjang Kila

INTEAM
Pak Ngah

Meniti Angin Malam I
Ummi Ida

Meniti Angin Malam II

Kak Asyi, Pak Kay, Abg Luqman

Hijrah
Anjang Kila

Menyemai Kasih Menuai Sayang

Ummi Ida

====================

PILOT
Kak Mia, Abg 'Ammar, Abg Eming, Abg Yasser

VIDEO

Abg Anas & Abg Eming

====================

BARISAN FASILITATOR


Abg Anas, Abg Eming, Abg Luqman, Abg Yasser

&

Kak Asyi, Kak Isma, Kak Ika, Kak Bazilah, Kak Suzie

==================
KOMEN PESERTA
( Penulisan dan ejaan adalah yang asal dari para peserta )

  • Program yang sangat memberi semangat, memberi ilmu dan bermanfaat serta memberi kesedaran.
  • Bagus, tiada ceramah panjang.
  • Dapat memupuk semangat bersaing, berpasukan dan kerjasama dikalangan ahli-ahli kumpulan.
  • Menyedarkan kita tentang tanggungjawab terhadap Allah, Rasulullah saw, ibubapa dan mengingatkan bahawa manusia akan mati.
  • This activity brings you spirit to continue this camp. It is interesting!
  • The facilitators were wonderful. The best thing about them was their constant smiling.
  • Saya berasa bangga kerana menjadi umat Muhammad yang terpilih ke program ini. Saya berasa insaf kerana terleka akan kesenangan dunia.
  • Memberi manfaat dan dapat membuka pintu hati supaya mendekatkan diri kepada Allah.
  • It let me said and showed things I cant said and showed.
  • Very cheerful & happy slot. Very good idea about; to get know each other.
  • It really tighten up our ukhuwah. The slot where we can 'repair' ourselves to a better person.

Jazakumullah khairan katheera pada semua yang terlibat..

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...pengawal udara lapangan terbang SBPI Sabak Bernam dah mendarat kat blog pesawat KRJ ni...hehehe