Sunday, February 15, 2009

KBM KEMBALI di Rawang..



Bismillahirrahmanirraheem

Pada hari sab7tu, 14 Februari 2009, jam 9 malam, Team KBMKL sekali lagi telah berangkat ke Kg. Melayu Batu 16, Rawang untuk menjalankan KBM Kembali. Antara pengendali dan fasi yang terlibat ialah Pak Andak, Mak Andak, Kak Nina, Kak Mia dan Uda Nas.

Kehadiran adik-adik kasih dan sayang adalah sekitar 30 orang. Ramai yang tidak dapat bersama-sama dalam KBM KEMBALI ini kerana mereka berada di asrama. Keseluruhan program telah dikendalikan oleh Kak Nina.Adik-adik ini telah diberikan tips bagaimana untuk mengekalkan perubahan yang telah mereka lakukan selepas dari menyertai KBM pada 27-28 Disember 2008 yang lalu. Dan sedikit perkongsian dari beberapa orang adik kasih dan sayang.
KBM KEMBALI telah dihangatkan lagi dengan slot terkini Palestin yang dibawakan oleh Pak Andak. Mereka telah diperlihatkan tentang keadaan terkini saudara-saudara kita di Palestin dan apakah usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka.


Program diakhiri dengan ucapan ringkas oleh Pn. Hafizah selaku orang kuat disebalik KBM Rawang ini dan kami telah dijamu dengan beberapa menu istimewa oleh beliau. Sekalung tahniah dan terima kasih dari kami buat AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


0 comments: