Sunday, August 31, 2008

..::KBM di SMK Seri Mutiara::..


Bismillahirrahmanirrahim...

Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-NYA, team KBM KL telah berjaya menerbangkan pesawat KRJ di SMK Seri Mutiara, Taman Taynton, Cheras, Kuala Lumpur pada 30 dan 31 Ogos 2008. KBM kali ini merupakan kerjasama dengan pihak JAWI. Seramai 77 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program KBM kali ini. Mereka terdiri dari 45 orang adik-adik sayang (lelaki) dan 32 orang adik-adik kasih (perempuan).

Seramai 24 orang pengendali dan fasilitator telah menjayakan KBM kali ini. Para pengendali terdiri dari Pak Long, Pak Ngah, Kak Nina dan Abang Bai. Barisan pramugara diketuai oleh Abang Yus (k-JAD), manakala barisan pramugari diketuai oleh Kak Nas (k-IIC). Barisan pramugara yang terlibat dalam KBM kali ini ialah, Abang Arul (Tmn Medan), Abang Lam (Tmn Medan), Abang Meen (k-JAD), Abang Ja (k-JAD), Abang Hafiz (k-JAD), Abang Kimi (Unisel) dan Abang Mus (Unisel) manakala barisan pramugari pula terdiri dari Kak Ngah (k-IIC), Kak Ima (Unikop), Kak Ifa (USIM Nilai), Kak Sol (Universitas Padang,Indonesia), Kak Mira (Tmn Medan) dan Kak Faridah (Tmn Medan). Kak Laptop bagi KBM kali ini ialah Kak Sodd dan Kak Yong (k-IIC). Video oleh Abang Suhail (k-JAD) dan klip video oleh Abang Mol (k-JAD). KBM kali ini turut dibantu oleh Pak Am, ahli JIM Cheras.

Pesawat KRJ 300808 dimulakan dengan slot KMKY yang dikendalikan oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Nina. Usai solat Zuhur, program diteruskan dengan slot InTeam yang sekali lagi menampilkan gandingan Pak Ngah dan Kak Nina. Slot riadah untuk adik-adik sayang dikendalikan oleh Abang Yus, manakala untuk adik-adik kasih dikendalikan oleh Kak Yong dan Kak Ngah. Selesai solat Isyak berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Pak Long dan slot MAM 2 yang dikendalikan oleh Kak Nina dan Pak Ngah.Tanggal 31 Ogos 2008, penerbangan diteruskan dengan slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang yang telah dikendalikan oleh Abang Bai yang baru tiba dari Terengganu. Slot MKMS untuk para ibu bapa pula dikendalikan oleh Pak Long. Tepat jam 11.30pagi, slot pertemuan yang dikendalikan oleh Abang Bai telah dimulakan di mana ibu bapa yang hadir di bawa masuk ke dalam dewan yang menempatkan adik-adik kasih dan sayang.

Majlis penutup telah dikendalikan oleh pihak sekolah di mana wakil pihak JAWI dan wakil pihak sekolah telah memberikan ucapan. Seperti biasa, sebelum majlis ditamatkan, sesi bersalaman antara adik-adik kasih dan sayang, guru-guru, ibu bapa, pengendali dan fasilitator telah dijalankan. Pihak sekolah turut memberikan cenderahati untuk semua barisan pengendali dan fasilitator sebagai tanda penghargaan.


Laporan oleh: Kak Yong (k-IIC)

Kak Yong: gambar-gambar akan diupload kemudian sebab kena tunggu gambar dari Kak Ngah...

Thursday, August 28, 2008

..::Selamat Menyambut Ramadhan::..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Salam buat keluarga KBM KL yang Alang sayangi selalu..
Di kesempatan ini..Alang nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..
Alang juga ingin memohon sejuta kemaafan..
Andai selama Alang memberi khidmat dlm KBM..banyak salah silap yang telah melukai kalian semua..
Maafkan Alang..
Khusus utk semua pengendali dan KBM KL..

::Pak Long::Pak Andak::Pak Kay::Pak Ngah::Umi Ida::Mak Andak::Abg Bai::Kak Sodd::Kak Nina::Kak Damia::Abg Nizam::Abg Wan::Kak Teh::Abg Wan Am::
Adik beradik usrah Alang..
Fasi2 yang semakin bertambah mengembangkan ukhuwah keluarga KBM KL..

Umum buat adik2 kasih dan sayang yang sudah terbuka hati menyertai keluarga KBM KL..
Maafkan Alang..

Kad raya di atas di reka oleh teman baik Alang..
Alang hadiahkan pada semua..
Semoga Ramadhan yang bakal kita jalani...
Dipenuhi dgn ibadah2 yang sempurna dan di terima Allah..
Sekali lagi Alang memohon ampun..
Halalkan rezeki2 Alang..
Doakan kesejahteraan keluarga Alang dan Alang sendiri..

Alang sayang kalian semua!!

Bicara Ramadhan ku
~Alang Atie

Tuesday, August 26, 2008

KBM PEWARIS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, syukur yg tak tak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaan yg diberikanNya, dapat juga kami meneruskan satu lagi misi dakwah melalui program KBM. Pada hari jumaat dan sabtu yang lepas, bersamaan dengan 22 dan 23 Ogos 2008, sekali lagi kami berpeluang untuk mengadakan KBM di Sekolah Menengah Islam Al-Amin tetapi kali ni KBM versi PEWARIS JIM. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada 18 orang adik kasih dan 12 orang adik sayang. Terdapat beberapa orang pengendali dan fasi yang terlibat. Antaranya, Pak Andak, Pak Ngah, Pak Long, Pak Kay, Abg Wan, Abg Ibrahim, Abg Yasser, Abg Zam, Mak Andak, Ummi ida, Kak Nina, Kak Mia, Anjang Kila dan Alang Atie.

Seperti biasa, program dimulakan dengan slot KMKY yang dikendalikan oleh kak nina. Pada awalnya adik2 semua kelihatan seperti tidak berperasaan..hehe. Namun program tetap diteruskan juga sehinggalah pada sesi army yell, suasana mula riuh rendah dengan gelagat para peserta. Ditambah pula dengan aksi-aksi para fasilitator dalam menggayakan army yell mereka. Sesi perkongsian kali ini dimeriahkan dengan tiga orang kembar tak seiras, yang mana salah seorang dari mereka telah menceritakan keseluruhan perjalanan program pada pagi tersebut ditambah dengan perasaan beliau ketika setiap aktiviti dijalankan. Sangat mencuit hati!

Selepas solat jumaat di masjid yang berdekatan, program diteruskan dengan slot inteam yang dikendalikan oleh kak nina sekali lagi. Untuk sesi riadah pula, adik-adik sayang telah dibawa beriadah diluar dewan dan dikendalikan oleh Abg Ibrahim dan Abg Yasser. Manakala adik-adik kasih pula didewan bersama-sama Kak Mia, Kak Nina dan Alang Atie. Pada malamnya, slot MAM 1 dibawa oleh Pak long dan MAM 2 pula oleh pak ngah dan kak nina.

Keesokan hari, para peserta dihidangkan dengan beberapa video pasar malam yg tak dapat ditayangkan pada malam sebelumnya kerana kesuntukan masa. Para peserta begitu teruja melihat aksi masing-masing. Sekitar jam 9 pagi, slot MKMS untuk ibubapa pun dimulakan seperti biasa oleh ummi ida dan pada masa yang sama slot hijrah berlangsung ditempat yang berasingan dan dikendalikan oleh anjang kila. Kemudian sesi pertemuan dikendalikan oleh kak nina dan diakhiri dengan slot perkongsian. Sekali lagi si kembar 3 bangun berkongsi. Suasana menjadi riuh rendah dengan gelak tawa peserta dan ibubapa yang hadir. Seperti biasa, Ulwan, salah seorang dari mereka telah berkongsi setiap peristiwa yang beliau alami sepanjang program. Rasanya sharing yang paling panjang dan lama yang kami pernah dengar dari peserta KBM KL. Juga sharing daripada si kecil Ma'allim Munirah Samsuri, peserta paling muda (11 tahun) yang sangat berani dan petah berbicara.


Kak Mia : Maaf, ana xsmpat nak ambil gmbar masa prgram ni.. so, kte tengok video jela ye.. (^_^)

video

Wednesday, August 13, 2008

..:: KBM SMI Al-Amin Gombak ::..

Alhamdulillah, pada 9 dan 10 Ogos 2008 yang lalu, team KBM Kuala Lumpur telah menjayakan program Keindahan Bersama Mu di Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak. Seramai 112 orang pelajar tingkatan 2 telah menyertai program KBM kali ini. Mereka terdiri daripada 56 orang adik-adik sayang dan 56 orang adik-adik kasih. Ini adalah jumlah yang terbanyak setakat ini bagi program KBM yang dikendalikan oleh team KBM KL untuk sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Seramai 24 orang pengendali dan fasilitator telah menjayakan KBM kali ini. Pengendali terdiri dari Abang Bai, Pak Kay, Pak Long, Pak Andak, Pak Ngah, Ummi Ida, Kak Sodd, Kak Mia, Kak Nina dan Kak Yong. Ketua pramugara kali ini, Abang Aiman (k-JAD) dibantu oleh Abang Nasir (k-JAD), Abang Wan (k-JAD), Abang Hilmi (k-JAD), Arul, dan Mad. Ketua pramugari pula Uda Nas (k-IIC) dibantu oleh Ucu Ikmal (k-IIC), Kak Keena (k-IIC), Kak Ayu (k-IIC), Kak Chik (k-IIC), Kak Iffah, Kak Nurull, dan Kak Zarina. Turut hadir Makcik Lisa (Mami Abang Bai), Kak Teh & Baby Anis, dan Zainab 'Adik Kecik' (anak Pak Andak)

Program dimulakan dengan slot KMKY (Knowing Me Knowing You) yang dikendalikan sepenuhnya oleh Abang Bai. Usai solat Zohor, program diteruskan dengan slot InTeam yang dikendalikan oleh Pak Ngah, Abang Bai dan Kak Nina. Slot riadah usai solat Asar bagi adik-adik sayang telah dikendalikan oleh para pramugara manakala bagi adik-adik kasih telah dikendalikan oleh Kak Chik dan Kak Yong. Usai solat Isyak, program diteruskan lagi dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Pak Long Hassan dan seterusnya MAM 2 dikendalikan oleh Kak Yong dan Abang Bai.

Keesokkan harinya pada 10 Ogos 2008, program diteruskan dengan slot Hijrah bagi adik-adik kasih dan sayang manakala slot bersama ibu bapa MKMS telah dikendalikan oleh Ummi Ida. Tepat jam 11.45 pagi, program diteruskan dengan slot pertemuan yang dikendalikan oleh Abang Bai. Seperti biasa, program ditamatkan dengan sesi bersalaman antara pengendali, fasilitator, ibu bapa, guru-guru dan adik-adik kasih dan sayang.


Laporan oleh Kak Yong (k-IIC)

..:: Gambar KBM Al-Amin ::..

Assalamualaikum wrt....

Dah lama tak update blog KBM KL ni...alhamdulillah pada 9 & 10 Ogos yang lalu kami team KBM KL telah berjaya menerbangkan sebuah lagi pesawat bernombor 090808 di Sekolah Al Amin Gombak. Jom kita tengok gambar-gambar yg ada di bawah ini....

Knowing Me Knowing You



Abang Bai memulakan bicara KMKYnya, kali ni kami tukar strategi...sayang di depan...kasih dibelakang....

Ini dia gambar penumpang-penumpang pesawat kami... macam-macam gambaran ada kan..ada yang happy..ada yang monyok..ada yang blur dan ada yang tak happy...huhu


Ini dia barisan pramugara...dari kiri... : Aiman, Arul Taman Medan, Wan, Nasir, Hilmi dan Mad...ramai pramugara kali ni adalah mereka-mereka yang boleh cakap Jepun!!! huhu


Ini pulak pramugari-pramugari kita : dari kiri Kak Sakeenah, Kak Iffah, Kak Ayu, Kak Chik, Kak Ikmal, Kak Uda...huhu...mana nak cari pramugari yang pakai tudung....hanya dalam flight KRJ sahaja...huhu...


Hah..!!! ramai yang geli bila kita minta dia peluk kawan-kawan dia....ish!!!! huhu

Ayuh kita bersatu tekad...yang pakai vest hitam dan berTSHIRT hijau tu Abang Bai namanya...huhu

INTEAM...


Ini sedikit gambar semasa slot inteam...alhamdulillah segalanya dapat dileraikan ....masing-masing dapat telus dan berterus terang sesama mereka..


HIJRAH...


Kita lihat betapa adik-adik ini bersungguh-sungguh menyenaraikan apakah peruahan-perubahan yang bakal mereka lakukan...



MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG

Slot ini dikendalikan oleh Abang Bai, kelihatan beberapa wakil ibu bapa sedang memeluk, salam dan memberi semangat kepada peserta yang ayah dan ibunya tidak hadir dalam program ini...

Betapa hubungan kasih sayang sesama sahabat itu penting.katakan lah kepada sahabatmu... " Aku sayangkan kamu lebih dari aku sayangkan diri aku sendiri "


Peluklah ibu mu itu selagi kau mampu untuk memeluknya....peluklah dengan bersngguh-sungguh...


Doa dari seorang ayah...



Tidak kami sedari program kali ini dihadiri oleh anak selebriti TV3...

Apalah nasib anak ini..apabila ibunya tidak mahu memeluk anaknya ini..dan anaknya sanggup memalingkan wajahnya dari memandang ibunya...hihi...gurau aje....ni anak Kak Teh..dan tu ( makcik tu ) adalah mak Abang Bai...Makcik Lisa...


TAMAT...

Ini gambar kami beramai-ramai....thanks Kak Yong atas lukisan ni...

Kak Yong: Siapa yang draft entry ni? Kak Yong edit tau! Huhuhu...

Tuesday, August 12, 2008

..:: Ulangtahun Kelahiran ::..

zwani.com myspace graphic comments

Graphics for Happy Birthday Comments



Team KBM Kuala Lumpur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Hafizul Amin @ Angah USIM yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 20 pada tanggal 16 Ogos 2008 ini dan kepada Abang Riddhuan yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran ke 25 pada tanggal 23 Ogos 2008 ini.Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikekalkan nikmat iman dan Islam dan doa kami agar Angah diberi kekuatan untuk terus memperjuangkan Islam hingga ke helaan nafas yang terakhir. Amiinn...

Salam kasih salam sayang dari warga KBM KL

Kak Yong: harijadi Angah USIM sama dengan KSPPJ la...mabruk atas perlantikan sebagai ameer KARISMA KL... bulan ni Angah sorang je ke yang sambut hari lahir?

..:: Searching For The True Love ::..

Untuk gambar yang lebih besar, klik pada gambar...




Bilangan 1, Jun 2008





Bilangan 2, Julai 2008

Thursday, August 7, 2008

..:: Follow-up Maxwell ::..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2008 jam 12.30 tengahari, team KBM KL yang terdiri dari Abang Bai, Kak Yong, Ucu, Mak Long, Pak Andak, Mak Andak dan Pak Kay telah bertandang ke SMK Maxwell bagi sesi follow up peserta KBM. Kehadiran kami disambut oleh adik-adik sayang dan ustazah. Sesi follow up dilaksanakan di dalam perpustakaan SMK Maxwell. Kali ini Kak Yong mengambil peranan sebagai 'kak laptop' tak bertauliah.

Sesi dimulakan oleh Pak Andak di mana kami dan adik-adik kasih, sayang sama-sama berSATU TEKAD, berGEMURUH, berHAPPY CHICKY. Namun disebabkan ruang yang agak terhad, pergerakan kami agak terbatas semasa berHAPPY CHICKY.

Sesi diteruskan oleh Abang Bai dengan slot KINI & HIJRAH. Setelah itu, adik-adik kasih dan sayang dikehendaki menyenaraikan 5 sebab kenapa mereka tidak bersedia lagi untuk mati, 5 perubahan yang telah mereka lakukan setelah mengikuti KBM dan 5 cadangan untuk KBM. majlis ditutup dengan klip video gemuruh versi Maxwell dan bacaan doa oleh Abg Bai.



Kak Yong: Gambar kat Maxwell tak ada, kena mintak dengan Abang Bai...KY x bawak kamera time tuh...

Monday, August 4, 2008

..:: Follow-up Cheras Jaya ::..

Pada 2 Ogos 2008, KY bersama Pak Andak, Abang Hud (Huzaifah), Kak Nina dan Kak Chik sempat mencuri masa (waktu itu kami sedang ber'KBM' di Sekolah Islam ADNI, Tmn Sri Ukay) ke Bandar Baru Bangi untuk sesi follow-up bersama-sama adik-adik di SMK Cheras Jaya. Kami bertolak dari Sekolah Islam ADNI hampir jam 2 petang kerana menanti Pak Andak yang tidak kunjung tiba.

Setibanya sahaja kami di Surau Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, kami mendengar sayup-sayup lagu Demi Matahari didendangkan oleh adik-adik kasih dan sayang Cheras Jaya 1 dari tingkat 1 surau tersebut. Kami pun segera memanjat anak tangga untuk bersama mereka. Sambil memanjat tangga, tangan KN dah tak sabar-sabar mengalunkan lagu Demi Matahari dengan memetik jari mengikut rentak lagu Demi Matahari.

Apabila adik-adik kasih ternampak sahaja fasi-fasi KRJ Kuala Lumpur memanjat tangga, mereka menjerit-jerit berlari sambil memanggil nama KN, KY dan KC dan fasi-fasi yang lain. Ikhwah JIM Hulu Langat (2-3 orang) yang sedang mengendalikan Demi Matahari, tergamam dan tercengang melihat kerenah adik-adik kasih dan sayang menyambut ketibaan selebriti KRJ Kuala Lumpur ini.

Maka pengendali majlis dari JIM Hulu Langat pun tanpa melengahkan masa terus menyerahkan majlis kepada kami tanpa memberikan kami masa untuk menarik nafas memanjat tangga sambil membawa PA sistem dan lain-lain alatan.

Sambil bersalaman dan berpelukan dengan adik-adik CJ ini, Pak Andak perasan ada dua-tiga orang peserta KBM CJ2 yang baru hadir minggu lepas di Kem Harba, Sg Congkak juga turut hadir follow-up CJ1 kali yang ke 2 ini. Mereka tak lain tak bukan Ijoi (Faizul) yang juga peserta CJ1 dan yang memeranjatkan lagi ialah Alijah @ Ali, peserta masa di CJ2 baru-baru ini serta seorang lagi adik sayang Ismail atau Ikmal (tak ingat namanya). Bila Pak Andak tanya Ali macamana boleh ada di sini, dia senyum sahaja. Nampak ceria sahaja mukanya.

Mengikut Ustaz Rujhan, guru-guru CJ ramai yang memberi komen baik tentang pelajar-pelajar selepas KBM baru-baru ini seperti menghormati guru dan lain-lain. Ayuh kita doakan supaya perubahan-perubahan ini benar-benar ikhlas dari dalam diri mereka dan bukan "berlakon" seperti yang di katakan oleh sebahagian pelajar-pelajar CJ2. Jadi sesi follow-up memang perlu diadakan lagi bagi memastikan perubahan yang telah berputik disirami dengan baja dan air yang cukup.

Dalam perjalanan pulang, tekak kami telah haus berDemi Matahari, berChicky Dance, berSatu Tekad, berGemuruh dan bertazkirah "Are you significant" dan "Armageddon" dengan adik-adik kasih dan sayang CJ1. Kami pun mencari gerai Laksa Buyong tetapi tiada di Bandar Baru Bangi. Maka KY, KC dan KN pun mencadangkan kalau kita biasa jual Lai Chi Kang sahaja masa KBM games, apa macam kita cari gerai LCK kali ini.

Maka Pak Andak pun merempit Wira Pak Andak ke seksyen 1 untuk mencari gerai LCK. Tapi malangnya yang kami jumpa ialah pasar malam. Maka kami pun sempat mencari "video pasar malam" untuk Adni malam itu. Akhirnya kami berjumpa dengan gerai LCK dan menghilangkan haus kami di situ.

Semasa mencari video pasar malam tu, sebagai tanda betapa setianya fasi-fasi kita dengan KRJ KL, vest KRJ KL pun tak dibuka masa round pasar malam tu.

Masa tengah round-round tu, ada adik-adik kat pasar malam tu apabila melihat sahaja 3 orang fasi kita menegur, eh...polis lah......

Cuba tengok polis tu .... hahahaha


Photobucket


Ronda-ronda cari laicikang sejuk



Bergambar kenangan dengan adik-adik kasih...


Laporan oleh : Pak Andak
Tukang edit : Kak Yong


Tukang post : Kak Yong

Sunday, August 3, 2008

..:: KBM Sekolah Islam ADNI ::..

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNYA, maka team KBM KL telah berjaya melaksanakan program Keindahan BersamaMU yang bertempat di Sekolah Islam ADNI, Taman Sri Ukay pada 2 dan 3 Ogos 2008.

Seramai 48 orang pelajar Sekolah Islam ADNI telah mengambil bahagian dalam program KBM kali ini yang terdiri dari 23 orang adik-adik sayang dan 25 orang adik-adik kasih. Seramai 17 orang pengendali dan fasilitator telah menjayakan program kali ini yang terdiri dari Abang Bai, Pak Kay, Pak Andak, Pak Ngah, Ummi Ida, Kak Nina, Kak Sodd dan Kak Mia. Fasilitator ikhwah diketuai oleh Abang Zam dan turut dibantu oleh ikhwah dari Intisor iaitu E-Ming, K.U (Anas), Zim dan Hud (Huzaifah). Fasilitator akhwat pula diketuai oleh Kak Chik dan dibantu oleh Kak Yong, Anjang Kila, DT dan Kak Ngah.

Slot KMKY telah dikendalikan oleh Abang Bai, Pak Ngah dan Kak Nina secara bergilir-gilir. Slot InTeam pula menggandingkan Pak Ngah dan Abang Bai. Slot riadah bagi adik-adik sayang dikendalikan oleh Akh Wan Am manakala untuk adik-adik kasih telah dikendalikan oleh Anjang Kila. Di sebelah malam pula, slot MAM 1 dikendalikan oleh Pak Andak manakala bagi slot MAM 2, Kak Yong dan Abang Zam bergandingan buat pertama kalinya.

Keesokkan harinya iaitu pada 3 Ogos 2008, slot Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang telah dikendalikan oleh Abang Bai di surau ADNI manakala slot MKMS bersama ibu bapa telah dikendalikan oleh Ummi Ida di conference room. Slot pertemuan pula telah dikendalikan oleh Abang Bai. Majlis ditutup dengan sesi bersalaman antara pengendali, fasilitator, ibu bapa dan adik-adik kasih dan sayang.


Lukisan yang terhasil sewaktu mood menconteng datang (KY)

Kak Yong: pada sebelah petang 2 Ogos, KY bersama Pak Andak, Abang Hud, Kak Nina dan Kak Chik sempat mencuri masa ke Bandar Baru Bangi untuk sesi follow-up bersama-sama adik-adik di SMK Cheras Jaya. Kami mendapat sambutan hangat dari adik-adik kasih dan sayang, kalah artis popular... =)