Monday, July 28, 2008

..:: Penerbangan Taman Medan ::..

Dimulakan bicara bisu ini dengan lafaz suci bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, jutaan penghargaan dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana penerbangan pesawat KRJ 260708 dari lapangan terbang Dewan Serbaguna Taman Medan @ Sek. Ren. Agama Taman Medan, Petaling Jaya telah selesai dengan jayanya.

Kak Yong dan Anjang Kila sedang mengendalikan slot KMKY

Pada 26 Julai 2008, bertempat di Dewan Serbaguna Taman Medan, seramai 71 orang adik-adik kasih dan sayang (21 adik sayang, 50 adik kasih) telah mengikuti penerbangan kali ini. Buat pertama kalinya, slot KMKY menggandingkan Anjang Kila dan Kak Yong. Walaupun ada sedikit masalah teknikal di awal slot, segalanya dapat diatasi dengan celoteh dari Anjang Kila dan Kak Yong. Penerbangan kali ini turut menampilkan wajah-wajah baru pramugara dan pramugari. Seramai 21 orang pengendali dan fasilitator telah menjayakan KBM kali ini iaitu Pak Long, Pak Kay, Umi Ida, Kak Yong, Anjang Kila, Kak Ngah, Andak, Kak Nurull, Adik DT, Kak Mia, Kak Sal, Aiman Tak Kesah, Abang Zam-zam, Yusri, Yasser, Lukman dan juga team JIM PJ. Ketua pramugara kali ini ialah Abang Zam-zam manakala ketua pramugari ialah Kak Ngah.



Adik-adik sedang mengikuti slot InTeam yang dikendalikan oleh Umi Ida dan Kak Yong


Slot InTeam pula menggandingkan Umi Ida dan Kak Yong yang pertama kali beraksi bersama. Riadah pula dikendalikan oleh Kak Ngah untuk adik-adik kasih. Selesai riadah, kami berpindah ke dewan Sekolah Rendah Agama Taman Medan. Slot MAM1 dijayakan oleh Pak Long Hasan, manakala slot MAM2 dikendalikan oleh Kak Yong dan Pak Kay. Pada malam itu kami telah mendapat kunjungan dari Akh Wan Am.


Pada 27 Julai 2008, slot Hijrah telah dikendalikan oleh Kak Yong dan Anjang Kila di Masjid Jamek Taman Medan manakala slot MKMS dikendalikan oleh Umi Ida di dewan Sekolah Rendah Agama Taman Medan. Suasana sayu menyelubungi dewan apabila ibu ayah dipertemukan dengan anak-anak kasih dan sayang. Beberapa orang ibu bapa dan adik-adik kasih dan sayang telah memberikan sedikit perkongsian. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Puan Haniza Talha merangkap ADUN Taman Medan yang juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada setiap peserta.

Sesungguhnya, terlalu banyak yang kami pelajari sewaktu mengendalikan KBM Taman Medan. Harapan kami, usaha mentarbiyyah adik-adik kasih dan sayang di Taman Medan akan diteruskan oleh pihak JIM PJ.



Kak Yong
: air mata menitis bila mendengar 'sharing' dari seorang adik sayang. Walau apa pun, tiada seorang manusia pun yang tidak melakukan kesilapan. Apa yang penting, ambil peluang dari kesedaran yang lahir dari hati untuk melakukan perubahan. Abaikan ejekan dan kata-kata orang sekeliling kerana apa yang kita lakukan adalah untuk diri kita, bukan untuk mereka. (Gambar-gambar akan diupload kemudian. Masih menanti gambar dari Adik DT)

0 comments: