Sunday, July 27, 2008

..::Pengembaraan Ke Kem Herba::..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kali ini Allah memberi peluang kpd pengendali2 baru team KBM KL melancarkan penerbangan ke 2 destinasi pilihan KBM hujung minggu ini.

Pada pagi 26 Julai 2008, sejumlah 45 adik2 kasih dan 30 org adik2 sayang dari Sek Men Keb Cheras Jaya telah menyertai penerbangan KBM, nombor pesawat KRJ 260708 yang berlepas dari Kem Herba Sg Congkak.

Adik2 kasih fokus pada Kak Nina

Slot KMKY telah dikendalikan dgn lancarnya dgn gabungan Kak Nina dan Pak Ngah. Seramai 16 orang pengendali dan fasilitator telah mengambil bahagian dlm penerbangan kali ini iaitu Pak Ngah, Pak Andak, Umi Aisyah, Kak Nina, Abg Wan, Alang Atie, Uda Nas, Ucu (Ikmal Rusyda) Kak Zarina, Kak Biha, Ibrahim (anak Pak Andak), Abg Hud, Anas, Hazim, Iming, dan 2 lg ikhwah dr Kolej Intisor, Kajang.
KBM kali ini merupakan KBM ke 2 bagi SMK Cheras Jaya tetapi rata2 adik2 yg hadir merupakan peserta kali pertama.Tapi terdapat juga sebilangan adik2 yang merupakan Alumni KBM SMK CJ yang turut serta utk kali ke 2 Alhamdulillah..(kalau ada yang ingat..Ijoi Benjo..)hehe..

Army Yell kump Cinta 12 Segi

tepuk dik tepuk..

Kak Nina dan Pak Ngah meneruskan pengembaraan tgh hari itu dengan slot INTEAM..slot yang cukup penting dlm mengingatkan adik2 tentang pentingnya jalinan persahabatan yang kukuh serta peranan kita sbg seorang sahabat. Alhamdulillah kami para fasilitator dikurniakan adik2 yang mampu bekerjasama dgn baik sekali..(trademark kak Nina..*ape yang penting??kerjaaaaasama!*)..hehe..

Apa agaknya celoteh Ucu tu..

Slot Inteam

Riadhah petang diteruskan dgn aktiviti mandi sungai.Memandangkan kem kami di Sg Congkak, adik2 kasih & sayang tidak melepaskan peluang setelah sepagi berprogram.
Pengembaraan Meniti Angin Malam 1 di kendalikan oleh Pak Andak. Walaupun pada awalnya ada yang tidak memberi kerjasama dgn ada yang terlelap..Saya yang tgk dari meja laptop tu sabar je dalam hati..tp Alhamdulillah di pertengahan slot, semua memberikan respon terhadap penyampaian Pak Andak.
Sesi malam diteruskan dengan slot MAM2, sekali lagi Kak Nina dipertanggungjawabkan menjadi Director slot. Akhir slot agak kalut tapi Alhamdulillah, adik2 dapat di kawal dgn baik oleh para fasi.Slot MAM2 berakhir kira2 jam 1 pagi.

Pagi 27 Julai 2008, penerbangan KRJ 260708 diteruskan dengan tayangan video adik2 sepanjang aktiviti hari sebelumnya.
Seterusnya Kak Nina di bantu Kak Teh mengendalikan Hijrah di dewan makan berhampiran, sementara Pak Andak & Alang Atie menunggu ibu bapa yang akan hadir. Tunggu punya tunggu, pukul 12tgh hari, baru lah 4 orang ibu bapa yang hadir. Lantaran masa yang suntuk, slot ibu bapa yang hampir2 tak jadi, tetap dijalankan dengan singkat oleh Pak Andak.

Pertemuan..Umi Aisyah dan Ibrahim..

Alhamdulillah slot Pertemuan di bawah pengendalian Kak Nina berjalan dgn baik sekali. Adik2 nampaknya terkesan dengan pesanan tarbiyyah yang disampaikan dalam KBM ini.
Majlis di akhiri dengan ucapan dari wakil pengetua SMK CJ serta ucapan dari setiausaha JIM daerah Hulu Langat dan seterusnya majlis penyampaian hadiah dan penghargaan dari pihak sekolah.

Ijoi dapat hadiah wakil kump..

Harapan kami agar adik2 kasih dan sayang tidak meninggalkan segala ilmu yang diperoleh dari KBM apabila kembali ke sekolah dan meneruskan hidup menjadi insan yang mampu berubah ke arah yang lebih baik.

Aqulu qaulihaza..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
~Alang Atie

0 comments: