Thursday, July 17, 2008

..::Taman Keramat Destinasi Ku::..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Menyerlah Jauh dari Yang Biasa!!

Syukur kami panjatkan..Alhamdulillah..pd 12 & 13 Julai 2008 yg lalu, team KBM KL telah mendarat di Taman Keramat utk 1 lg pngembaraan Keindahan BersamaMu. Kali ini KBM telah dijalankan atas jemputan YB Dun Ulu Klang, YB Saari Sungib a.k.a Abu Urwah utk adik2 yang tinggal di sekitar Ulu Klang.

Adik2 Kasih


Adik2 Sayang dan fasi2..ramai..hehe

Pagi 12 Julai 2008
Seramai 23 adik2 kasih dan 2 adik sayang telah mendaftar sbg peserta KBM kali ini yang dijalankan di Dewan Orang Ramai Pangsapuri PKNS Taman Keramat. Jumlah yg agak sedikit..tp mari kita lihat kesannya.
Program di mulakan seperti biasa dgn slot KMKY. Istimewa KBM kali ini memperlihatkan gandingan sulung Kak Nina & Pak Ngah Ghaffar mengendalikan slot ini.Mantap!
Seterusnya para pramugari & pramugara memperkenalkan diri yang di sertai Abg Bai,Pak Andak, Pak Long, Pak Kay, Akh Wan, Akh Nizam, Akh Khairil, Akh Arif, Kak Lang Atie, Kak Ana, Kak Yong, Anjang Kila, Kak Ngah, Kak Nurull, Kak Mimi, Kak Sodd,Kak Ila, Kak Fizah & Kak Himmah.

Army Yell Adik Kasih

Alhamdulillah kami di kurniakan adik2 yg cukup sporting. Slot Army Yell, walaupun ada yg malu2, tp cukup menarik. Dan walaupun kump adik2 sayang hanya 1, tapi memang unik army yell mereka di bawah usaha Abg Bai.

Gelagat Army Yell Sayang dan fasi=)

Selepas Zohor, sekali lagi pilot Kak Nina & Pak Ngah bergandingan mengendalikan slot Inteam.
Adik2 yg menyertai dtg dari pelbagai sekolah dan datang secara berkumpulan. Alhamdulillah tiada sebarang masalah mengendalikan mereka. Mereka di bawa menyelami kasih dan sayang dlm persahabatan dan dlm memperbaiki diri mereka sendiri.

Inteam

Selepas Asar, fasi akhawat mengambil alih slot Badan Sehat Otak Cergas di kendalikan oleh Kak Yong & Anjang Kila. Happy Choki dan gerai laicikang tak pernah terlepas.hehe..dan sekali lagi ditutup oleh Kak Nina dgn selawat & zikir.
Usai maghrib, adik2 kasih dan sayang terus dibawa dlm Meniti Angin Malam. Kami terpaksa "skip" tazkirah dan terus ke MAM memandangkan dewan tersebut perlu ditutup jam 12mlm.
Seperti biasa, penghayatan kehidupan dan hubungan dengan Allah, Nabi Muhammad dan ibu bapa diserapkan di dalam jiwa adik2 kasih dan sayang oleh pilot MAM1, Pak Long dibantu oleh Pak Andak.
Selesai MAM1, MAM2 terus dijalankan sekali lagi di bawah arahan mantap Kak Nina dgn kerjasama fasi2 membawa adik2 menyelami suasana malam yg kelam.
Slot MAM2 selesai pada jam 12.30mlm diakhiri dgn Solat Isyak di surau berdekatan.

13 Julai 2008

Sesi pertemuan

Slot Menyemai Kasih Menuai Sayang pagi ini bermula agak lewat kerana sedari pukul 9, tiada ibu bapa yang hadir. Agak risau juga Kak Lang dan Umi Ida tapi Alhamdulillah pada jam 10, ibu bapa mula hadir. Walaupun sedikit, hanya 7 orang tapi Umi Ida tetap berjaya menerbangkan ibu bapa melihat pengalaman2 yang telah di lalui oleh anak2 mereka.
Manakala adik2 kasih dan sayang dikendalikan oleh Abg Bai & Kak Nina dlm slot Hijrah di surau.
Pada jam 12 tgh hari, sesi Pertemuan dijalankan oleh Abg Bai.
Adik2 sayang yang tidak dihadiri ibu bapa

Seterusnya majlis penutup di akhiri dgn ucapan YDP JIM Ulu Klang serta penyampaian sijil kepada adik2 kasih dan sayang.

Alhamdulillah, selesai sudah pengislahan kali ini. Cabaran buat team KBM KL pada 26 & 27 Julai 2008 menanti dgn 2 penerbangan serentak di Taman Medan dan Cheras Jaya yang merupakan penerbangan sulung buat pengendali2 baru tanpa bimbingan Abg Bai.
Good Luck!!
Jazakallahu Khairah Kathira..
Assalamualaikum..
~Alang Atie~

0 comments: