Tuesday, November 17, 2009

To All SPM+STPM Candidates..


Allahumma, Ya ALLAH...
Ramai di antara adik-adik kami menginginkan kebaikan daripada apa yang mereka lakukan, Terutama buat mereka yang masih di peringkat peperiksaan SPM/STPM,
jadikanlah buat mereka peperiksaan SPM/STPM ini peperiksaan yang mengukuhkan keimanan mereka terhadapMu,
dan jadikanlah ia satu sebab untuk mereka mendekatiMu..

Ya ALLAH Ya Ar-Rahman..
Engkau maha mengetahui keadaan mereka Ya Allah,
maka Engkau permudahkanlah buat mereka apa yang sukar bagi mereka..
Engkau peringatkanlah buat mereka apa yang mereka lupa,
dan Engkau ajarkanlah mereka apa yang tidak mereka ketahui..

Ya Ar-Razzaq, Ya Ar-Rahim..
Sungguh Engkau menyukai hamba-hambaMu yang kuat,
maka Engkau jadikanlah adik-adik ini adik-adik yang kuat..
Adik-adik yang mampu bertahan dengan tekanan perasaan dan harapan..
Jadikanlah mereka teguh dalam menghadapi ujian-ujianMu..
Kepada-Mulah kami memohon dan meminta..
KepadaMu jualah kami bergantung harap..
Tidak berkurang sedikit pun kekayaanMu dari menunaikan apa yang kami pohonkan,
Maka perkenankanlah do'a kami, dan terimalah 'amalan kami..
Redhailah kami dan jauhkanlah kami dari api neraka,
serta masukkanlah kami ke dalam syurgaMu...

Amiin.. YA RABBAL 'ALAMIIN..




[petikan daripada doa pak im- krj johor]
~Jzkk~

2 comments:

Alang Atie said...

salam...
salam perjuangan buat adik2 kasih sayang yang akan menjalani SPM dan STPM..

buat adik2 seperjuangan Fasi KBM KL..yasser..luqman..amir..sape lg eh..maaf, ni je yang Alang ingat akan amik SPM..hihi..

GOOD LUCK TO YOU ALL...

MAY ALLAH BLESS YOU..

Kak Yong said...

Salam alaik..
selamat berjuang buat semua adik2 kasih dan sayang tak kira di mana jua kalian berada...doa KY senantiasa mengiri kalian...all da best...bittaufiq wannajah fil imtihan ameennn...

Tak lupa jg buat Adik2 KY yg baik...yasser, luqman, amir, dan jg Aqi...all da best! pastikan kalian sentiasa menyerlah jauh dari yang BIASA!!!