Monday, July 20, 2009

PESAWAT 180709: S.M AGAMA KUALA LUMPUR

Reported by : Hamra'
Bismillahirrahmaani rraheem
Bada'tu bi ismi jalla wa'ala

Segala syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, tuhan sekalian alam. Dengan rahmat dan kasih sayangNya, warga KBMKL sekali lagi diberi peluang untuk menyantuni anak - anak bangsa one malaysia. KBM kali ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur @ SMKAKL. Seperti biasa, sebagai persiapan awal, warga fasi telah selamat mendarat di airport SMAKL pada pukul 11:00 malam.

Keesokan harinya menyaksikan, para fasilitator bangkit dari tidur mereka dengan muka yang berseri - seri tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada program keindahan bersamamu. Tidak kurang juga para peserta. Kecergasan mereka terserlah apabila kehadiran mereka begitu tepat pada masanya. Dengan berpakaian seragam K.L.I.S berwarna merun, menunjukkan tahap disiplin mereka amat tinggi. Sempat juga kami menjejakkan kaki kami di dewan yang telah dinobatkan sebagai dewan yang terbersih di peringkat kebangsaan. Menarik!! Inilah antara keistimewaan SMAKL. Kehadiran mereka kami sambut dgn senyuman dan kata - kata manis. Tak sangka, ada yang sempat berjenaka dengan kami. Memang sporting!!

Jam 9.00 pagi majlis bermula dengan ucapan yang menarik dari pengetua SMAKL, Ustaz Sakijan dan YDP PIBG SMAKL. Penyerahan para peserta disempurnakan oleh YDP PIBG SMAKL. Peserta KBM kali ini sgt luarbiasa kerana para peserta hanya terdiri dari sayang sahaja, yang berjumlah 43 orang termasuk para 'pegawai sekolah. Penerbangan dimulakan dengan slot KMKY [ KNOWING ME KNOWING YOU ] menampilkan gandingan hebat P.Ngah dan Abg Nizam. 'Chemistry yang terhasil bak kacang melahirkan kulitnya. Sungguh luarbiasa!! Kebekuan sayang mudah sahaja dicairkan. Selepas minum pagi, slot ARMY YELL diteruskan. Kekreatifan adik - adik sayang menjadikan kami begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan program ini. Tidak dilupakan persembahan khas dari para pegawai tampak begitu semangat, tadap tadap tap tap tap. tatap ta tap tap. tepuk menepuk atas peha. Kami sangat berpuas hati dengan YELL ARMY yang ditunjukkan oleh adik - adik sayang. Tahniah kami ucapkan!!

Seusai makan tengah hari dan solat zohor, slot INTEAM @ Akrab Persahabatan diteruskan dibawah kendalian P.Ngah. Adik - adik sayang telah menunjukkan bahawa mereka sedia membantu dan dibantu di slot ini. Adegan - adegan menyeramkan mula mendapat restu dan serius. Peluk memeluk, cuit menyuit, berpegangan tgn, merasakan kehangatan tgn sahabat rapat yg berada di hadapan mereka. Minda mereka telah dibuka dan dibawa ke sebuah pengembaraan. Betapa indahnya persahabatan itu jika ia disalutkan dengan kasih dan sayang. Kerjasama yang mereka berikan sangat sangat luarbiasa. Syahdu mendengar perkongsian tulus dari adik - adik sayang buat sahabat - sahabat yang dikasihi.

Slot Badan Cergas Otak Cerdas diteruskan selepas solat asar berjamaah. Pelbagai game kami bermain bersama adik - adik sayang. Game zus-tang x pernah lapuk walaupun itulah game yang dilakukan tiap - tiap kali KBM. " Korang meeeeemang best!! "

Pada malam hari, slot MAM1 [ Meniti Angin Malam 1 ] diteruskan setelah solat isya' dilaksanakan dibawah kendalian Umi Ida yang dijemput khas. Mereka dibawa ke sebuah pengembaraan yang lebih jauh sehingga dapat merasai betapa nikmat dan indahnya mengenal Allah yg maha Pencipta, Rasullullah junjungan-Nya, dan ibu ayah kita. Seusai MAM1, slot MAM2 pula menyusul di bawah kendalian Abg Nizam dan P.Kay dan Tok Andak. Adik2 telah dibawa melalui satu pengembaraan yang lebih spiritual dan hebat. Alhamdulillah, kedua-dua slot ini berjaya memberi kesan pada diri kasih dan sayang.

Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, adik kasih dan sayang dibawa untuk slot hijrah yang dikendalikan oleh P.Ngah dan dalam waktu yang sama, slot bersama ibu-bapa dikendalikan oleh Tok Andak

Alhamdulillah, kehadiran yang amat menggalakkan dari ibubapa adik2 SMAKL kali ini . Ini jelas menunjukkan bahawa ibubapa mereka sangat komited dan sangat menyayangi anak - anak mereka. Syabas dan tahniah buat adik - adik sayang dan para ibubapa yg sudi berkongsi dalam sesi ini..


Majlis diakhiri dengan ucapan dari Pengetua SMAKL dan sedikit ucpan ringkas dari Abg Wan Am selaku Pengerusi Kelab Remaja JIM Kuala Lumpur. Seperti biasa, setiap kali KBM, kami tidak pernah lupa akan kondisi dan nasib saudara-saudara seaqidah kita yang berada di Palestin. Dengan melancarkan tabung sumbangan Palestin. Moga Allah memberkati dan memberi balasan yang selayaknya atas kemurahan hati kalian, InsyaAllah..


Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru SMAKL atas kesudian mengundang kami warga KBMKL untuk bersama-sama berusaha menyantuni adik - adik sayang yang cukup istimewa ini. Tidak lupa juga kepada krew-krew kantin SMAKL atas hidangan yang sungguh istimewa dan sangat sedap! Dan yang paling utama, buat adik - adik sayang, kami sentiasa berdoa moga Allah memberi kekuatan dan menyuntik nikmat hidayah dan semangat dalam diri adik - adik SMAKL supaya sentiasa berusaha untuk menjadi remaja soleh wa musleh. Ameen.

Tak lupa juga ucapan untuk para fasilitator pesawat 180709 yang sanggup meluangkan masa di hujung minggu. Jazakumullah khairal jaza' atas kesudian antum semua. Moga ALLAH menerima segala usaha kita dalam menegakkan syariat ALLAH di bumi malaysia ini. Sekali lagi, jazakumullah khairal jaza'.

Barisan pengendali, pelaptop, videowomen+camerawomen, dan fasilitator yang terlibat :

| P.Ngah | Abg Nizam | P.Kay | Umi Ida | Tok Andak |

| K.Yong | K.Alang |
| ML |

| Abg.Kamal | Abg.Z | Abg.LuQ | Abg.Yasser | Abg.Abdullah |

0 comments: