Monday, June 29, 2009

PESAWAT 270609 : SMK Seri Bedena, Sg. Besar

In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful

Alhamdulillah, setelah berkonvoi dengan 3 buah kenderaan pada hari jumaat, 26 Jun 2009, akhirnya kami selamat tiba di daerah Sg.Besar sekitar jam 1230 mlm. Sesi TOT (Training of Trainers) ringkas diadakan untuk para fasilitator sebaik saja tiba. Para fasilitator diberi penerangan secara ringkas dan padat oleh Kak Nina selaku ketua rombongan untuk KBM Gen-Y minggu ini. Terasa bimbang juga dihati kami memandangkan ini kali pertama kami para pemuda dan pemudi diberi mandat untuk mengendalikan sepenuhnya KBM kali ini, dari pengendalian hingga ke hal-hal teknikal. Biasanya ada Pak2 dan Mak2 yang bersama, tapi minggu ni mereka semua ada hal masing-masing yang perlu diutamakan. Maka dengan itu, kami Gen-Y cuba untuk mengambil alih tugas yang sememangnya berat ini.

Keesokan harinya, tibalah masa yang dinanti-nanti. Pagi tersebut kami berkumpul di SMK Seri Bedena dan bersiap sedia untuk berKBM bersama adik-adik kasih dan sayang. Dan adik-adik kali ni merupakan adik2 yg sangat bersemangat bilamana mereka semua telah siap bersila di dalam dewan saat kami sedang menguruskan P.A System dan kerja teknikal yg lain sedangkan program belum lagi bermula pada masa itu. Syabas! Satu permulaan yang baik..

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dan penyerahan ringkas oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKSB kepada pihak KBMKL. Seramai 37 orang adik kasih dan 22 orang adik sayang bersama-sama kami dalam penerbangan kali ini, menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 59 orang. Program diteruskan dengan slot Knowing Me Knowing You (KMKY) bersama gandingan mantap Kak Nina dan Abg Zam. Suasana begitu riuh rendah pada sesi pengenalan fasilitator sehingga ke army yell. Adik-adik kasih dan sayang begitu ceria dan sangat teruja. Ramai yang bangun utk berkongsi perasaan mereka sewaktu slot KMKY ini.

Seusai solat zuhur berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot INTEAM dibawah pengendalian Kak Nina. Suasana mula bertukar menjadi syahdu. Jarang-jarang sekali kami jumpa adik2 sayang yang begitu terkesan pada slot ini. Boleh dikatakan 90% dari mereka benar-benar menghayati slot bersama teman-teman ini. Slot Badan Cergas Otak Cerdas pada petang itu seperti biasa telah membawa adik-adik ini bersama kakak-kakak dan abang-abang fasilitator.

kasih yang ceria..

sayang yang teruja..

Army yell ala-ala robot..

aksi kucing terbang..

dasyat-dasyat..

Selesai solat isya' berjemaah, Kak Nina sekali lagi bersama adik-adik untuk mengembara didalam slot Meniti Angin Malam 1 (MAM1) bagi sama-sama merasai nikmat indahnya bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan ayah. Alhamdulillah, syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kami adik-adik kasih dan sayang yang sangat mudah disantuni. Kesemuanya memberi sepenuh fokus pada slot ini. Dan secara tak langsung telah membantu serta melancarkan lagi slot MAM2 pada malam itu.

Pada keesokan harinya, sekitar jam 9 pagi, dua program selari berlangsung. Ibubapa telah bersama-sama Pak Long di dalam dewan utama dan adik-adik kasih dan sayang di bilik teater bersama Kak Nina dan semua fasilitator untuk slot Hijrah. Kehadiran ibubapa pada hari tersebut adalah kira-kira 45% dari jumlah sebenar peserta. Pada jam 11.45 pagi, kasih dan sayang telah dibawa untuk bertemu ibu dan ayah masing-masing.

Selesai sesi perkongsian dari kasih dan sayang serta ibu bapa, sedikit ucapan penutup dari wakil sekolah dan YDP JIM Sabak Bernam. Juga dilancarkan tabung sumbangan Palestin yang telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 214. Alhamdulillah..

mereka-mereka yang terkena sindrom mic..

tu dia.. semangat bergemuruh!

Meluahkan lafaz-lafaz yang tersimpan..

Menyemai Kasih, Menuai Sayang..


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Yang Maha Bijaksana, kerana telah mengatur segalanya dengan lancar dan hikmah sekali. Sesungguhnya tiadalah daya upaya kami untuk merancang sebaik dan secantik itu. Jazakumullah khairan kathira buat semua yang mendoakan kami. Buat para pengendali dan fasilitator yang terlibat, moga Allah membalas jasa dan pengorbanan kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Buat guru-guru yang sentiasa bersama kami sepanjang program, Cikgu Amir, Cikgu Rabiatul, Cikgu Rozanna, Cikgu Khasnah dan lain-lain yang tak dapat kami sebutkan namanya disini, syukran jazilan diucapkan. Dan yang pastinya tidak dilupakan, buat adik-adik kami kasih dan sayang SMKSB yang sentiasa diingatan. Moga diberi kesempatan untuk bertemu lagi, insyaAllah. Didoakan moga adik-adik diberi kekuatan untuk kekal dalam perubahan dan menjadi insan yang soleh wa musleh serta terus Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa..

Special thanks to all Gen-Y members :

Kak Nina|Kak Mia|Abg Nizam|Kak Zarina

Abg Arul|Abg Bob|Abg Jun|Abg Fakhrul|Abg Zack

Kak Nurull|Kak Yana|Kak Ika|Kak Una|Kak Syaza|Kak Nur

and also the baby boomers..

PAK LONG ^_^


p/s : Nak tahu apa itu GEN-Y dan Baby Boomers, boleh tanya pakcik Google..



5 comments:

D said...

sape tak taw GEN-Y n baby boOmers tu..tak taw la cheq..hehe

Ahmad Fahmi said...

sy tahu GEN-Y je
GEN-Y: Young Generation kan??
baby boomers?? baby yg reti buat boom kot??
^_^

ngeh ngeh ngeh said...

mane abg zambree?? bukan ke abg zambree dtg? die kan pengendali?

abg zambree tu abg zack ke?

heeee ~

::Damia:: said...

2 Alang :

hehe, ade je yg xtau alang.. sbb term ni biasa diguna dlm marketing.


2 ahmad syazmie:

hmm, hampir tepat. Actually, Gen-Y ni adalah mereka-mereka yg lahir sekitar 1983 hingga 1994.

Gen-X : generasi yg lahir sekitar 1965 - 1982

Baby boomers : generasi yg lahir sekitar 1947 - 1964 (dinamakn baby boomers sbb mereka lahir selepas tercetusnya world war 2. tp skrg mereka dah xmcm baby lg, dh jd atok baby dh..huhu)

**but the year is not exactly, mgkin akn terkurang atau terlebih setahun dua. byk sgt fatwa, xtau mane yg plg tepat.


2 ngeh3:

Yup, tepat sekali. zambree sudah bertukar menjadi zack. die fasi la, bkn pengendali. pengendali Kak Nina.huhu..

Anonymous said...

salam.bagusnye...pepun sy ucpkan thniah n b'byk t.ksh sbb wt prgrm y bg sy amat b'mkne n b'mnfaat utk adk2ku di smksb.