Sunday, June 21, 2009

PESAWAT KRJ 200609 : SMK BANDAR BANTING

Tarikh : 20 - 21 JUN 2009
Tempat : SMK Bandar Banting

BismiLLahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala kurniaan-Nya telah mengizinkan kami untuk kembali bersama adik-adik kasih dan sayang pada hari sabtu dan ahad yang lepas. Sekali lagi kami telah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke SMK Bandar Banting untuk kali yang ketiga.. Seramai 127 orang adik-adik kasih dan sayang telah bersama-sama kami untuk KBM SMKBB-2 kali ini.


Seperti biasa, sekitar jam 9 pagi, kedatangan adik-adik kasih dan sayang disambut mesra oleh para fasilitator yang cantik2 dan hensem2 (bak kata abg lang). Program dimulakan dengan slot Knowing Me Knowing You yang mana utk pertama kalinya menyaksikan gandingan mantap dua beradik iaitu Abg Lang dan Abg Chik yang kami import khas dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Adik-adik kasih dan sayang begitu terhibur dengan celoteh mereka berdua.


Seusai makan tengahari dan solat zuhur berjemaah, adik-adik kasih dan sayang telah melalui slot INTEAM bersama Abg Lang. Kemudian di sebelah petang pula, sesi riadah yang dibawa oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Adik-adik kelihatan begitu bersemangat dengan permainan-permainan baru yang diperkenalkan oleh abang dan kakak fasi..


Pada sebelah malam pula, selesai solat maghrib, zikir dan solat isya' berjemaah, program diteruskan oleh Kak Nina didalam slot Meniti Angin Malam 1. Alhamdulillah, penerimaan dan perhatian yang sangat tinggi telah diberikan oleh adik-adik kasih dan sayang SMKBB. Dan diteruskan dengan slot Meniti Angin Malam 2 oleh kesemua pengendali dan fasilitator.

Pada keesokan harinya pula, selepas sarapan pagi, kedatangan ibu bapa disambut oleh para fasilitator yang bertugas ke dewan utama . Dan dalam masa yang sama adik-adik telah bersama Abg Lang di dewan yang berbeza untuk slot Hijrah. Alhamdulillah, lebih kurang 60% kehadiran ibu bapa pada KBM kali ini. Sesi bersama ibu bapa telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pak Long.


Sekitar jam 11.30 pagi, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa oleh Kak Nina untuk bertemu dengan ibu bapa masing-masing. Suasana sayu menyelubungi adik-adik ini, terutamanya bagi mereka yang ibu bapanya tidak hadir pada pagi tersebut. Mereka ditenangkan oleh kakak-kakak dan abang-abang fasi.


Seperti biasa, KBM tidak pernah melupakan nasib saudara-saudara seaqidah di bumi Palestin. Tabung sumbangan untuk Palestin pun telah dilancarkan dan Alhamdulillah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 457.30. Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu bapa yang menghulurkan sumbangan. Moga Allah mengganjari dengan sebaiknya. Program berakhir dengan sesi perkongsian dan penyampaian hadiah serta sijil buat para pengendali dan fasilitator yang terlibat dan sesi bersalaman antara peserta, ibu bapa dan fasilitator.

Sekalung penghargaan diucapkan khas buat mereka-mereka yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan KBM SMKBB buat kali kedua ini. Untuk guru-guru SMKBB yang bertugas sepanjang program, pengendali yang sentiasa tegar dan bersemangat, fasilitator yang sangat komited, ibubapa yang prihatin serta tidak dilupakan buat adik-adik kasih dan sayang yang sentiasa ada dihati kami. Moga perubahan yang dikurniakan buat kita bukanlah perubahan yang bermusim tetapi sentiasa kekal dan segar dalam diri, InsyaAllah. Moga terus..

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA

Special thanks to :

Abg Lang [pengendali]
Pak Long [pengendali]
Pak Kay [pevideo]
Abg Chik [pengendali]
Kak Nina [pengendali]
Kak Mia [pelaptop]

All Faci's..

Abg Aiman|Abg Luqman|Abg Chefwan|Abg Junedi|Abg Anuar|Abg Faiz|Abg Khairul Mirza|Abg Khairizan|Abg Zaidi|Abg Amir|Abg Faizal|Abg Mun'im

Kak Yana|Kak Nur|Kak Zarina|Kak Nurull|Kak Ika|Kak Bazilah|Kak Yatt|Kak Emy|Kak Hajar

JazakumuLLah Khairan Katheera..
Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran buat semua yang terlibat..

1 comments:

far east said...

assalamualaikum... syukur pd tuhan kerna telah terpilih utk join KBM kali ni,peluang bak cendawan yg tumbuh, tp allah meletakkan ana pd KBM kali ni.,alhamdulillah.. tahniah juga buat blogger updated..peerrrgh.
insyaallah jika berpeluang,bleh je contact ana utk bantu2..
Sekian..