Tuesday, March 31, 2009

PESAWAT KRJ 280309 : AN NADI SETIAWANGSA


Bismillahirrahmanirraheem....

Reported by: KAK ISMA (Sejuta kemaafan atas kelewatan post report.)


Alhamdulillah...Dengan Rahmat serta Keizinan daripada Allah s.w.t, akhirnya pesawat KRJ 280309 telah selamat terbang ke AN NADI bertempat di Setiawangsa berhampiran dengan Giant Setiawangsa dan kalau tak silap berhampiran dengan teratak Abg Bai...

Team KBMKL telah bertungkus lumus dalam menceriakan program ini agar ia menjadi satu program yang 'mesra alam' kerana pesertanya terdiri daripada adik kasih dan sayang yang berumur 7-17 tahun. Walaupun jumlah peserta hanya 37 orang, program pada kali ini agak menguji keimanan para pengendali dan fasilitator kerana adik kasih dan sayang begitu aktif dan begitu excited dalam mengikuti program ini.

Pramugara :

Abg Chef Wan, Abg Aiman, Abg Benjo, Abg Yasser, dan Abg Luqman.

Pramugari :

Kak Ika, Kak Isma, Kak Bazilah, Kak Akma, dan Kak Yatt.

Pilot :

Kak Alang Atie, Kak Mia dan Ammar

Pengendali :

KMKY - Kak Anjang Kila, Pak Kay, dan Abg Chef Wan

INTEAM - Ummi Ida

MAM 1 - Ummi Ida

MAM 2 - Ab Chef Wan, Kak Alang Atie dan Pak Andak

Hijrah - Kak Nina

MKMS - Pak Long

Pertemuan - Kak Nina


Barisan artis yang menjayakan program KBM di AN NADI

Pesawat KRJ selamat mendarat diperkarangan AN NADI a.k.a Kelab pada jam 10.30 malam. Kami disambut oleh Pak Andak dan Mak Andak. Pada malam tersebut kami telah bersama2 Pak Andak dan Mak Andak untuk mengemas kini ruang legar pesawat agar penerbangan berjalan dengan lancar pada keesokan harinya..insyaAllah...

Kak Isma dan Kak Bazilah menunjukkan kepakaran memasang langsir

Penerbangan telah dimulakan pada jam 8.30 pagi, serta mengambil masa selama 28 jam. Pesawat KRJ telah berlepas lebih kurang jam 9.00 pagi yang telah dipandu oleh Kak Alang Atie sebagai Pilot pesawat KRJ, dan dikendalikan oleh Kak Anjang Kila, Pak Kay dan Abg Chef Wan. Para penumpang pula terdiri daripada 19 adik kasih + 18 adik sayang = 37 adik kasih sayang.

Disebabkan oleh bilangan adik kasih dan sayang tak ramai, adik2 telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan The Kids, Revolusi, Geng An Nadi, The Girls, Anchor dan Kita. Sesi sharing telah dimeriahkan lagi apabila salah seorang daripada adik sayang telah meluahkan perasaan begitu terharu kerana dia dapat berjumpa dengan Chef Wan a.k.a hanya clon Chef Wan semata2...,

" Kalau biasanya saya dapat jumpa Chef Wan kat dalam tv,tapi sekarang boleh jumpa depan2...nak peluk boleh?...." antara dialog yang tak boleh kami lupakan....

Peserta termuda yang menjuarai tepuk amai2...

Namun begitu, salah seorang fasilitator yang terlibat dengan program pada ketika ini juga telah menerima berita tentang pemergian ibunda tercinta ke Rahmatullah lebih kurang jam 1.30 tengah hari. Moga roh ibundanya dicucuri rahamat....Al-Fatihah.......

Seusai solat Zuhur dan makan tengah hari secara berjemaah, program telah diteruskan dengan slot INTEAM yang dikendalikan oleh Ummi Ida. Walaupun slot ini agak menguji kesabaran, namun dengan berkat kesabaran yang telah dianugerahkan, Ummi Ida akhirnya berjaya membawa adik2 kasih dan sayang merasai tentang kemanisan bersahabat. Walaupun ada diatara mereka baru mengenali antara satu sama lain, namun perasaan sayang akan sahabat telah wujud apabila mereka mula menasihati antara satu sama lain, dan memohon maaf atas keterlanjuran pada slot KMKY tadi.

Pada sebelah petang, adik kasih dan sayang telah dibawa beriadah bersama para fasilitator. Adik kasih telah bersama kakak2 fasi dibawa beriadah di dalam dewan serta adik sayang bersama abang2 fasi telah dibawa beriadah di perkarangan AN NADI. Pelbagai aktiviti yang menarik telah disusun oleh para fasilitator agar adik2 kasih dan sayang berasa terhibur disamping dapat mengeluarkan peluh agar badan menjadi lebih bertenaga.

Seusai solat Maghrib secara berjemaah, adik2 kasih dan sayang telah berkumpul di dalam dewan untuk dibawa mengembara oleh Ummi Ida,Pak Andak, Kak Alang Atie serta Abg Chef Wan. Sebelum slot MAM 1 diteruskan, adik2 kasih dan sayang, barisan para fasi serta seluruh penduduk di dunia telah nenunjukkan perasaan cinta akan bumi dengan menyahut seruan kempen "EARTH HOUR",pada malam tersebut kami telah bergelap selama satu jam dan dikelilingi oleh 12 lilin yang mempunyai simboliknya yang tersendiri...(refer Ummi Ida)...,suasana pada ketika itu telah diterangi dengan cahaya lilin serta adik2 kasih dan sayang di bawa untuk menghayati tentang masalah yang telah berlaku pada bumi ekoran daripada penebalan disekeliling atmosphere bumi yang mengakibatkan bumi semakin panas. Selain itu, adik2 juga telah dibawa untuk menghayati Surah As-Syams melalui nasyid "Demi Matahari".


Selamatkan bumi.......

Lilin yang mengiringi simulasi Demi Matahari....

Antara kenangan manis yang tak dapat dilupakan ialah apabila adik kasih dan sayang serta warga Team KBMKL telah bersama2 solat Isyak berjemaah di padang perkarangan AN NADI...(maaf,gambar lupa diambil)..

Seusai solat Isyak program diteruskan dengan MAM 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida, adik2 telah dibawa untuk menghayati tentang keindahan berhubungan dengan Allah s.w.t, Rasulullah dan para Sahabat, dan juga Ibu dan Ayah..Slot ini amat memberi kesan yang mendalam kepada adik2 kasih dan sayang tentang pengorbanan yang telah dilakukan oleh Ibu dan Ayah dalam membesarkan kita. Namun bagitu adik2 kasih telah mula kepenatan dan ada yang telah mula bergelimpangan, terutamanya adik2 kasih yang diawal usia 7-9 tahun..

Tepat jam 12 tengah malam program diteruskan lagi dengan pengembaraan ke alam seterusnya, MAM 2 telah dikendalikan oleh Kak Alang Atie dan Abg Chef Wan serta Pak Andak. Slot ini berakhir pada jam 1.20 pagi.

Pada 29 March 2009, program seterusnya telah dimulakan dengan dengan slot MKMS serta Hijrah. Slot MKMS telah dikendalikan oleh Pak Long serta Hijrah dikendalikan oleh Kak Nina. Dengan berkat kesabaran yang dianugerahkan akhirnya Kak Nina berjaya mengimbas kembali pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu dan ayah dalam melahirkan dan juga membesarkan...dan ia juga telah memberi kesan yang amat mendalam pada adik kasih dan sayang.

Adik2 kasih dalam proses untuk ber Hijrah

Sesi Pertemuan juga telah dikendalikan oleh Kak Nina. Alhamdulillah...apabila ibu bapa telah memberi sokongan yang sepenuhnya. Semua ibu bapa telah hadir dalam menjayakan program ini walaupun sibuk dengan tugas masing2...Dan pastinya setiap kali kbm diadakan team kbmkl tidak pernah lupa akan nasib saudara seaqidah kita yang kini berada di bumi Palestine. Sebanyak RM145 telah berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada ibubapa yang hadir. Alhamdulillah semua penumpang telah selamat mendarat tepat jam 1.30 tengahari. Seperti biasa, program diakhiri dengan ucapan daripada pihak penganjur dan sesi bersalaman antara fasilitator, ibubapa, adik kasih dan sayang.

Kami juga ingin sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.. Harapan kami agar adik-adik kasih dan sayang AN-NADI akan terus menjadi anak yang....

" SOLEH WA MUSLEH..."

Ameen...


Cenderahati+mata yang kami dapat...^_^

0 comments: