Tuesday, March 10, 2009

KBM SBPI SABAK BERNAM


Bismillahirrahmanirraheem..

Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t sekali lagi pesawat krj telah terbang di sabak bernam untuk kedua kalinya dan kali ini bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam di Sungai Lang pada 7-8 mac 2009. Team KBMKL telah bertungkus-lumus dalam menjayakan kbm kali ini memandangkan ini merupakan kali pertama kami mendapat jumlah peserta yang agak ramai dan kami juga amat beruntung kerana turut dibantu oleh beberapa orang alumni KBMKL.


Pramugara
Abg eming, abg aiman, abg luqman, abg arul, abg bob, abg mior, abg dany, abg epi, abg joe, abg fakhruddin, abg iwan, dan abg qet


Pramugari
Kak Baz, Kak Ezzah, Kak Ika, Kak Nur, Kak Ada, Kak Nus, Kak Dila, Kak Kina, Kak Shima, Kak Fiza, Kak Zila


Pilot
Kak Mia & 'Ammar

Penumpang
105 kasih + 110 sayang = 215 kasih sayang


PENGENDALI SLOT


KMKY:Pak Ngah dan Kak Nina
INTEAM:Pak Ngah
MAM 1:Pak Andak
MAM 2:Pak Ngah dan Kak Nina
HIJRAH:Kak Nina
MKMS:Ummi Ida
Pertemuan: Ummi Ida

+++++++++++++++++++++++++++

Seramai 105 orang adik kasih dan 110 adik sayang yang kebanyakannya dari tingkatan 3 dan 4 telah menaiki pesawat krj kali ini. Slot Knowing Me Knowing You pada pagi Sabtu itu telah dimeriahkan oleh gandingan Pak Ngah dan Kak Nina dengan jayanya. Oleh kerana peserta kbm kali ini agak ramai, maka army yell telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dari adik kasih dan 11 kumpulan lagi dari adik sayang.



Dan pada sebelah petangnya pula, seusai solat zohor adik-adik kasih dan sayang telah mengikuti slot inteam yang dikendalikan oleh Pak Ngah. Selesai slot INTEAM dan solat asar berjemaah, adik kasih telah bersama kakak-kakak fasi manakala adik sayang pula bersama abg-abg fasi untuk sesi riadah.

Pada sebelah malam, adik-adik kasih dan sayang telah dibawa mengembara oleh Pak Andak melalui slot Meniti Angin Malam 1 untuk merasai Keindahan Bersama Allah,Rasulullah, Ibu dan ayah. Kemudian slot Meniti Angin Malam 2 diteruskan dengan gandingan mantap dari Pak Ngah dan Kak Nina juga melibatkan semua fasilitator.


Program diteruskan pada keesokan harinya 8 mac 2009. Adik-adik kasih dan sayang telah dibawa berhijrah oleh Kak Nina manakala slot MKMS untuk ibubapa yang hadir dikendalikan oleh Ummi Ida. Sewaktu slot hijrah, ternyata adik-adik kasih & sayang SBPI Sabak Bernam sangat berani tampil kehadapan untuk berkongsi pengalaman. Apabila jam menunjukkan pukul 11.30 pagi slot pertemuan pun dimulakan oleh Ummi Ida.



Alhamdulillah ramai ibubapa yang hadir bagi menjayakan program ini. Dan pastinya setiap kali kbm diadakan team kbmkl tidak pernah lupa akan nasib saudara seaqidah kita yang kini berada di bumi Palestine. Sebanyak RM800++ telah berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada ibubapa yang hadir. Alhamdulillah semua penumpang telah selamat mendarat tepat jam 1.30 tengahari. Seperti biasa, program diakhiri dengan ucapan daripada pihak sekolah dan sesi bersalaman antara fasilitator, ibubapa, adik kasih dan sayang dengan diiringi lagu "Doa Perpisahan". Kami juga ingin sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.. Harapan kami agar adik-adik kasih dan sayang SBPI Sabak Bernam akan terus..

Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa !!!


Reported by: Kak Ika >> klik sini utk full version <<

++++++++++++++++++++++

IKLAN JAP.. ^_^


AWAS! jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. [0_o]

20 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum

Hendakkan mawar penuh berduri,
Kumbang usahakan dengan keazaman;
Terima kasih pada semua fasi,
Jasa kalian jadi ingatan.

pantun yg x seberape dari saya...

::Damia:: said...

Wa'alaikumsalam warahmatuLLah..

waah!pantun.. best3!

nk beli..nk beli..^_^

Memetik mawar ditengah laman,
Mawar berduri sukar dimiliki,
buat fakhruddin syukran diucapkan,
atas kesudian membantu kami..

keh3..

sejak bile la pulak akk pandai berpantun2 ni..huhu

Ika Dekchik said...

Bunga kembang berseri-seri,
lebah nmpk org xjadi sengat,
Ika cume nak tahu sangat²,
Ade ape dgn lubang misteri??


hahaha..inila dinamakan pantun taram!lalala..xkesah =)

::Damia:: said...

Oitt!! pantun ape tu?
tunggang langgang!

xpe2, point diterima..

jwpn dan persoalannye:

Jalan2 singgah sg.buloh,
Utk mengambil 2 org fasi,
Baru excited nak buat kecoh,
tetibe hilang sorg, xtau mane pg..

enam budak comel maen gelak2,
maen gelak2 sambil berlari,
drpd enam, hilang satu budak,
brape budak yg tinggal lagi?


hahaha.. jawab!! jawab!!

Ika Dekchik said...

haha..kMia punya pantun lagi gilo..
ayat belakang xsame!

enam budak comel itu slh 1nya ika,
gelak gelak lupa dunia,
Budak lagi sorg ilang apabila terleka,
mesti la tinggal lagi lima.


hahaha..sape nk beli sape nk beli?
lelong lelong..

LuQman said...

hidup ini sangat berduri²,
tiap² hari kne lompat dari duri,
fasi² mmg sgt berdedikasi,
terime kasih byk sbb memuji.

hahaha. perasan gler tu!

LuQman said...

katak melompat ke dalam perigi,
perigi dalam macam klcc,
apekebendenye yang korg cakap ni,
x abes² pasal misteri.

hehehehe. :D
sila²

Ika Dekchik said...

perigi dan klcc jauh bezanya,
mesti katak tu seekor yang pekak,
lubang misteri hanya kami yg mengetahuinya,
abg luqman tak payak la nk menyemak.!


hahaha.cepat beli!lelong lelong!haha

LuQman said...

klcc mmg slalu org ramai gile,
perigi for sure ade air punye.
ekeleh kerek giler,
nak share sikit pun berkire ke.

hakhakhak.

Anonymous said...

Pergi Penang naik feri,
Apakah itu lubang misteri.

Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.

Minum kopi tambah gula,
Puan Damia, ana tak reti berpantun la.

Hehe.. Merepek

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam

Wassalam =)

LuQman said...

Ade teletabis wame merah,
ade jugak yang wane biru,
pantunku bertimbun sudah,
penat jugak diriku menunggu.

wawawa.

::Damia:: said...

Adoii..sakit perutku menggelak..

ok2..

jalan2 di kLcC
di kLcC tersepak duri
kalau nk tau psl lubang misteri
silelah tanye empunya diri

result kuar penuh keceriaan
masuk paper xhenti2
kalau nk tahu siapekah yg berkaitan
mestilah org yg pura2 xmengerti


hoho.. mai secawan! ^_^

LuQman said...

klcc mnjadi satu kebanggaan
kebanggaan itu utk anak kebangsaan
macam da boleh agak jawapan
kening diangkat mcm nak tny soalan

keceriaan itu mmg satu kenikmatan
kenikmatan itu boleh dishare²kan
org berkaitan dah gigil ketakutan
macam la ambo dah tahu jawapan?


wawawa

Unknown said...

Assalamualaikum...makin rancak balas-membalas pantun.Tak pe2x...saya x kisah...hihihi ^_^

Anonymous said...

Salam Alayk..

Sambung2.. Hehe

Orang makan dia makan jugak,
Kak Mia, sakit perutmu menggelegak?

Tersebutlah kisah lubang misteri,
Wayar2 elektrik menambah seri.

Ketawa Kak Nina amatlah gamat,
Syukur Alhamdulillah semuanya selamat.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kak mia terjun pula nanti.

Terjun? Ke mana?

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam...

Wassalam =) Hehe..

Ika Dekchik said...

kak nus!Ika beli Ika beli!!haha

pergi ke perigi sambil ketawa,
ambil air guna baldi,
takkan ku lupa hingga hujung nyawa,
lubang misteri kenangan abadi.

hahaha..pantun xkesah..lalalala..
pantun diteruskan dgn topik LUBANG MISTERI!
kikiki..

LuQman said...

terbangun dari tido kul 4 pagi,
komp la jadi peneman diri,
mmg lubang jadi kenangan abadi,
sampai bile² pon paling ter-abadi.

[merepek !!]

buka laci cari 1 in 3, [terbalik]
radix pulak yang menarik diri, [camtertarik la :p ]
crite - cerite sal lubang misteri,
sampai ke mana ia leh g?

hari ini hari sabtu,
sabtu mmg hari sabtu,
kbm hari ini jalan dulu,
x dpt la den nak ikut surtu.

[surtu itu adlh - serta. hahaha]
[ pandai² jek !! :p ]

Ika Dekchik said...

pagi² pergi perigi,
pergi perigi pagi²,
topik misteri diteruskan lagi,
ada siapa² nak sambung lagi?


hahahahhaha...cepat cepat!beli beli!penat jual nie.haha

Anonymous said...

banyaknye idea fasi2 nak wat pantun
tak penat ker fasi2 berpantun?

nak gak wat pantun x jd.. huhuhu..

::Damia:: said...

hihi..goreng jek.
ktorg pn bukn reti sgt..
ade je pantun yg xkena lgsung..
tp cool jek masing2.
yg penting confident!haha.


Anak ustaz bersopan-santun,
jom3, kita berpantun!

^_^"