Monday, November 3, 2008

Bon Voyage Una!

Tanggal 8 Ogos 2008, bermulanya detik perkenalan. Hanya sesekali senyuman kecil terukir di bibirnya, selebihnya dia lebih banyak diam membisu. Namun setelah pertemuan demi pertemuan, dia bukanlah seorang yang pendiam seperti di awal perkenalan. Gelagatnya, bicaranya dan kenakalannya cukup menghiburkan hati. Indahnya sebuah pertemuan biarpun hanya seketika. Namun di hati ini terasa sudah cukup lama ukhwah ini terjalin. Adat dunia, setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Namun, pertemuan dan perpisahan itu akan menjadi lebih indah jika semuanya kerana DIA, Allahu Rabbi. Terasa bagaikan bermimpi semalam kami menghantarnya di KLIA. Saat-saat perpisahan kian mendekat, empangan air mata tidak tertahan lagi dan akhirnya ia pecah dan butir-butir air mata gugur di pipi. Pelukan erat dihadiahkan buat dirinya. Entah bila kita bakal bertemu lagi. Namun andai kita tidak berpeluang untuk bertemu lagi di dunia ini, moga kita kan bertemu di syurga Allah nanti, moga halaqah cinta ini akan kekal abadi... Amiinn... Sempat bibir ini membisikkan doa ke telinganya. Moga dirinya diberi kekuatan untuk terus berjuang di bumi sana. 'Dia' yang dimaksudkan adalah Una @ Adik Kechik @ Zainab Husna, puteri bongsu Pak Andak dan Mak Andak.


Una...
Antara kita tiada jarak yang memisahkan. Biarpun dirimu kini jauh di mata, namun di hati ini dirimu tetap dekat. Teruskan usahamu, aturkan langkahmu untuk terus menyerlah jauh dari yang biasa! Kami sayang Una sangat-sangat!

Tanda kenangan dari Una buat semua yang mengenali dirinya...



Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya...

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya...

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan...

Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman...



Moga tautan ukhwah ini akan berkekalan hingga ke syurga nanti...


Suasana hiba menyelubungi keluarga Pak Andak & Mak Andak


Moga halaqah cinta ini kan kekal abadi...


Kak Yong: I'm speechless...sayang Una sangat-sangat... kami semua sayangkan Una...

2 comments:

Anonymous said...

Ya Allah.

Kau yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Kau jualah yang mengurniakan kesejahteraan

Berikanlah keselamatan dan kesejahteraan atas perjalanan Kak Una dan Abang Ali pulang ke destinasi mereka. Mereka pulang ke bumi anbia, Mesir, meninggalkan keluarga dan sahabat tercinta demi menyambung perjuangan menuntut ilmu di sana. Mudahkanlah segala urusan mereka. Kuatlah jiwa mereka menghadapi segala dugaan dalam perjuangan menuntut ilmu. Kurniakanlah kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan hidup mereka.

Jadikanlah K Una dan A Ali anak2 yang soleh dan solehah, mujahid dan mujahidah, membantu perjungan Ibu bapa mereka, Pak Andak dan Mak Andak menegakkan syariah di bumi ini.

Jadikanlah K Una dan A Ali contoh ikutan kami meneruskan perjuangan dalam pelajaran kami.

Pertemukanlah kami semula di dalam rahmat Mu Ya Allah. Jika ditakdirkan kami tidak bertemu di dunia ini lagi, pertemukanlah kami semua di Syurga Mu Ya Allah. Itulah nikmat yang amat tinggi di Syurga nanti, dapat berkumpul semula dengan orang2 yang kami kasihi.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Pak Ngah

[SHE] said...

Aminn...

KY: Andai tiada peluang kita bertemu lagi di dunia ini, moga di syurgaNYA nanti kita bertemu...jauh di mata, dekat di hati...tiada jarak memisahkan antara kita Una sayang... =(