Wednesday, November 12, 2008

KBM Sek. Men. Teknik KL

In The Name of Allah, Most Gracious and Merciful

By: Kak Mia (Kak Laptop)


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, sekali lagi KBMKL dapat melangkah meneruskan misi da'wah yang benar-benar istimewa dan kali ini melibatkan 30 orang pelajar lelaki tingkatan 4, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur pada 8 - 9 November 2008 bertempat di Nur Bukit Unggul, Jenderam Hulu.

Pesawat KRJ 081108 telah memulakan perjalanannya sekitar jam 10 memandangkan para penumpang tiba agak lewat dibalai berlepas. Setibanya mereka, program dimulakan dengan sesi nyanyian lagu sekolah beramai-ramai bersama para fasilitator dan guru. Suasana menjadi riuh-rendah sebaik sahaja mp3 lagu sekolah diputarkan. Para peserta begitu bersemangat sekali menyanyikan lagu tersebut. Setelah itu, program diteruskan dengan slot MAN-U (siapa kamu) atau lebih dikenali sebagai Knowing Me, Knowing You. Adik-adik sayang kelihatan begitu seronok pada slot ini ditambah pula dengan kehangatan dari celoteh-celoteh Kak Nina dan Pak Ngah. KMKY kali ini adalah KMKY yang paling best bagi kami memandangkan komitmen yang diberikan oleh adik-adik ini sangat tinggi.

Selesai makan tengahari dan solat zohor berjemaah, program diteruskan lagi dengan slot REAL-MAD-U-DID atau nama lainnya INTEAM. Slot ini sekali lagi telah menyaksikan gandingan mantap dari Pak Ngah dan Kak Nina sebagai pengendali.


Selepas solat asar berjemaah, adik-adik sayang telah dibawa beriadhah oleh abang-abang fasi yang diketuai oleh abang dhany. Beberapa jenis games telah diperkenalkan kepada adik2 ini membuatkan mereka begitu bersemangat sekali untuk bermain. Menurut Cikgu Zuraidah (guru pengiring SMTKL), sebahagian besar adik-adik ini adalah wakil sekolah untuk pelbagai jenis sukan terutamanya rugbi dan bola sepak.


Pada malamnya pula, seusai solat maghrib dan isya' berjemaah, adik2 sayang telah diberi sedikit tazkirah ringkas dan diteruskan dengan slot yang berikutnya iaitu ALL BLACK atau lebih dikenali sebagai Meniti Angin Malam. Pak Andak telah membawa adik-adik pada malam itu untuk merasai nikmat dan keindahan bersama Allah, Rasulullah saw, ibu dan ayah. Kemudian diteruskan lagi dengan simulasi ALL BLACK oleh Kak Nina dan Pak Kay.

Keesokan harinya, adik-adik sayang telah dibawa ke surau yang berhampiran untuk meneruskan slot NEW CASTLE (Hijrah) yang dipimpin oleh Kak Nina dan Abang Bai. Manakala pada waktu yang sama, ibubapa yang hadir telah melalui slot perkongsian HOME UNITED (Menyemai Kasih, Menuai Sayang) yang dikendalikan oleh Pak Long. Alhamdulillah kehadiran ibubapa pada hari tersebut amat menggalakkan. Lebih kurang 60% - 70% ibubapa yang hadir memberikan sokongan pada anak-anak yang bakal berhijrah ini. Slot terakhir iaitu sesi pertemuan antara ibubapa dan adik-adik sayang telah dikendalikan oleh Abang Bai dengan jayanya.


Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah permudahkan urusan kami kali ini. Juga yang pastinya berkat doa yang tak putus-putus meniti dibibir sahabat-sahabat sekalian. Tak dilupakan juga, pada pengendali yang terlibat iaitu Pak Ngah, Pak Kay, Pak Andak, Pak Long, Abg Bai, Kak Nina, Kak Mia dan juga barisan fasilitator yang mantap yang diketuai oleh Abg Dhany, Abg Yusri, Abg Safwan, Abg Al Amin, Abg Salahuddin dan Ammar (Man Laptop). Jzkk kami ucapkan. Allah SWT sahaja yang mampu membalas usaha-usaha murni kalian dalam menjayakan KBM istimewa ini. Moga adik-adik sayang terus diberi kekuatan untuk berhijrah dan bakal menjadi kader-kader yang mantap buat Ad-Deen ini, InsyaAllah..


1 comments: