Thursday, June 19, 2008

..:: Walimah Abang Bai ::..

Pada 15 Jun 2008 bertempat di Dewan Japerun, Teluk Mas, Melaka, majlis walimah bagi pihak keluarga Abang Bai telah berlangsung dengan penuh meriah. Team KBM-KL turut hadir memeriahkan majlis di mana kami hadir sebagai rombongan dari pihak pengantin perempuan (Kak Sodd). Team KBM-KL bertolak dari Pejabat JIM Pusat lebih kurang jam 9 pagi dan tiba di rumah pengantin lelaki pada jam 12 tengahari.


Jam 12.30 tengahari, pengantin diarak ke Dewan Japerun Teluk Mas dengan diiringi paluan kompang. Akhwat team KBM-KL dari IIC telah menjadi 'flower gurlz' tak bertauliah Kak Sodd dengan busana serba purple. (Abang Bai panggil kami 'the purple gurlz)


Juadah yang dihidang cukup menyelerakan ditambah lagi dengan cendol dan ais krim sebagai pencuci mulut. Sampai tak cukup ruang atas meja untuk meletak segala jenis makanan. Tak cukup ruang dalam perut semua rombongan team KBM-KL untuk menikmati segala juadah yang dihidangkan.


Apa yang menarik dalam majlis walimah kali ni, pameran Palestin "Bantulah Gaza!!!" turut diadakan. Selain jualan amal, tayangan video Palestin turut diadakan sepanjang majlis berlangsung. Memang lain dari yang lain. Selain bergembira meraikan kedua mempelai, para tetamu turut diajak mengingati penderitaan saudara-saudara seIslam kita di Palestin.

Team KBM-KL meninggalkan majlis pada jam 3 petang dan sempat singgah di Bandar Hilir. Fasilitator ikhwat KBM-KL melawat ke Muzium Samudera manakala fasilitator akhwat KBM-KL membeli cenderamata di gerai-gerai berhadapan Muzium Samudera. Fasilitator akhwat KBM-KL sempat membelikan cenderamata untuk Pak-pak dan Ummi-ummi. Jam 5.30 petang kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Rombongan ke walimah Abang Bai bukan sekadar meraikan kedua pengantin malah merapatkan ukhwah sesama ahli team KBM-KL. Ukhwah fillah abadan abada.

Kak Yong: walimah siapa pulak ye selepas ni? Kita tunggu dan lihat...yang penting jangan lupa jemput...

3 comments:

vitório rosário cardoso said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zam(Pencipta Blog) said...

Semua facy-facy memang cun.Semoga mensyukuri kurniaan Allah S.W.T.
Insyaallah.
Shukran.

Zam Bukit Sentosa said...

Mungkin Abg Bai orang pertama dalam galaksi ni yang promote waktu majlis perkahwinan.Syabas, walaupun wajahnya seperti seorang yang pemalu,tetapi hatinya berani dan kental.Semoga panjang umur.Amin...