Thursday, June 19, 2008

..:: Follow-up Meru ::..

Pada 12 Jun 2008 bertempat di SMK Meru, Klang, team KBM-KL yang terdiri dari Abang Bai, Kak Nina, Kak Yong, Anjang Kila, Ucu dan Andak telah menghadiri sesi KBM Kembali (follow-up). Kami tiba di SMK Meru sekitar jam 8.30 malam. Kehadiran kami disambut mesra oleh warden asrama SMK Meru. Apa yang memeranjatkan kami ialah wajah dewan makan asrama SMK Meru telah berubah 360 darjah! Macam ada majlis perkahwinan ala-ala 'wedding of the year'!

Setelah usai menunaikan solat Isyak berjama'ah di surau SMK Meru, kami menanti kehadiran adik-adik kasih dan sayang ke dalam dewan. Yang hadir bukan setakat adik-adik yang pernah menghadiri KBM yang lalu, tapi adik-adik yang bersekolah rendah turut hadir untuk sesi pada malam itu. Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang dari Abang Bai dan Abang Bai turut mendendangkan sepotong lagu kumpulan InTeam secara live! (bila nak buat album?) Pada sesi kali ini Kak Nina mengambil alih tugasan sebagai 'Kak Laptop'.

Sesi dimulakan dengan 'Demi Matahari', 'Happy Chicky', 'Gemuruh' dan 'Satu Tekad'. Terpesona melihat adik-adik kasih dan sayang yang bersekolah rendah begitu bersungguh-sungguh mengikut aksi dan pergerakan abang-abang dan kakak-kakak mereka. Sewaktu lagu 'Ayah' dan 'Lafaz Tersimpan' berkumandang, suasana sayu menyelubungi dewan. Hati kami turut tersentuh melihat adik-adik kasih dan sayang yang teresak-esak menangis sehinggakan Abang Bai tak sanggup nak membacakan 'Surat Untuk Emak' seperti yang dirancang dalam tentatif. Kemudian adik-adik kasih dan sayang diminta menulis di atas sehelai kertas perubahan-perubahan yang telah mereka lakukan selepas KBM yang lalu.


Selesai sesi perkongsian, 2 orang adik-adik sayang dan 2 orang adik-adik kasih telah mendapat kejutan dari team KBM-KL. Mereka ini adalah adik-adik yang menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan Jun. Kak Yong yang telah mendapat isyarat dari Abang Bai telah membawa kek hari jadi dari arah belakang dewan serentak dengan alunan lagu 'Allah selamatkan kamu'.

Selesai sesi follow-up, kami telah dijamu dengan Mee Hailam China. Memang mengancam hingga menjilat jari! Team KBM-KL bertolak pulang sekitar jam 11.30 malam. Sesungguhnya kenangan bersama adik-adik Meru memang menyerlah jauh dari biasa! Terima kasih SMK Meru!

Kak Yong: First time ikut follow-up KBM. Teruja sangat-sangat bila masuk dalam dewan makan, macam ballroom hotel 5 stars...

0 comments: