Thursday, April 7, 2011

KBM Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

BANDAR TASIK PUTERI - Alhamdulillah, pada 12 hingga 13 Mac yang lalu, IKRAMTeens Hulu Selangor dengan kerjasama PERKIM dan Jawatankuasa Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang telah menganjurkan program Keindahan Bersama Mu (KBM) bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang. Seramai 39 orang remaja sekitar Bandar Tasik Puteri telah menyertai program yang julung-julung kalinya dianjurkan di sini.

Program yang bermula pada hari Sabtu, 12 Mac itu dimulai dengan slot Knowing Me Knowing You yang telah dikendalikan oleh Abg Din dengan dibantu barisan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.

Abg Din pengendali slot KMKY sedang membacakan doa

Adik-adik kasih dan sayang khusyuk berdoa

Adik-adik kasih

Adik-adik sayang

'Saya sayang awak!'


Sekitar jam 10.30 pagi, program berhenti rehat seketika untuk minum pagi sebelum disambung semula pada jam 10.45 pagi dengan sesi Army Yell. Pelbagai Army Yell yang kreatif dan menarik telah dipersembahkan oleh adik-adik kasih dan sayang yang turut disertai oleh kakak-kakak dan abang-abang fasilitator. Program berhenti rehat pada pukul 12.45 tengahari untuk makan tengahari dan solat Zohor berjamaah.

Selesai sahaja solat Zohor dan rehat seketika, program disambung semula lebih kurang jam 2.30 petang dengan slot InTeam yang juga dikendalikan oleh Abg Din. Dalam slot ini adik-adik kasih dan sayang ditekankan dengan peranan dan taggungjawab sebagai sahabat. Alhamdulillah, walaupun ada di antara adik-adik ini yang baru berkenalan antara satu sama lain, mereka berjaya menghayati program ini dengan baik sekali.

Usai solat Asar dan minum petang, adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk melakukan aktiviti riadah ringan di sekitar kawasan masjid. Aktiviti riadah ringan ini dilakukan secara berasingan. Adik-adik kasih bersama kakak-kakak fasi, manakala adik-adik sayang bersama abang-abang fasi.

Selesai membersihkan diri dan makan malam, semua peserta menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjamaah sebelum program disambung dengan slot Meniti Angin Malam 1 yang dikendalikan oleh Abg Bai. Dalam slot ini adik-adik kasih dan sayang dibawa untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Allah, Rasulullah dan ibu ayah. Selesai saja slot MAM 1, program disambung semula dengan slot Meniti Angin Malam 2 yang dikendalikan oleh semua fasilitator. Program berakhir sekitar jam 1.30 pagi.

Keesokkan harinya, 13 Mac 2011 program diteruskan lagi dengan slot Kini & Hijrah untuk adik-adik kasih dan sayang yang dikendalikan oleh Abg Bai, manakala ibu bapa yang hadir menyertai slot MKMS yang dikendalikan oleh Ummi Ida. Tepat jam 11.40 pagi, adik-adik kasih dan sayang dipertemukan dengan ibu dan ayah dalam slot Pertemuan. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil IKRAM Daerah Hulu Selangor, wakil dari PERKIM dan juga pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang. Majlis penyerahan sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh wakil dari PERKIM dan pengerusi Masjid Bandar Tasik Puteri. Majlis bersurai sekitar jam 2.00 petang selepas menunaikan solat Zohor dan makan tengahari.

BARISAN PENGENDALI

[KMKY] Abg Din
[InTeam] Abg Din
[MAM 1] Abg Bai
[MAM 2] Semua pengendali & fasilitator
[Hijrah] Abg Bai
[MKMS] Ummi Ida
[Pertemuan] Abg Bai
[Video] Kak Yong & Pak Kay
[Video Editing] Kak Yong & Pak Kay
[Laptop] Abg Bai & Kak Yong

[Pramugara] Abg Siraj, Abg Aim, Abg Mun, Abg Hira', Abg MZ dan Abg Maien
[Pramugari] Kak Qis, Kak Mus, Kak Tiqah dan Kak Ada

0 comments: