Thursday, April 7, 2011

KBM 2G ~ KBM 2 Generasi Wanita JIM / IKRAM Sepang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

HULU LANGAT – Alhamdulillah, pada 19 hingga 20 Februari 2011 yang lalu, KBM Aktivis 2 Generasi Wanita JIM & IKRAM Sepang telah berlangsung bertempat di Kingfisher Adventure, Hulu Langat. Program bermula jam 2.30 petang (19 Februari) dan berakhir pada jam 4.30 petang (20 Februari). Program ini telah disertai oleh 30 orang akhwat Wanita JIM/IKRAM Sepang. KBM ini dikatakan sebagai '2 Generasi' kerana para pesertanya terdiri dari dua generasi umur yang berbeza - Wanita & IPT.

Program dimulakan dengan slot KMKY usai sahaja makan tengahari dan solat Zohor, yang dikendalikan oleh Ummi Ida dan Kak Nina. Dalam slot ini para peserta berkesempatan untuk berkenalan antara satu sama lain ddengan lebih dekat lagi. Slot ini juga memberi peluang dan ruang untuk para peserta mengeratkan ukhwah sesama mereka, yang mana sebelum ini Wanita dan IPT jarang sekali dapat berprogram bersama-sama.



Program berhenti rehat untuk seketika sebelum Asar untuk minum petang dan solat Asar berjamaah. Program disambung semula selepas itu dengan slot Jawatanku & Reben Kehidupan yang juga dikendalikan oleh pengendali utama, Ummi Ida. Melalui beberapa aktiviti ringkas, slot ini telah berjaya membawa para peserta melihat ke dalam diri tentang tanggungjawab dan peranan mereka selama ini. Berkat kerjasama dari para peserta, mereka dapat meghayati slot ini dengan baik.

Program ditangguhkan lagi dengan makan malam dan solat Maghrib dan Isyak berjamaah. Usai solat Isyak, program diteruskan dengan slot MAM 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida dan MAM 2 yang dikendalikan oleh semua fasilitator dengan dibantu team MAM 2. Program pada malam itu berakhir lebih kurang jam 1 pagi.



Keesokkan harinya, lebih kurang jam 9 pagi, program diteruskan dengan slot Nikmat Oh Nikmat yang diisi dengan beberapa aktiviti yang berkait rapat dengan NIKMAT yang telah dikurniakan Allah. Selesai slot Nikmat Oh Nikmat, program diteruskan dengan slot Inteam dan Aku & Kehidupan. Program berhenti rehat pada jam 12.30 tengahari untuk makan tengahari dan solat Zohor berjamaah. Program disambung semula pada jam 2.30 petang dengan slot terakhir iaitu Bingkisan Buatmu dan Harapan Buatmu Subur Kembali sebelum majlis penutupan ringkas oleh Timbalan Ketua Wanita IKRAM Daerah Sepang. Sebelum majlis bersurai, sesi penyerahan sijil kepada semua peserta telah dilaksanakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan KBM versi aktivis kali ini; Ummi Ida sebagai pengendali utama, Kak Nina sebagai pengendali kedua, Kak Damia (laptop/video), Kak Yong (video/laptop), Kak Zar dan Mak Long sebagai fasilitator yang telah bertungkus lumus hingga ke akhirnya. Juga kepada team MAM 2; Pak Kay, Pak Long, Abg Bai, Abg Baim, Abg Aiman dan Abg Long. Tidak dilupakan kepada kesemua peserta KBM Aktivis 2 Generasi ~ Wanita IKRAM / JIM Daerah Sepang. Moga terus menyerlah jauh daripada biasa!

Dikongsikan sedikit maklumbalas/komen peserta yang diterima:


Komen 1

Masyaallah, ana harap sangat kurniaan Allah kepada ana dengan hati yang baru. Yang tulus ikhlas kepadaNya di jalan ini. Jalan inilah yang tiada tukar ganti. Kebersamaan dengan akhwat di jalan ini, sungguh berharga. Program-program yang mengalirkan airmata. Semoga airmata inilah yang membersihkan hati ini dan menjadi penghalang kepada api neraka. Insyaallah. Semoga krew KBM terus tsabat dan tak putus asa menyediakan program yang begitu AWESOME ni!! Semoga ketemu lagi. Keindahan bersama Allah, Rasulullah saw dan sahabat akhwatifillah!

Komen 2

Alhamdulillah, tiba di akhir program barulah ana nampak di mana kekuatan perkataan keindahan bersamaMu ini. ‘Mu’ – indahnya bersamamu akhwatifillah, indahnya bersamamu wahai Rasulullah, indahnya bersamaMu wahai Allah, Rabb yang Satu, dan indahnya bersamaMu jalan dakwah dan tarbiyah. Slot yang sangat terkesan pada ana adalah “Harapanku Subur Kembali” kerana setelah beberapa lama ana hidup, ana tak pernah meluahkan rasa sayang kepada kedua ibu bapa ana. Ini merupakan kali pertama meluahkan rasa sayang kepada mereka melalui poskad. Jazakillah kerana booster yang telah diberikan pada ana untuk ana ambil langkah mula dalam menghargai kasih sayang ana kepada mereka selagi ada sisa-sisa usia mereka. Membina jiwa yang halus dan sensitif dengan persekitaran, ana rasakan KBM berjaya membuka minda dan tindakan ana untuk lebih terbuka. 10/10 bintang. Alhamdulillah.

Komen 3

First, terima kasih kepada Umi Faridah, Kak Haninah, Kak Yong dan kakak-kakak fasi yang lain sebab sudi anjurkan KBM ni, yang tak pernah saya join sebelum ini… (you all memang best lah!!). Saya dapat rasa ke’best’an itu after 2 hari 1 malam. Memang best..sangat-sangat best.. Sekarang baru saya tahu apa makna keindahan bersamamu itu..alhamdulillah.. Saya akan cuba praktikkan dalam hidup saya, cuba menunaikan sagala janji-janji yang saya tulis tadi..InsyaAllah. Program ini memang santai dan sangat-sangat men’touching’kan diri saya ini yang memang sensitif..memang bengkaklah mata bila bangun tidur pagi tadi..(hehe) InsyaAllah, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..saya akan terus istiqomah di jalan dakwah ini..ameen


0 comments: