Tuesday, July 20, 2010

KBM Dun Hulu Kelang [KRJ 030710]




Barisan Pengendali:

KMKY ~ Abg Bai

Inteam ~ Kak Yong

MAM 1 ~ Ummi Ida

MAM 2 ~ Kak Yong, Abg Duke & semua fasilitator

Hijrah ~ Abg Bai

MKMS ~ Ummi Ida

Pertemuan ~ Abg Bai


Mr Pramugara: Abg Arul, Abg Atiff, Abg Duke & Abg Sulaim
Ms.Pramugari: Kak Zar, Kak D, Kak Ina & Kak Syahid
Video: Pak Kay
Video Editing: Pak Kay & Kak Yong
Laptop: Kak Yong, Kak Mia & ML
Peserta: 53 orang.

Alhamdulillah,syukur pada Ilahi dengan rahmatNya, pada 3 dan 4 Julai 2010 yang lalu, team KBMKL telah berjaya melebarkan lagi sayap dakwahnya dalam program Keindahan Bersama Mu. Kali ini program telah dikendalikan di Kem Isi Rimba, Kg Kemensah, Kuala Lumpur dimana suasananya yang aman dan tenteram sesuai dengan slogannya ‘Back To Nature’ juga seiring dengan tujuan program ini. Program ini disertai oleh 29 orang adik-adik sayang dan 24 orang adik-adik kasih yang rata-rata datangnya dari sekitar UK Perdana dan Kg Sg Sering.

Pagi Sabtu bersamaan 3 Julai 2010, kelihatan adik-adik sayang dan kasih berwajah tegang dan resah apabila menapakkan kaki mereka di ‘Balairongseri’ kami. Tetapi dengan kehadiran para pramugara dan pramugari dengan senyum ‘Tiga’nya, Abang Bai dengan senjata lawaknya diiringi pula dengan alunan lagu ‘Senyum’ oleh Raihan, akhirnya mampu mengukirkan senyuman di raut wajah adik-adik. Dengan itu, adik-adik kasih dan sayang selamat menaiki penerbangan KRJ030710 di Airport Kem Isi Rimba, Kg. Kemensah.

Slot KMKY bersama Abg Bai


Knowing Me Knowing You merupakan slot pertama KBM yang telah dikendalikan oleh Abang Bai amat menarik perhatian adik-adik. Slot seterusnya merupakan slot Army Yell yang dikendalikan juga oleh Abang Bai dimana slot ini bertujuan menjana kreativiti adik-adik kasih dan sayang. Hasil daripada penjanaan idea-idea, terhasillah ‘Thundercloud’, ‘Wakakaka’ dan sebagainya. Kelihatannya sungguh bersemangat adik-adik mempamerkan Army Yell masing-masing.SEMANGAT!!!!

Salah satu persembahan Army Yell dari adik-adik sayang


Selesai menjamu makanan tengahari dan usai solat fardhu Zohor, slot InTeam menyusul melengkapkan program dimana dikendalikan oleh Kak Yong untuk membantu adik-adik kasih dan sayang mencurahkan rasa kasih sayang mereka kepada sahabat. Alhamdulillah sekali lagi, slot ini berjaya berjalan dengan baik dengan kerjasama yang diberikan oleh para peserta serta para fasilitator. Di akhir slot, beberapa adik kasih dan sayang telah tampil untuk memberikan perkongsian mereka sepanjang program dijalankan.

Ayuh, kita mengindahkan lagi hubungan dengan sahabat


Setelah azan Asar berkumandang, adik-adik kasih dan sayang bersama-sama para fasilitator mendirikan solat fardhu Asar secara berjemaah. Selesai solat, aktiviti riadah diadakan secara berasingan antara adik-adik kasih dan sayang.

MAM 1 yang dikendalikan oleh Ummi Ida dijalankan sekitar jam 9.00 malam. Adik-adik dibawa mengembara bersama meniti nikmat indahnya menjalin hubungan dengan Allah, kebahagiaan andai dipertemukan dengan Rasulullah dan menghargai segala jerih-perih ibu dan ayah yang membesarkan mereka. Berakhirnya MAM 1, MAM 2 menyusul menyingkap tirainya. Slot ini dikendalikan oleh semua pengendali dan para fasilitator. Program ini berakhir pada jam 2.00 pagi dan barulah semua peserta dibenarkan tidur.

Pada keesokan harinya bersamaan 4 Julai 2010, slot RKSK dan HIJRAH dijalankan serentak tetapi ditempat yang berlainan. Slot RKSK dikendalikan oleh Ummi Ida manakala slot HIJRAH dikendalikan oleh Abang Bai. Ibu bapa yang hadir sabar meniti slot RKSK amat mengusik jiwa sesiapa sahaja yang bergelar anak walaupun terdapat kesukaran yang dialami dan hujan turun dengan lebatnya diluar sepanjang slot ini dijalankan. Sekitar jam 11.45 pagi, adik-adik kasih dan sayang dipertemukan bersama ibu bapa dalam slot Pertemuan. Begitu indahnya saat ini apabila melihat adik-adik kasih dan sayang berlari meluru mencari ayah dan ibu masing-masing sejurus pengendali melepaskan mereka. Saat-saat itu begitu suci dan ikhlas kelihatannya dan merupakan detik-detik keluarga bahagia dan hanya kematian mampu memisahkan mereka.

Majlis diakhiri dengan sesi perkongsian adik-adik kasih dan sayang, ibu bapa dan seterusnya majlis penutup oleh YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang. Sekitar jam 1.00 petang KRJ030710 berjaya mendarat dengan selamatnya. Alhamdulillah..

SEMOGA KITA TERUS “MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA”
Yeah!!!

YB Saari Sungib berjiwa rakyat, sudi merasmikan majlis penutup


Adik-adik kasih bergambar kenang-kenangan bersama YB Saari Sungib


Barisan pengendali dan fasilitator KRJ 030710


Disediakan oleh: Kak D

Diedit dan dipos oleh: Kak Yong

0 comments: